Sunday, January 9, 2011

KISAH DARI NOVEL

GADIS ASLI ORANG

“…tiap-tiap individu Muslim mesti berani berjihad pada jalan Allah,”kata Anisah Johan.
Lima puluh orang pemuda pemudi Islam merenung wajahnya dan mengangguk-anggukkan kepala masing-masing. Mereka terdiri daripada belia-belia British, Francis, Australia, Arab, Pakistan, Iran, Turki dan Afrika yang bermastautin di Kota London.
“…jihad melawan hawa nafsu,…jaga iman, jaga niat yang baik, kawal akhlak diri,”kata Anisah Johan.
“Ia, benar,”suara pemuda pemudi itu sekata.
“ …jihad kita, kenal diri kita, kenal Allah, beriman kepada Allah, beramanah dan berakhlak mulia…,”kata Anisah Johan dan merenung wajah-wajah muda di hadapannya.
“Allahu Akbar,”suara mereka satu.
“Menjaga keluarga, jihad, menjaga jiran tetangga, jihad, pertahankan negara, bangsa dan agama Islam, jihad…, ”Anisah Johan bercakap dengan meninggikan suaranya.
“Ia, sungguh, kami sedia…, Allahu Akbar...,”sambut belia-belia Islam itu.
“Jihad kerana Allah, kerana Islam, kerana ummah, jihad paling tinggi,”kata Anisah Johan dengan wajah serius. Ada manja.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,”laung belia-belia itu.
“Siapa saja berjihad dengan iman, tidak takut mati, tidak takut badannya terkopak, hancur…,”Anisah Johan berkata dan merenung kepada seorang gadis Inggeris di hadapannya.
“Allahu Akbar,”laung belia-belia itu.
“Kamu bagai mana?”Anisah Johan bertanya kepada gadis Inggeris itu.
“…saya, saya tidak takut mati, …saya mahu mati syahid,…saya sanggup jadi pengebum bernani mati, itu syahid…”jawab gadis itu.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,”laung belia-belia itu.
“Saya orang Malaysia, orang Asia, …saya saudara kepada semua umat manusia seluruh dunia, tak kira apa agam, …kita bersaudara,…”kata Anisah Johan.
“Ia, kita bersaudara,”suara belia-belia itu bergemuruh menyambut ucapan Anisah Johan.
“Allah mengajar kita, firman-Nya, ‘ …akan ditimpa ke hinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia,”ujar Anisah Johan.
“Ia, benar,”suara bergemuruh lagi.
“…manusia British, Amerika, Arab, Afrika, Francis, Jerman, China, Australi, Melayu, …semua manusia bersaudara, mesti berbaik-baik, bekerjasama untuk hidup,…kita menjunjung human rights …” ujar Anisah Johan lagi.
“Bush bunuh orang, Blair, Putin …pemimpin –pemimpin Yahudi dan Kristian bunuh umat Islam…,” laung belia-belia itu.
“Ia, betul, mereka melaungkan demokrasi, perikemanusiaan, tetapi mereka membunuh umat manusia, …tangan mereka berlumuran darah manusia…,”sahut Anisah Johan.
“Kami sanggup mati, kami sedia…,”laung belia-belia itu.
“Ia, itu betul, …kita tidak boleh berjuang dalam keadaan emosi, …ini jihad...,”kata Anisah Johan.
“…kamu semua mesti taatkan Allah, tidak tinggal sembahyang, kerjakan yang makruf, tinggal dan ditegah, yang munkar…,”kata Anisah Johan.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,”laung belia-belia itu.
“Siapa berani mati syahid?”Anisah bertanya di akhir ucapannya.
“Saya.”
“Saya.”
“Kamiiii…”
KOTA LONDON
Suara belia-belia itu meninggi.Bagaikan bunyi sekumpulan harimau jantan mengaum. Mereka bersedia untuk berjihad. Melakukan apa sahaja tindakan di Kota London, bahkan di seluruh England untuk menuntut bela atas perbuatan Tony Balair ke atas umat Islam Afghanistan, Iraq dan di mana-mana di seluruh dunia. Mereka sanggup menjadi pejuang berani mati. Memasang bom di mana-mana sahaja.
“Kita tidak saja bertindak berani mati, tetapi kita mesti memberi penerangan, melalui media, forum dan sebagainya tentang kebaikan agama Islam, umat Islam tidak memusuhi sesiapa .., kita sedia bersahabat dengan umat manusia, di seluruh dunia…,”kata Anisah Johan.
Anisah Johan telah memberi ucapan ‘Jihad Dan Sosiologi Dalam Islam’ kepada lima puluh orang belia Islam yang telah menyertai ‘Gerakan Jihad Islam’, di sebuah ‘Kulliatul Islamiyah’ di Kota London. Gerakan itu dianjurkan oleh Profesor Ahmad Muhammad.
Tiada siapa dari anak-anak Malaysia yang menyangka, seorang gadis Orang Asli dari rimba raya Temengor, Banding, dan Lembah Belum, Anisah Johan, telah menjadi wakil ‘Gerakan Jihad Islam’. Melaungkan sokongan kepada negara-negara seperti Lybia,Iraq, Sumalia, Sudan dan Afghanistan yang dizalimi oleh Bush dan Tony Blair dan orang-orang Yahudi.
CENDAKIAWAN ISLAM
