SUMPAH DAN AZAB
Katakan Muhammad Rasulullah: Jangan kalian jadikan sumpah sebagai tipou daya sesama kalian, kerana dengan yang demikian itu menyebabkan anda tergelincir kaki setelah ia (kedua kaki itu) tetap teguh (atas jalan yang benar); dan kalian pula akan menghadapai balasan buruk (di dunia) disebabkan kalian menghalangi manusia dari jalan Allah, dan bagi kalian juga disediakan (oloeh Allah) azab yang besar di akhirat. – An Nahl: 94
NOTA:
Setiap orang Islam dan beriman kuat kepada Allah dilarang bersumpah untuk mengistiharkan yang dia tidak melakukan keburukan (sedangkan dia telah melakukannya dan Allah melihatnya). Perbuatan sumpat demikian akan mengakibatkan seseorang itu akan jatuh – berbagai kejatuhan, kalau dia pemimpin orang ramai beransur membencinya, negaranya mengalami keadaan yang buruk atau susah walaupun hasil mahsul banyak dan orang ramai tidak bersatu padu.
Orang yang bersumpah demikian, adalah munafik dan tidak sahaja menderita nyata dan batin di dunia – ketawanya sedikit tangisnya banyak – tetapi dia terap senyum juga. Sesungguhnya Allah menyediakan baginya azab yang amat dahsyat di akhirat nanti.
Sesiapa yang menjadi pemimpin masyarakat dan negara, hati – hatilah dari bersumpah demikian itu.
HADIS
ORANG MUNAFIK
Rasulullah Muhammad s.a.w. memberi amaran: La taquluu lil munafiq sayyid, fa innahu in yaku sayyidan asghattum Rabbukum ’Azza wa Jalla. Jangan kalian mengucapkan sayid – atau tuan – kepada orang munafik, kerana sesungguhnya, jika orang itu benar –benar sayid – ertinya tinggi mertabatnya di atas orang lain, yakni menjadi pemimpin, dia tidak melakukan munafik , maka kalian benar – benar telah membuat kemungkaran (kepada) Allah.
– Perawi: Imam Abu Daud
------------------------------
JANJI TIDAK TUNAI
Dalam tiap - tiap kempen, sama ada pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum, orang - orang yang bekempen - pihak parti menguasai kerajaan dan pihak parti - parti pembangkang meluahkan janji - janji kepada para bakal mengundi dan orang ramai, hatta akan bina jambatan tengah padang.
Allahyarham Tun Ghafar baba, telah berjanji kepada orang satu kawasan di Negeri Kelantan, bahawa Kerajaan Pusat akan bina masjid di sana, lalu diletakkan batu asas. Tun Ghafar Baba telah bepindah dari dunia ke akhirat dan hingga kini masjid yang dijanji itu tidak di dirikan.
Begitulah janji tinggal janji. Lepas pilihan raya, sebilangan besar rakyat menelan air liur dan menelan kalat - kalat di gigi sendiri sahaja.
Saya kira, saiapa sahaja berkempen, jangan berjanji, kalau tentu janji itu tidak dapat ditunaikan. Kita sebagai orang mukmin takut, orang yang berjanji tidak tunai janji dimasukkan dalam golongan orang munafik.
Maksud Hadis Nabi Muhammad s.a.w.: Orang munafik; bercakap, bohong. Janji, tidak tunaikan janji.
Kalau hendak menang dalam pilihan raya, jadikanlah kemenangan itu dengan keredaan Allah.
Kemenangan tidak pastinya berjaya. Kemenangan tidak pasti diredai Allah. Kemenangan tidak pasti tidak akan jatuh pada masa hadapan. Jadilah orang politik yang baik dan jangan jadi orang politik yang munafik. Kalau orang munafik memerintah, rakyat akan rugi dan negara akan binasa.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.