Saturday, April 2, 2011
QURAN DAN HADIS
JANGAN BERTOLAK ANSUR
Siapakah orangnya yang gila itu.
Sesungguhnya Penguasa – Allah – anda – Muhammad s.a.w. - , Dialah yang lebih mengetahui orang yang sesat dari jalanNya – Allah - , dan Dia – Allah – juga yang lebih mengetahui orang – orang yang mendapat petunjuk.
Oleh demikian, jangan anda – Muhammad s.a.w. dan umat Islam umat Junjungan – (berpegang teguhlah anda pada ajaran atau hikmah Islam yang anda sedang analkan, dan - jangan anda menurut kemahuan orang – orang yang mendusta – agama Allah - .
Dan janganlah anda – Muhammad s.a.w. – beralih dari pendirian yang benbar – dan jangan) mematuhi – mengikut – orang – orang yang merndustakan – agama Allah, iaitu Islam - .
Mereka suka jika anda – Muhammad s.a.w. – bertolkak ansur – menurut mereka kerana perpaduan nasional - , agar mereka juga pada zahirnya bertolak ansur dan lemah lembut - untuk memperdayakan anda.
- Al Qalam: 6 - 9
NOTA.
Perhatikan maksud ayat – ayat Quran di atas ini. Sekarang para pemimpin kita berlemah lembut dan bertolak ansur kerana kepentingan perpaduan, hingga ada yang mengabaikan hukum – hukum Islam.
Orang – orang Islam yang arif tentang Quran dan agama Islam yang telah mengadakan peraturan hidup untuk umat manusia, seperti nergara mengikut Islam, kesetiaan kepada undang – undang yang berpandukan Quran dan mengikut Islam, hendkalah berhati – hati menerima propaganda para pemimpin yang bertolak ansur itu.
HADIS
KEBURUKAN ANTARA DUA RAHANG
Rasulullah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Sesiapa yang dapat menjaga keburukannya yang ada antara dua rahangnya – mulutnya – dan keburukan yang ada di antara dua puntung kakinya – kemaluan - , maka, dapatlah – Allah mereda – dia masuk syurga.
– Perawi: Abu Hurairah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.