Sunday, February 20, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN




MENOLAK KITAB ALLAH


Apabila mereka diseru (diajak) kepada kitab Allah dan sunnah RasulNya (mengunakan Quran dan Sunnah sebagai peraturan atau undang – undang kehidupan bekerluarga, bermasyarakat dan bernegara) agar menjadi hakim memutuskan sesuatu antara mereka, maka dengan serta merta sebilangan dari mereka berpaling (menolak ajakan tersebut) jika tidak menuntungkan mereka.
Sebaliknya, jika ada keuntungan bagi mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat.
- An Nur: 48, 49.

NOTA.
Sejak berkembang agama Islam hingga pada masa ini kebanyakan umat manusia di negara – negara mereka menolak Quran dan Sunnah dari dijadikan panduan atau ikutan bagi undang – undang negara, kerana mereka melihat, jika undang – undang negara mereka menggunakan Qurwan dan Sunnan, mereka tidak mendapat keuntungan, seperti amalan rasuah, amalan riba dalam bank dan perdagangan, perjudian, persundalan (pelacuran dan segala amalan yang hampir dengan pelacuran) dan segala amalan yang kenguntungkan tetapi salah di sisi Quran dan Sunnah, iaitu Islam.
Negara – negara demikian, walau macam mana kaya dan makmur, tetapi tidak mendapat keredaan dan keampunan Allah. Akibatnya rakyat hiup alam keadaan miskin atau menjadi mangsa golongan pemerintah dan kapaitalis.


HADIS

TIDAH MENCURI

Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Seseorang itu tidak mencuri selagi dia berada dalam keadaan beriman (kepada Allah dan RasulNya) .
– Perawi: Termizi, An Nasaai, Imam Ahmad dan Ad Darimi.

TIDAK POTONG TANGAN

Rasul Allah s.a.w. menjelaskan: Tangan orang mencuri tidak dikenakan hukum potong, kecuali (dia men curi) berniolai satu perempat dinar ke atas.
–Perawi: Imam Muslim.



---------------------

KERAJAAN MESTI BERIKHTIAR

Malaysia sebuah negara yang makmur. Nwegara - negara di dunia mengakui dan menyanjunginya.
Di negara Arab, contohnya Arab Saudi - negara beraja. Negara tersebut tidak mempunyia bidng perushaan dan hasil mahsul seperti Malaysia, hanya ada hasil minyak dan sedikit hasil - hasil lain.
Semua rakyat negara tersebut tidak dipaksa membayar cukai pendapat, cukai barang - barang yang meteka beli termasuk kenderaan dan lain.
Tetapi negara kita yang mempunyai berbagai sumber pendapatan, di udara, daratan dan lautan, semua rakyatnya tidak seperti rakyat - rakyat di negara tersebut.
Kita berharap kerajaan berikhtiar terus berikhtiar - tidak memboroskan wang dan cari keredaan Allah - agara semua rakyat tidak resah.
Sebenarnya kita telal lama mendengar laungan ' makmur, makmur, makmur ', tetapi semua rakyat terasa mereka mengalami keadaan tidak sama dengan rakyat Arab Saudi. Ertinya, RINGANKAN BEBAN RAKYAT.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.