JALAN KE PUTRAJAYA
Pada hari - hari semua parti politik dan rakyat Malaysia sedang melangkah kepada hari pilihan raya umum ke – 13 nanti, maka, terdapat suara dan tulisan sebilangan politikus dari parti – parti pembangkang yang bercita – cita untuk melangkah ke Putrajaya untuk mengibar kekuasaan baru dan menguasai pusat kerajaan Malaysia.
Mereka yang menulis dan bercakap itu termasuk dalam golongan ‘ orang perjuangan’, sama ada perjuangan yang termasuk dalam ‘berjuang pada jalan Allah’ atau ‘berjuang untuk kebendaan dan kekuasaan’ semata, maka, tidaklah boleh menganggap mereka berangan – angan, tetapi mereka mempunyai cita – cita besar yang mungkin dapat melumpouhkan UMNO dan Barisan Nasional.
Cita – cita besar mereka dari parti – parti pembangkang tentulah menkjadikan setiap individu dalam UMNO dan Barisan Nasional berasa khuatir akan berlaku; jalan ke Putrajaya menjadi jalan kemenangan kepada parti – parti pembangkan – Pakatan Rakyat, iaitu Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, dalam ucapannya dalam Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya, telah meminta para belia memperkasakan diri untuk menahan parti – parti pembangkang melangkah ke Putrajaya.
Seruan atau permintaan Najib itu menunjukkan ada kerisauan dalam hati beliau dan para penyokong ‘kemungkinan akan berlaku’. Jika berlaku, rakyat Malaysia tetap dengan keadaan mereka juga, iaitu siapa sahaja memerinta mereka sedia taat setia.
AGAMA ISLAM
Putrajaya selain menjadi pusat kerajaan Malaysia, telah menjadi pusat agama Islam, Pusat bangsa dan Adat Istiadat orang Melayu dan menguji keberanian orang Melayu mempertahankan bangsa, negara dan agama Islam.
Sesiapa juga – rakyat negara ini dan orang luar yang melawat ke Putrajaya, akan dapat melihat ‘terseregam’ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dua buah masjid – Masjid Putra dan Masji Besi atau Masjid Sultan Mizan dan beberapa surau yang menampakkan keagungan Islam dan perpaduan umat Islam.
Bangunan – bangunan batu yang dibina dengan kalimat syahadat itu mempunyai erti yang kukuh, iaitu sesiapa juga memerinta melangkah ke Putrajaya untuk berkuasa mestilah memahami erti ‘hidup di bawah kuasa Allah dan agama Islam mesti di junjung’, jika tidak, maka, kekuasaan akan gagal.
Maka, setiap parti politik yang berhasrat meklangkah dan mengembangkan kuasa atas kerajaan Malaysia, hendaklah berfikir berbagai cara yang membolehkan mereka mampu berkuasa dan setelah berkuasa tidak ditentang oleh orang Melayu dan umat Islam.
Mereka boleh berfikir dan mahasabah diri; apakah dasar parti dan ke manakah parti politik itu hendak meneruskan kekuasaan menggantikan UMNO dan Barisan Nasional. Jika mereka menggonggong agama lain dari Islam dan berpegang kepada dasar Sosialis atau sosio – nasional dan menolak Islam sebagai addin, jika mereka berkuasa, usaia mereka tidak lama, kerana mereka akan ditentang oleh orang Melayu dan umat Islam dalam parti – parti politk dan mereka yang tidak berparti politik.
GANGGU GUGAT
Sesiapa juga hendaklah sedar, sebenarnya orang Melayu atyidxak berpecah belah dalam bidang peribadatan, memulia dan menyanjung Islam. Mereka sembahyang dalam masjid dan surau yang sama. Doa mereka untuk keselamatan orang Melayu dan umat Islam. Maka, jika Islam diganggu gugat, maka, mereka akan bersatu padu dan sama – sama menentang musuh mereka dan musuh Islam.
Para politikus yang beragama lain dari Isalam hendaklah sedar akan ‘perpaduan dan perjauangan orang Melayu’, jika tidak ada kesedara demikian, maka, adalah sama dengan peribahaya Melayu yang bersifat nasiahat, iaitu ‘jangan jolok sarang tebuan’.
