MELANCONG
Muhammad s.a.w., katakan: Kalian melanconglah di atas muka bumi, maka lihat - perhati, kaji selidik dan insaf - bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk – makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula – pada hari akhirat - , dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap – tiap suatu.
– Al ‘Ankabut: 20
BUTA HURUF
Muhammad s.a.w., anda tidak pernah tahu membaca – buta huruf - sesebuah kitab pun sebelum turunnya al Quran ini, dan tidak pula – anda - tahu menulisnya dengan tangan kanan anda; - jika anda dahulu pandai membaca dan menulis - tentulah ada alasan bagi –rang – orang kafir yang menentang – anda - akan rasa ragu – ragu - tentang kebenaran anda- .
– Al ‘Ankabut: 48
HADIS
BELALANG EMAS
Rasul Allah Muhammad s.a.w. memberitahu: Pada ketika (Nabi ) Ayyub a.s.sedang mandi telanjang, - tiba – tiba - jatuh ke atasnya seekor belalang emas, lalu dimasukkannya ke dalam kainnya. Allah menyerunya: Hai Ayyub, bukankah Aku telah memberi kecukupan - kepada anda - sehingga anda tidak memelukan kepada apa – belalang – yang anda lihat itu? Nabi Ayyub a.s. menjawab: Ya Allah, tetapi saya tetap memerlukan keberkatan – kurniaan – anda.
– Perawi: Abu Hurairah dan Imam Bukhari.
NOTA:
Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang buta huruf. Junjungan tidak boleh menulis. Allah telah menurun da ajarkan ayat – ayat Quran kepadanya. Ertinya Junjungan tidak berguru kepada manusia. Junjungan berguru kepada Allah. Universiti awal Junjungan ialah Hira univeraty tidak begitu jauh dari pusat bandar Makkah atau Bakkah sekarang.
Bunkit dari banyak bukti Allah mengajar dan membeitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w., ialah Junjungan tahu Nabi Ayyub a.s. mandi telanjang dan belalang emas yang diambil oleh Nabi Allah tersebut.
Jika kita fikir dengan otak kita yang waras ini, bahawa kita yang tidak buta huruf tidak nampak ajaran Allah dalam Quran yang memerintakan kita menjadi manusia yang taat, takwa dan tawakkal kepadaNya. Kita jahil akan ajaran Allah dalam Quran agar kita hidup dalam sebuah negara yang menggunakan undang – undang berdasarkan al Quran dan mencontohi Nabi Muhammad al amin. Kita jadi buta huruf dan buta hati; kita masih mengikut mengikut banyak ajaran dan petunjuk orang Yahudi dan Kristian dalam peraturan hidup kita sen diri, rumah tangga, jiran tetgangga, masyarakat dan negara.
Sesungguhnya, kita adalah dalam golongan jahiliyah moden. Maka, kita semua eloklah hayati dengan penuh iman akan firman Allah: Ingatlah kalian kepada Aku – dengan mematuhihi hukum – hukum atau undang – undang – dan kalian bersyukurlah kepada Aku dan jangan kalian kufurkan (akan peringtah dan nikmat Allah). – al Baqarah: 152
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.