Monday, February 28, 2011

PENDAPAT




TUA – TUA JANGAN BERLAGA

Cik Mik kenak godam,
Cik Awang kena tumbuh,
Lemnbu kambing berlaga,
Pak Busu kena tanduk.
Orang tua berlaga,
Orang banyak ketawa.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad sejak muda hingga berusia tua bertabiat ‘suka’ mengkritik dan menyalahkan orang lain, walaupun beliau tahu orang itu benar dan baik.
Baru – baru ini Dr Mahathir Mohammad menyelar Menteri Besar Kalantan dan Mursyidul ‘am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Saya lihat, selagi Nik Aziz berjuang pada jalan Allah dan menegakkan negara Islam di Malaysia, selama itu Dr Mahathir Mohamad hentam beliau.
Sepatutnya, Dr Mahathir Mohamad pemimpin yang dihormati oleh orang ramai, bila telah bersara dari pemimpin negara dan telah tua, beliau tidak lagi meyanggah atau menyalah dan meperlekehkan orang lain.
UMAT MANUSIA
Dr Mahathir Mohammad telah memperlekehkan tokoh politik yang beliau sendiri melantiknya memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau telah ‘silap pilih Abdullah Badawi’. Pada kebiasaan umat manusia, perkataan demikian demikian lahir dari orang yang kecewa, bebal atau tidak suka melihagt orang lain lebih baik dari dirinya.
Sebenarnya, Dr Mahathir Mohamad ini, pada masa dia menjual goreng pisang di Pekan Rabu, Alor Setar, iaitu sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke Univesity of Malaya Singapura, beliau bertabiat suka menyalahkan kawan - kawannya.
AKHLAK ISLAM
Kerana kelanjutan Dr Mahathir Mohamad menyalahkan orang lain, maka beliau telah tidak digemari oleh orang ramai yang berfikiran terbuka, kuatg berpegang kepada akhlak Islam dan tidak ingin melihat Melayu sama Melayu berlaga.
Saya melihagt Dr Mahathir Mohamad berbeza dengan Nik Aziz mengenai agama Islam. Dr Mahathir Mohamad melihat Islam seperti orang melihat b elakang penyu di pantai. Manakala Nik Aziz melihat Islam secara menyeluruh, iaitu dari bidang peribadatan, munakahat, mujalamat – sosial, ekonomi, politik dan lain.
Dalam menghadapi agama Islam, Dr Mahathir Mohamad adalah ‘jahil’, manakal Nik Aziz, adalah ‘alim’. Maka orang alim tidak sempatgutnhya berlawanan dengan orang jahil. Menang atau kala di tertawakan oleh orang yang berakal sahaja.
HUKUM HUDUD
Pada masa mula berjuang dalam UMNO, Dr Mahathir Mohamad mengkritik Tunku Abdul Rahman sehingga beliau disingkirikan dari UMNO dan kemudian masuk semula dalam cawangan UMNO di Rawang, Selangor.
Dr Mahathir Mohamad seorang yang berpegang kepada agama Islam, tetapi pengangannya bebeza dengan Nik Aziz. Kerana jahilnya Dr. Mahathir Mohamad terhadap Islam, maka, beliau menentang hukum hudud dalam Islam. Hanya menerima hukum – hukum yang berhubungan dengan peribadadatan, munakah, muamalat biasa sahaja dan tidak ada sanbggut paut dengan politik Islam.
Ertinya Dr Mahathir Mohamad tidak menentang Islam. Beliau menerima dan menjunjung Islam seperti orang makan telur ayam, iaitu makan telur putih dan tidak makan telur merah.
ORANG NYANYUK
Nik Aziz alim akan Islam, maka dia mahu mengislamkan negara ini, iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Perkara inilah Dr Mahathir Mohammad dan rakan – rakan seperjuangannya menentang dan memperlekehkan Nik Aziz.
Maka, saya fikira eloklah Nik Aziz mendiamkan diri jika diserang oleh Dr Mahathir Mohamad. Melawan tidak elok. Biarlah orang Islam sejati melihat bekas Perdana Menteri yang telah tua itu berkeadaan ‘orang nyanyuk’.
Saya khuatir, orang – orang yang menentang orang berjuang pada jalan Allah dan membela Islam akan menerima balasa Allah seperti para pembesar dan berkuasa pada zaman silam, misalnya Firau tengelam dalam laut merah dan yang lain disiksa oleh Allah di dunia lagi. – Mokhtar Petah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.