CINTA DI RANATAU MANUSIA
Bandaraya Baghdad berbungkus dalam kabus pagi masih dara. Dingin. Pada dada langit biru masih berkelip beberapa biji bintang bercahaya duka.. Bunyi tembakan dan letupan senapang, moter dan bom kedengaran di sana sini. Beberapa buah kapal terbang tentera Amerika melintas ganas di udara Baghdad.
Pada sepanjang malam tadi, Syamila dan Tengku Intan tidak dapat tidur. Mereka duduk dan baring atas hamparan di ruang tamu. Masing berhati walang. Orang yang mereka tunggu belum juga pulang. Menurut jadual, pada malam itu ‘Alimin telah berada di rumahnya. Dia bersama isterinya membelai anak sulung mereka.
Tengku Intan dan Syamila tidak mengetahui; orang yang mereka nanti-nanti itu telah meninggalkan mereka. Pergi tidak kembali lagi. Pulang ke hadrat Allah dengan tubuhnya tembuk-tembuk, terkopak sana sini. Tubuhnya syahid. Darah merah menyelimuti tubuhnya yang syahid. Dia tidak pulang lagi buah selama-lamanya.
SEDIH MEMBENDUNG HATI
Sesekali Syamila merenung bayinya yang nyenyak tidur atas katil. Bayi itu sihat dan sedang nyenyak tidur. Bibirnya. Hidungnya. Dahinya. Jari jemarinya mewarisi bapanya. Sepasang matanya. Sepasang telinganya. Rambutnya saling tak tumpah seperti mata, telinga, rambut ibunya. Putera Muhammad Iskandar ditakdirkan lahir ke dunia tidak sempat melihat bapanya. Muhammad Iskandar bin Alimin, anak yatim di rantau orang.
Ada suatu perasaan luar biasa telah bertenggek pada hati Tengku Intan. Rawan, hiba dan sedih membendung hatinya. Entah berapa ribu kali dia mewiridkan nama Tuhan dan nama suaminya.Tidak putus-putus mulutnya mengucapkan istighfar dan dua kalimat syahadat.
“Kakak, saya rasa tak sedap hati,”kata Tengku Intan kepada Syamila.
“Sabarlah, adikku, kakak pun rasa tidak sedap hati juga,”sahut Syamila.
Pada malam tadi Tengku intan telah terlena sejenak. Dalam nyenyaknya, mimpi telah mengulik dirinya; dia bersama suaminya telah berdiri atas bukit yang tinggi. Curang bukit itu amat dalam. Pada waktu mereka berpelukan mesra, tiba-tiba kaki kanan suaminya tergelincir dan tubuhnya terlerai dari pelukannya. Suaminya terjatuh ke dalam gaung itu. Dia terjaga dan mengucap beberapa kali istighfar dan kalimat syahadat.
Tengku Intan terlena lagi, sebuah mimpin yang indah telah membuainya. Mereka berlari-lari di pantai laut yang indah. Bersama berenang dalam air laut yang dingin. Entah dari mana ‘Alimin mendapat sekuntum bunga mawar dalam laut itu dan bunga itu diselitkan pada rambutnya. Dengan penuh kasih sayang ‘Alimin mencium kedua belah pipi dan dahi isterinya.
MEMBASAHI SEPASANG PIPI
Sebaik-baik sahaja lepas sembahyang subuh, Tengku Intan membaca satu surah dari Quran, iaitu surah yang sering dibaca oleh suaminya:
Maha berkat (Allah)Yang tangan-Nya
kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala-
galanya.Yang mencipta kematian dan
kehidupan,kerana hendak menguji kamu,
siapa di antara kamu yang amat baik
pekerjaannya,dan Dia Maha Kuasa, Maha
Pengampun.’
‘….Katakan. Adakah kamu perhatikan; kalau air kamu menjadi kering, siapakah yang dapat mendakan mata air yang Jernih’ .
