Saturday, January 15, 2011

QURAN DAN HADIS

RAJA FIR’AUN DAN KAUMNYA

Sesungguhnya Kami – Allah – telah menimpakan (Raja) Fir’aun dan rakyatnya – setianya - dengan musim kemarau dan kekurangan buah – buahan, supaya mereka insaf - mengambil pelajaran.
Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan, mereka berkata: ” Ini ialoah hasil usaha kami.” Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan, nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan para pengikutnya. – Allah berfirman: Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, tetapi kebanyakan dari mereka – Fi’aun dan para pengkutnya – tidak mengetahui.
Dan mereka berkata: Walau apa sahaja – jenis keterangan mu’jizat yang anda – Nabi Musa alaihis salam – bawa kepada kami, untuk menjalankan sihir kepada kami, maka kami tidak sekali – kali beriman kepada anda.
-Allah berfirman: Kami – Allah – pun menghatar kepada mereka taufan, - berjuta – juta banyak - belalang, kutu, katak dan darah sebagai tanda – tanda bukti yang jelas, maka, mereka tetap berlaku takbur – sombong – dan menjadi kaum yang menderhaka – kepada Allah dan Nabi Musa alaihis salam.
– Al A’araaf: 30 – 133.


HADIS

JAGA MULUT DAN KEMALUAN

Nabi Muhammad s.a.w. telah memaklumkan: Sesiapa yang dijaga oleh Allah akan keburukannya yang ada di antara dua rahangnya – mulu – dan keburukan antara dua kakinya - kemaluan - , maka dapatlah – direda Allah - dia masuk ke dalam syurga.
– Perawi: At Tarmizi

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.