Juka hajat hendak melangkah ke Putrajaya kerana: 1 – Marahkan beberapa orang pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tidak hiraukan rakhyat, 2 – Kerana harga minyak dan barang – barang keperluan naik, 3 – Kerana mahu berkuasa disebabkan yakin boleh memerintah dengan adil, dan 4 – Kerana tidak sukakan UMNO dan Barisan nasional, maka, kehendak demikian tibdak memberi erti apa – apa dalam perjuangan sesbuah negara dan rakyat yang telah moden.
Saya merenung dengan pengalaman politik di Malaysia, semua parti politik yang tidak berdasarkan Islam sebagai addin – sosialoisme atau sosio demokrasi, kapitalisme ala Cina atau India, maka, mereka tidak akan dapat mencapai tujuan perjuangan. Kalaun mereka berjaya pun, kejayaan itu seperti ‘seketul garam dalam hujan’ sahaja.
PARTI POLITIK
Sekarang, ahli Parlimen Putrajaya, ahli UMNO dan Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Tengku Adnam Mansor. Mungkin pada pilihan raya umuam ke – 13, jika beliau bertanding, beliau akan kalah, tetapi, bolehkah orang dari parti politik lain yang menang dapat melaksanakan tanggungjawab lebih dari beliau.
Mungkin boleh!
Saya yakin, jika parti politik yang mempunyai kemampun yang sama dengan UMNO dan memiliki kerangka politik Islam dan berdasarkan Islam, mungkin diterima oleh orang Melayu dan umat Islam, kerana sebilangan besar orang Melayu dan umat Islam mahukan pemerintah yang berpegang kepada ‘dasar keIslaman yang kuat dan tulin’.
Pada hakikatnya, orang Melayu dan umat Islam yang faham tentang Islam, politik Islam, ekonomi Islam, sistem masyarakat Islam, hububungan umat Islam dengan umat bukan Islam, akan sedia menerima parti politik yang mengangkat Quran dan Sunnah melangkah ke Putrajaya.
Sesiapa pun patut berfikir, tidak ada erti apa – apa, jika kemenangan dicapai dan kekuasaan di tangan, hanaya selama beberapa bulan sahaja, kerana ditentang oleh orang Melayu dan umat Islam.
HUKUM HUDUD
Putrajaya pada masa akan datang, jika dikehendaki oleh Allah, akan menjadi pusat pemerintah atau kerajaan Malaysia yang ada pegangan seperti berikut:
1 - Melayu menjadi bangsa teras dan kaum – kaum lain
menjadi bangsa bersama teras bangsa.
2 - Islam – Quran dan Sunnah menjadi dasar negara,
iaitu tidak untuk beribadat dan mengamalkan segala
yang tidak ada kaitan dengan hukum hudud dan
siasatul Islamiyah (politik berdasarkan Islam).
3 - Mengamalkan modal insan yang memberi faedah,
ihsan dan sama rata kepada rakyat Malaysia.
4 – Berpegang teguh pada dasar kemanusian sejagat
seperti yang ditunjukkan oleh Quran.
Setiap pemimpin – peringkat atasan hingga bawahan dalam parti politik yang akan berkuasa di Putrajaya mestilah ada iman kepada Allah dan rukun – rukun iman yang lain, Ihsan terhadap Allah dan terhadap rakyagt dan manusia sesuai dengan petunjuk Quran: Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia’, amanah dan akhlak mulia.
Mereka juga hendaklah ada kekuatan sufi. Perjuangan Islam diteruskan dan Allah tetap ditaati dan disembah walau dalam apa ajua keadaan.
Jika parti politik yang akan berkuasa di Putrajaya tidak ada orang – orang seperti di atas, maka, saya yakin parti politik tersebut akan menang ‘ hangat – hangat tahni ayam sahaja’.
Sebelum melangkah ke Putrajaya selepas pilihan raya umum ke – 13, eloklah setiap orang yang berjuang dalam parti – parti politik meninjau kerajaan Negeri Kelantan. Walaupun ditentang oleh UMNO dan Barisan nasional sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan hingga Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi kerajaan yang dipimpin oloeh PAS itu tahan dan kukuh lama. Mengkagumkan. – mokhtar petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.