Thursday, April 28, 2011




KA'ABAH DAN HIKMATNYA

Menurut para ulama dan ahli sejarah Islam, baawa Ka’abah telah dibina oleh para malaikat lebih 2,000 tahun sebelum Allah mencipta Nabi Adam alaihis salam. Pembinaan oleh oara malaikat itu bukan pembinaan peringkat awal, kerana pada peringkat awal Ka’abah itu dicipta oleh Allah Taala dengan perintahnya ‘Kun fa yakun’ – ‘Jadi, maka jadilah’ (sesuatu). Para malikat tidak mengambil bahagian semasa pembinaan awalnya.
Kemudian dari ahli – ahli Hadis dan sejarah, bahawa setelah Nabi Adam alaihi salam diturunkan Allah ke dunia ini, maka Junjungan telah membinanya dengan batu batan yang telah diambil dari gunug – gunung batu dari Jhudi yang terletak di Armenia di antara Turki, Yereva, Baku dan Azerbaijan. Gunung Lubnan, gunung Zaita, gunung Sinai dan gunung Hera.Semua batu batan itu dihantar oleh para malaikat.
Ada pula yang berkata, bahawa Nabi Adam alaihis salam hanya meletakkan batu asasnya dan Allah telah menurunkan Baitul Ma’amur dari syurga.
Kemudian telah dibina Ka’abah itu oleh Nabi Ibrahim Khalilullah dan puteranya Nabi Ismail alaihis salam.
Pada masa – masa berikutnya, Ka’abah dibina atau ditambah di sana sini atau diperbaiki oleh merek ayang telah mendapat taufik dan hidayat dari Allah, iaitu seorang pembesar Arab keturunan Nabi Nuh alaihis salam, bernama Al Amaliqah dan kemujdian oleh pembesar Arab keturunan Nabi Nuh alaihis salam juga, yang bernama Jurhum.
Menurut sejarah, pembinaan Ka’abah, bahawa pada wakatu – waktu Nabi Ibrahim Khalilullah dan puteranya, Nabi Ismail alaihis salam membina Ka’abah, orang – orang dari keturunan Jurhum itu telah membantu mereka.
Selepas aitu, seorang pembesar keturunan dari jalur Nabi Ibrahim dan moyang Nabi Muhammad s.a.w. yang ketiga ke atasyang bernama Qusai bin Kilab membina – baik pulih – Ka’abah itu.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berusia 25 tahun – ada yan mengatakan usia Junjungan 35 tahun, orang – orang Arab Quraisy dengan pimpinan pembesar – pembesar mereka telah membina – baik pulih – Ka’abah.Nabi Muhammad s.a.w. yang turut serta dalam gotong royong itu telah bebrapa kali memikul ketul – ketul batu atas bahunya yang di bawa dari bukit batu yang berhampiran dengan Ka’abah.
Apabila berlaku perbalahan di antara ketua – ketua suku kaum Quraisy berhubung siapakah yang lebih utama dan berhak meletakkan semula Hajar Aswad – Batu Hitam yang berasal dari syurga – itu ke tempatnya yang asal, maka Nabi Muhammad s.a.w. yang mahu mengelakkan pembunuhan di antara suku – suku kaum itu, Junjungan telah menawarkan dirinya untuk menjadi orang – tengah. Ketua – ketua kaum Arab Quraisy telah memilih Junjungan untuk meletakkan Hajar Aswad – Batu Bitam – itu ke temoatnya yang asal.
Pada zaman itu orang – orang jahiliah berkeadaan seperti orang bongkak atau ‘cerdik tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar’. Apabila berlaku perselisihan faham di angtara mereka, mereka menggunakan mata pedang sebagai kata pemutus atau pengadil.
Dalam pertelingkahan kerana Hajar Aswad – Batu Hitam – itulah kali pertama Nabi Muhammad s.a.w. mnjadi orang tengah atau memnberi pendapat untuk umat manusia.
Dalam satu sidang dengan para sahabatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
(Hadis)
Nazala ........................Adam
Hajar Aswad – Batu Hitam – telah diturunkan dari syurga, mempunyai warnayang termat putih dari susu (kerana) dosa – dosa anak Adam menyebabkian ia menjadi hitam.
- Perawi: Ibni Abbas.
Bentuk muka atas Ka’abah telah banyak kali berlaku penyelidikan oleh penyelidik – penyelidik ilmu aljibra dan ilmu hisab yang terdiri dari orang – orang Islam kerana prmukaannya itu menjadi simbul atau petunjuk awal ilmu – ilmu tersebut.
Kedudukan Ka’abah, Hajar Aswad dan Hajar Ismail – Batu Ismail – dan ukurannya menurut buku Makkatul haj wat tawaf yang ditulis oleh Fuad Abdul Hamid ‘Aqawi adalah seperti berikut:
* Tinggi Ka’abah, ialah 15 meter.
* Panjang dari bahagian timur ke arah pintu Ka’abah ialah
11.58 meter.
* Panjang dari bahagian barat 11.93 meter.
* Panjang dari bahagian utara – antara dua rukun – 10.33
meter.
* Panjang dari bahagian selatan – bahageian Hajar Ismail –
10.22 meter.
* Ketinggian Hajar Aswad – Batu Hitam – 1.33 meter.
* Panjang batuj Ka’abah 2 meter.
* Panjang Hajar Ismail dari bahagian barat 2.38 meter.
* Panjang antara pancuran air Ka’abah ke tengah dinding
Hajar Ismail 8.36 meter.
* Panjang antara dinding Ka’abah dari bahagian timur ke
Maqam Ibrahim 11.10 meter.
* Panajang antara Hajar Ismail dari tengahn ke kawasan
tawaf 12 meter.
* Panjang dinding Ka’abah dari tengah bahagian barat ke
kawawsan tawaf 15.80 meter.
* Panjang antara dinding Ka’abah dari tengah dinding
bahagian kanan ke kawasan tawaf 15.80 meter.
Ka’abah adalah batu keramat dari syurga yang menjadi simbul peribadatan dan ketakwaan manusia kepada allah Yang Maha Kuasa. Ia juga menjadi ‘Tugu Perpaduan Ummah’ – umat Islam seluruh dunia. *
-----------------------
* Disaring dari buki, Falsafat Ibadat Umrah Dan Haji, oleh: Mokhtar Petah.
Pada masa Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, buku ini telah dicetak oleh pihak
kerajaan negeri dan diberi perjuma kepada bakal - bakal Jemaah haji negeri tersebut.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.