BELANJAKAN HARTA
Berimalah kalian kepada Allah dan RasulNya – Muhammad s.a.w. – dan belanjakanlah - pada jalan Allah dan kebajikan - sebahagian dari harta benda – kurniaaan Allah – yang dijadikan kalian mengusainya sebagai wakil. Maka orang – orang yang beriman di antara kalian serta mereka membelanjakan – sebahagian dari harta itu pada jalan Allah - , mereka tetap beroleh pahala yang besar.
– Al Hadid: 7
LUPA PERINTAH ALLAH
... jangan kalian menjadi seperti orang – orang yang telah melupakan – nasihat dan perintah) Allah, lalu allah menjadikan mereka melupakan – amalan – amalan yang baik untuk menyelamatkan – diri mereka. Mereka itulah orang – orang yang fasik – derhaka.
– Al Hasyr: 19
HADIS
GAMBAR
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah menasihat dan memberi ingatan: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau ada gambar apa – apa yang mempunyai ruh – nyawa - .
- Perawi: Para perawi Hadis sama sepakat.
NOTA
Para malikat adalah wakil Allah memasuki rumah – rumah manusia yang beriman kepadaNya.
Rumah – rumah, termasuklah pada masa ini kenderaan di daratan, lautan dan udara.
Maka para malikat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing dan gambar makhluk yang ada nyawa. Gambar yang disebut Nabi Muhammad s.a.w., bukanalah gambar yang diambil dengan kamera dan dilukis secara tidak timbul pada kertas dan lain. Gambar, di maksudkan semua lukisan atau ukiran yang timbul pada kertas, kulit kayu, kayu, tananah atau saramit dan sebgainya.
Contohnya, Tugu Negara, gambar Tunku Abdul Rahman di hadapan bangunan Parlimen, gajah dan sebagainya di atas pagar depan Zoo Negara dan di tempat – tempat lain.
Gambar timbul Yang Dipertuan Agong pada duit syiling di negara kita ini, termasuk yang di nasihat dan diberi ingat oleh Nabi Muhammad sallalhu alaihi wa sallam.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.