Ayat-ayat dalam surah Al Mulk itu dibaca oleh Tengku Intan dengan hati yang penuh debar. Pada ketika itu air matanya mengalir membasahi sepasang pipinya. Dia seperti seorang yang memiliki ilmu kasyaf; Allah telah memancarkan khabar duka kepada hatinya. Suaminya telah berhijrah ke alam abadi.
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar,” .Tengku Intan tidak pernah melupakan ayat Quran itu. Ayat suci itu sentiasa menjadi penawar hatinya.
Pada layar kaca televisyen menyiarkan berita ringkas dari stesyen televisyen di sebuah negara Arab. Berita mengenai ramai askar Amerika terbunuh di Tarmiyah. Lebih tiga buah trak musnah dan tiga buah helikopter telah ditembak, terbakar dan jatuh berkecai ke bumi.
“Berita terbaru,” kata Syamila.
“Ia, kakak, ramai askar Amerika terbunuh,” sahut Tengku Intan.
“Allah telah jahnamkan syaitan-syaitan itu,” sahut Syamila.
Sebuah kereta pacuan empat roda masuk ke halaman rumah Syamila. Tengku Intan dan Syamila memangku anak masing-masing dan menerpa ke pintu hadapan. Bukan ‘Alimin yang pulang. Dua orang lelaki keluar dari kereta. Seorang memegang secebis kertas warna putih. Mereka berjalan ke arah pintu rumah dan memberi salam kepada Syamila dan Tengku Intan.
“Kami hendak berjumpa dengan isteri Tuan ‘Alimin,”kata seorang lelaki.
“Saya, isteri dia,”sahut Tengku Intan.
“Siapa tuan-tuan berdua ini?”Syamila bertanya.
“Kami wakil Profesor Dr Abdul Rauf,…kami hendak sampaikan nota ini,” jawab lelaki yang memegang kertas nota. Wajahnya teduh. Sedih.
“…nota, nota apa?”Tanya Tengku Intan.
“…Sabar, Puan, …Tuan ‘Alimin telah meninggal dunia,”jawab lelaki itu.
DUA PEJUANG ISLAM
Tengku Intan tergamam. Terpegun. Rongga dadanya sebab seperti dituangkan selungguk batu batan.Tubuhnya luruh bersama bayinya di tepi dinding di situ. Air jernih membenak dalam dua tasik matanya.
“Inna lillahi... wa inna... ilaihi... raji’un,”suara Tengku Intan tersangkut-sangkut. pada anak lidahnya.
“….adikku, Inna lillahi wa inna ilahi raji’un,”suara Syamila terluah dari mulutnya.
Syamila mengangkat Muhammad Iskandar dari riba Tengku Intan. Dia memangku dua orang bayi. Dua putera kepada dua pejuang Islam yang mati syahid. Dua pejuang Islam memapah Tengku Intan masuk ke dalam rumah. Tubuh Tengku Intan diletakkan atas sofa. Seketika kemudian Tengku Intan dapat bercakap semula.
“Di mana dia meninggal?” Tanya Syamila.
“Dalam pertempuran dengan askar kuffar di Tarmiyah,” jawab lelaki itu.
Syamila memberi segelas air sejuk kepada Tengku Intan. Air sejuk itu diminum separuh gelas. Dua telaga matanya masih ditabiri air jernih. Air itu mengalir atas pipinya dan luruh atas pahanya.
“Saya hendak ke sana,”kata Tengku Intan.
“Ia, kami hendak pergi,”kata Syamila.
“Baik, Profesor Dr. Abdul Rauf telah berpesan, kakak berdua naik kereta kami,”kata lelaki itu sambil senyum.
“Kalau kereta saya, macam mana?”Tanya Syamila.
“Lebih baik dengan kereta kami,”sahut lelaki itu.
