PADERI MEMELUK AGAMA ISLAM
Tahun 1954
Guru yang mengajar bahasa Inggeris, di sekolah malam, bernama Luchmy, masih gadis, anak kepada seorang peniaga besi buruk (scrap) dekat sebatang lorong, dalam bandar Pulau Pinang.
Luchmy telah memperkenalkan aku kepada seorang paderi muda, J. Peter. Paderi itu telah jatuh cinta kepadanya, tetapi Luchmy tidak mencintai nya dan dia menerima paderi muda itu sebagai rakan biasa sahaja.
Dari perkenalan awal dan membawa kepada pertemuan- pertemuan berikutnya, J. Peter telah mendakwah kepadaku secara halus. Dia seperti kebanyakan pendakwah-pendakwah Kristian yang mendakwah orang-orng yang tidak mempunyai pengetahuan agama Islam. Harapannya, mudah-mudahan aku memeluk agama Kristian Roman Katholik yang dianutinya.
RENDANG BURUNG MERPATI
Pada satu hari, aku, J.Peter dan Luchmy telah singgah makan tengah hari di sebuah kedai mamak dekat Masjid Kapitan Keling, George Town - kami telah makan rendang burung merpati, kari pekat itik dan kurma kambing - , aku telah dapat merasakan Luchmi tidak mencintai J. Peter. Sewaktu Luchmy masuk ke bilik air, aku telah merisik pada paderi itu. Jawabnya, ”...saya mana boleh kahwin, saya mau belajar lagi, ...mau pergi ke Vitican...”
Pada hari-hari berikutnya, persahabatan aku dengan J.Peter telah menjadi erat dan mesra. Kerana aku hendak mengambil tahu serba sedikit mengenai agama Kristian, maka J.Peter telah membawa aku dan Lucmi ke gerejanya di George Town. Dia beriman seperti penganut-penganut agama Kristian yang lain. Mereka beriman yang Nabi Isa alaihis salam anak Allah dan telah mati dibunuh dan di salib pada sebatang tiang.
Kerana pendapat dan iman mereka demikian, maka aku berpendapat, mereka bukanlah dari goloongan ahlul kitab – pemilik kitab dan kafir kitabi -, tetapi mereka adalah kafir musyrikin kerana mereka telah menyekutukan Allah.
GOLONGAN KAFIR MUJSYRIKIN
Penganut-penganut agama Kristian yang demikian, adalah sama dengan orang-orang Yahudi yang beriman kononnya, Uzir anak Allah. Mereka seperti orang-orang dalam golongan kafir musyrikin, iaitu menyekutukan Allah dengan makhluk.
Dan orang-orang Yahudi mengatakan: Uzir anak Allah. Dan orang-orang Kristian mengatakan Al Masih anak Allah. Itu adalah perkataan dari mulut mereka (sahaja), menyerupai orang-orang kafir pada masa dahulu (menyembah berhala). Kiranya Allah membinasakan mereka ke mana mereka berputar.
Pada satu petang Sabtu, di sebuah kedai mamak di Simpang Lima, J.Peter telah bercakap denganku tentang agama Kristian dan mazhab-mazhab dalam agama itu. Aku telah memberitahunya, dalam Quran ada menyatakan Nabi Isa tidak mati dibunuh dan di salib oleh musuh-musuhnya. Yang telah mati dan dan disalib itu bukan bukan Isa Al Masih, tetapi orang yang serupa dengan Nabi Isa. Nabi Isa telah diangkat oleh Allah kepada-Nya. Aku telah menyatakan erti ayat Quran mengenai Nabi Isa kepada J.Peter.
’Kata orang-orang yang memusuhi Isa: Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih anak Mariam. Sebenarnya mereka tidak membunuh Isa dan tidak menyalibnya (pada tiang berpalang) tetapi sekadar penglihatan mereka sahaja. Sesungguhnya orang-orang berselisih faham tentang itu (Nabi Isa kena salib), sebenarnya mereka dalam ragu-ragu, mereka tidak mempunyai pengetahuan (pasti) – tentang hal itu - , hanyaklah mengikut sangkaan (semata). Mereka juga tidak yakin telah membunuh Isa. Tetapi Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan Allah itu Maha Kuasa dan Bijaksana. Dan di antara orang-orang keturunan kitab (Kristian) itu ada yang percaya kepada Isa (bukan anak Allah dan tidak disalib) sebelum matinya. Pada hari kiamat Isa menjadi saksi bagi mereka.
J.Peter telah berjanji, jika ditakdirkan dia pergi ke Vitican – Vitican state , maka dia akan mencari pemeluk – pemeluk agama Kristian yang sebenar di sana. Iaitu mereka yang beriman yang Allah tidak mempunyai anak atau Nabi Isa bukan anak Allah dan masih beriman kepada kita Injil yang asli atau yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa alaihis salam.
Kira-kira tiga bulan kemudian, iaitu setelah J.Peter mendengar dakwah dariku tentang Quran dan agama Islam, dia telah memeluk agama Islam, di hadapan Sheikh Abdullah Fahim. Dia memakai Nama Muhammad Fikri bin Abdullah. Beberapa tahun kemudian aku telah mendapat tahu, dia telah merantau ke Afrika Selatan.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.