Pada waktu dalam perjalanan, lelaki yang duduk di sebelah pemandu memberitahu Syamila dan Tengku Intan; mereka dari brigade berani mati pejuang Islam.
KAKU DALAM KAPAN PUTIH
Kereta masuk ke pekarangan sebuah rumah. Sebaik-baik sahaja kereta itu berhendi di halaman rumah, lelaki di sebelah pemandu segera keluar dari kereta dan membuka pintu dan mempersilakan Tengku Intan dan Syamila turun. Beberapa orang dalam rumah itu berwajah murah, keluar menyambut mereka.
Tengku Intan dan Syamila memangku bayi masing-masing berjalan masuk ke rumah itu. Profesor Dar. Abdul Rauf menyambut mereka dengan senyum berbaur waarna duka.
“Sabarlah anak-anakku,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
Tengku Intan menangis.
Syamila mengiring Tengku Intan yang melangkah lemah mengikuti Profesor Dr. Abdul Rauf ke arah mayat ‘Alimin. Mayat syahid itu terbujur kaku dalam kapan putih, atas hamparan dalam dewan rumah itu. Sedih memamah Tengku Intan. Rongga dadanya sebak laksana anak sungai kebanjiran. Tubuhnya yang menggigil itu diluruhkan di sisi mayat suaminya. Terjelepok di situ bersama bayinya. Tangisan dan sedu sedan menjadikan tubuhnya yang baru bersalin itu menggigil-gigil dan terketar- ketar seperti perempuan sakit meroyan.
“…yang, …Allah,…Eli,…Intan,…Eli, …Intan datang, Eli,…anak kita, …ini anak kita, ,…Eli, …inna …lillahi wa …inna ilaihi… raj’un …,”suara Tengku Intan tersangkut-sangkut pada halkumnya.
“…Eli tinggalkan Itan, anak kita, Muhammad Iskandar ,…Eli, Muhammad Iskandar, …sayang, …Allahu Akba...r,” suara Tengku Intan dalam sedu sedannya.
“…Intan nak mati sama, …kita dah janji,…kita akan mati bersama, …Eli,” suara Tengku Intan lemah bagaikan suara orang kelemasan.
Air matanya luruh atas bayinya.. Setitik demi setitik air matanya luruh atas mayat suaminya.
MENGUCUP WAJAH SEMUAMINYA
Profesor Dr. Abdul Rauf mengangkat bayi dari riba Tengku Intan. Bayi itu diampu sambil menyebut namanya, “Muhammad Iskandar , Muhammad Iskandar...."
Sambil menangis, Tengku Intan memeluk mayat suaminya. Seorang pejuang Islam membuka kain kapan bahagian wajah ‘Alimin. Tengku Intan mencium wajah dan mengucup wajah suaminya. Darah merah. Kental. Pekat. Beku pada muka ‘Alimin berpindah dan melekat pada hidung. Sepasang mata. Dua ulas bibir. kedua-dua belah pipi. dahi. wajahnya. Perasaan sedihnya laksana malam hitam pekat langit mendung dilanda hujan dan ribut di laut tidak bertepi.
Syamila merenung wajah ‘Alimin beberapa ketika. Air matanya membenak dalam dua telaga matanya. Air jernih luruh bagaikan butir-butir mutiara putus karangannya.
“…adikku, Allah lebih menyayangi kamu adikku, …inna lillahi, wa inna ilaihi raji’un,”kata Syamila dalam tangisannya.
Profesor Dr. Abdul Rauf merapati mereka. Tangan kirinya menyentuh bahu Syamila. Wajahnya keruh. Warna wajahnya seperti wajah bapa sedang menghadapi mayat anaknya.
“Sabar anak-anakku, Wallahi, innallahu ‘ala kulli syaiin qadir,” kata Profesor Dr.Abdul Rauf.
MESRA DALAM RANGKUHAN DUKA
Enam orang pejuang Islam masuk menghampiri jenazah ‘Alimin. Profesor Dr. Abdul Rauf membaca al Fatihah dikuti dengan selawat kepada Nabi Muhammad s. a. w. Wajah ‘Alimin ditutup semula oleh seorang pejuang Islam. Tengku Intan memeluk tubuh suaminya sambil melafazkan tiga kali, “Allahu Akbar”.
Wajah Tengku Intan rapat pada dada suaminya.“Intan cinta Eli..., Intan rindu Eli....,”suara Tengku Intan mesra dalam rangkulan duka.
Tengku Intan mengangkat wajahnya dari dada suaminya. Tangisannya mulai reda. Hatinya sabar. Tawakal. Reda. Waja semangatnya.
“Puan, kami minta izin hendak mengakat as syahid ini, …hendak kebumikan,” seorang pejuang Islam meminta izin dari Tengku Intan.
“…ia, silakan,”sahut Tengku Intan.
“Ia, anak-anakku, jenazah as syahid ini akan dibawa pergi, …akan dikebumikan...,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Ia, …silakan,” suara Tengku Intan dan suara Syamila sama.
“Anak-anakku, tak usah ikut,…keadaan merbahaya,” kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Ia, Prof.,” sahut Tengku Intan.
Janazah ‘Alimin diangkat oleh enam orang pejuang Islam. Cermat benar mereka mengkat mayat itu dan menatangnya.Profesor Dr. Abdul Rauf membaca al Fatihah dan selawatkan kepada Nabi Muhammad. Sebaik-baik sahaja Profesor Dr. Abdul Rauf selesai membaca salawat, mereka berjalan dengan menetang mayat ‘Alimin ke sebuah van sedang menunggu di luar.Tengku Intan dan Syamila yang memangku puteranya mengikuti jenazah ‘Alimin hingga ke pintu van itu.
“Adikku, ‘alimin, kamu pejuang Islam, ‘berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirinya lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang yang cita-citanya berhasil’ ,” suara Syamila terluah harum dari celah dua ulas bibirnya.
“Allahu Akbar,”ucap Tengku Intan.
TUNAIKAN WASIAT AYAH
Van bergerak perlahan-lahan. Janazah ‘Alimin terbujur atas tandu. Empat orang pejuang Islam duduk menghadapinya. Tengku Intan berdiri atas rerumput di situ merenung van itu berlari atas jalan raya hingga hilang dari pandangannya. Syamila menangis teresak-esak di sisinya.
“…sayang, …hajat sayang nak mati syahid dah tercapai,…sayang dah tunaikan wasiat ayah sayang…,” suara Tengku Intan dalam keluhan.
Seorang perempuan muda, sebaya dengan Tengku Intan, berpakaian jubah dan selendang hitam, memimpin Tengku Intan masuk semula ke dalam rumah. Syamila mengikuti mereka dengan memangku bayinya, Umar Safwan.
“Kita berjumpa lagi, anak-anakku,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf dengan wajahnya senyum. Mesra.
“Ia, Doktor, saya tidak menyangka,”sambut Tengku Intan.
“Ia, Prof. pagi semalam kita telah berjumpa, hari ini…,”kata Syamila.
“Allah Maha Kuasa, …hamba-hambanya mengikut kehendak-Nya,”sahut Profesor Dr. Abdul Rauf.
Profesor Dr.Abdul Rauf menyerahkan Muhammad Iskandar kepada Tengku Intan.
“Pagi semalam saya telah membuka mulutnya,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Ia, Prof.,”sahut Tengku Intan.
Profesor Dr. Abdul Rauf merenung wajah Syamila dan wajah bayinya, Umar Safwa.
“…siapa bapa bayi ini?”Tanya Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Abbas Marwan,…telah meninggal dunia, … di Palestin, Prof,”jawab Syamila.
“…maafkan saya, Inna lillahi wa inna ilahi raji’un,…dua bayi ni anak yatim,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Ia, Prof.,”sahut Syamila.
Profesor Dr.Abdul Rauf merenung wajah Tengku Intan. Rengungannya seperti renungan seorang bapa kepada anak kandungnya.
“…bagaimana lepas ini,…akan pulang ke Malaysia?” Profesor Dr. Abdul Rauf bertanya kepada Tengku Intan.
“…tidak, Doktor, …saya akan tinggal di sini, Doktor., …saya tak akan pulang ke Malaysiai...,”jawab Tengku Intan.
“Ia, Doktor., adik saya ini akan tinggal bersama saya...,”Sahut Syamila.
“Alhamdulillah, bagus,”sahut Profesor Dr. Abdul Rau.
Profesor Dr. Abdul Rau memandang kepada perempuan muda. Usianya kira-kira 22 tahun. Memakai jubah hitam yang telah mengirim Tengku Intan tadi. Dia memanggil perempuan itu lalu berkata:
“…Fadhilah, …ini isteri as Syahid ‘Alimin.”
“Ia, …kita sama bersedih dengannya...,” prempuan itu berkata.
“…Intan, sabarlah, Allah lebih menyayanginya...,“ Profesor Dr. Abdul Rauf berkata kepada Tengku Intan.
“…ia, Doktor, ”sahut Tengku Intan.
“Allahu akbar, maaf anakku, …saya terlupa, ini cincin as syahid, nah terimalah...,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf, lalu memberi cincin dalam plastik kecil kepada Tengku Intan.
“Terima kasih, Doktor,” ucap Tengku Intan.
“Alhamdulillah wa barakatuh,”sahut Profesor Dr. Abdul Rauf.
KITA MENENTANG KAUM KUFFAR
Tengku Intan membelek-belek cincin suasa itu. Pada cincin itu terukir hurup ‘IA’ - Intan dan ‘Alimin.
“…ha, Intan, Syamila, ini isteri saya, Fadhilah...,”Profesor Dr. Abdul Rauf memberitahu Tengku Intan dan Syamila.
Tengku Intan dan Syamila mengangguk. Senyum.
“…ia, Fadhila, atas nama Allah, saya terima Intan ini menjadi anak angkat saya, bayi ini, Muhammad Iskandar, cucu kita...,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf.
“Alhamdulillah, syukur, suamiku, sayangku...,”sambut isterinya.
Fadhilah memeluk Tengku Intan. Air jernih mengalir dari lubuk mata masing-masing. Mereka membiarkan air mata itu luruh.
Muhammad Iskandar berpinda dari pangkuan ibunya ke pangkuan Fadhilah.
“Anakku, Syamila, bapa kamu kawan seperjuangan saya, kami sebaya,…usia kami 70 tahun...,”kata Profesor Dr. Abdul Rauf kepada Syamila.
“Ia, bapaku,”sahut Syamila.
“…bapa kamu telah berjuang bersama kita menentang kaum kuffar Amerika, British dan…, dia telah banyak menyumbangkan wangnya kepada perjuangan kita,” jelas Profesor Dr. Abdul Rauf
“…ia, bapaku,”sahut Syamila.
Syamila merenung wajah cendekiawan di hadapannya. Sesunguhnya pada masa-masa sebelumnya, dia tidak pernah bertemu dengan profesor itu, tetapi bapanya sering menyebut nama orang tua tersebut.
Tengku Intan senyum dalam duka. Dirinya tidak keseorangan di rantau orang.
Muhammad Iskandar, si anak yatim masih dalam pangkuan Fadhilah.
“...Eli, Intan cinta, rindukan Eli, sayang...,” bisik Tengku Intan dalam keluhannya.
Sepasang bola mata Tengku Intan memeluk gumpalan-gumpalan awan di dada langit biru yang memayungi bumik Iraq yang duka.
(Kisah ini diambil dari manuskrip novel, Cina dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.