Dalam satu majlis ‘Usrah Islamiyah’ yang telah diadakan di bandar Dublin, Republic Ireland, Anisah Johan telah ditanya oleh beberapa orang cendekiawan Islam tentang Malaysia. Dia telah menjawab pertanyaan mereka itu secara terus terang dan jujur.
“…sebenarnya semenjak merdeka hingga pada masa ini Malaysia adalah sebuah negara nasionalis dan kapitalis, …perlembagaan dan perundangannya banyak mengikut British dan Kristian, …bukan Islam,…Malaysia baru memulakan perjalanannya ke arah mengamalkan perundangan Islam,” katanya.
“ Hanya sebilangan besar rakyatnya beragama Islam,…orang Melayu, ada orang Melayu beragama Islam bermazhab sunni,…ada yang tidak bermazhab,” jelas Anisah Johan..
“...ada golongan yang menentangan perundangan Islam amat kuat, ...mereka menganggap siapa saja mengamalkan perundangan Islam, misalnya hudud, sebagai demokrasi, tidak berperikemanusiaan…,”jelasnya lagi.
“… mereka bertindak menutup atau melemahkan sekolah-sekolah Islam, madrasah, yang dikendalikan oleh orang-orang Islam,”tegasnya.
“…kepimpinan dulu gagal menyatu-padukan umat Islam, …al hamdulillah, penggantinya, kepimpinan sekarang telah mengubah corak negara, …beransur-ansur untuk mengamalkan perundangan Islam…,”tegasnya lagi.
“Adakah Malaysia akan melaksanakan perundangan berdasarkan al Quran dan as Sunnah, di Malaysia?” Profesor Shahara Asraf dari Sudan bertanya.
“…ia, sedang beransur-ansur ke arah itu...,”jawab Anisah Johan.
Profesor Mariam Hayman dari Dovar bertanya, “…bolehkah parti politik nasionalis yang kini menguasai Malaysia bekerjasama dengan Parti Islam.?”
“Boleh, saya yakin boleh, kerana semua ahli parti nasionalis itu terdiri dari orang Islam...,”jawabnya.
“Bagaimana dengan orang-orang China dan India, adakah mereka menentang?” Tanya Profesor Mariam Hyman lagi.
“…ada, tetapi sedikit, …mereka keturunan pendatang dari tanah besar Cina dan India, kini mereka setia kepada negara yang sedang melangkah ke sebuah negara Islam…,”jawab Anisah Johan.
“…Cik Anisah Johan sendiri adakah orang Melayu atau keturunan pendatang di Malaysia…?” Profesor Anthony William dari Londonerry, Ireland Utara, telah bertanya.
“Ia, saya orang Melayu, …Melayu Asli, Aborigines…, …datuk dan ibu saya Orang Asli dari rimba Temengor, Lembah Belum…, tapi bapa saya Melayu bandar, the modern Malay…,”jawab Anisah Johan.
Semua yang hadir mengangguk-anggukkan kepala masing-masing.
“...di sana ada pegawai penjajah Inggeris, Captain Hurbert Barkly, telah menggunakan helah memujuk orang Melayu ..., saya telah membaca sebuah buku Melayu, di Hawaii University, … enarkah begitu?” Tanya seorang penulis dari Calais, Francis, M.Wright.
“Ia, benar,”jawab Anisah Johan.
“...muslihat penjajah Inggeris, pegawai itu telah memberi tanah kepada orang-orang kampung untuk tanam pokok getah, Brazilian tree, tetapi mereka tidak tanam pokok getah, mereka diberi kupon,…pada hujung bulan mereka tukar kupon itu dengan wang di pejabat Captain itu, sungguhkah?” M.Wright bertanya lagi.
“…Ia, benar, kerana Inggeris hendak melemahkan orang-orang Melayu, …saudagar-saudara Inggeris telah diberi tanah beribu-ribu ekar untuk menanam pokok getah, jadi rubber estate,”jawab Anisah Johan.
“…juga Selatan Thailand, Pattani, Negeri Melayu yang telah diserahkan oleh penjajah Inggeris kepada Siam, betulkan begitu?” M. Wright telah mengakhiri pertanyaannya.
“…ia, Pattani dan semua kawasan Selatan Thailand milik orang Melayu,… hakikatnya Siam menjajah, menindas umat Islam di sana,” jawab Anisah Johan.
“Mengapa United Nation Organisation tidak bertindak?” Seorang gadis dari Adis Ababa, Lucy Nuir telah bertanya.
“…mungkin kerana di sana umat Islam, bukan Umat Kristian, UNO tak ambil peduli,”jawab Anisah Johan.
NEGARA ISLAM
Pada akhir majlis “Usrah Islamiyah’ itu, semua yang hadir berharap Malaysia akan bercorak sebuah Negara Islam mengikut Quran dan Sunnah.
Sharifah Sakinah sedang diratah duka. Anaknya di London telah lama tidak mengirim surat kepadanya. Mustafa yang amat dicintainya telah menjauhkan diri daripadanya. Hilang entah ke mana ke mana . Perniagaan kosmetik dan ubat tradisionalnya telah mengalami kemerosotan. Wangnya yang telah banyak dilaburkan, tetapi untung entah ke mana, seperti falsafah dalam ekonomi Melayu; berniaga buluh kasap, pangkal hilang hujung lesap.
Cintanya kepada Mustafa menjadi penyebab dia menghadapi masa yang gelap dalam perniagaannya. Kerana cintanya tidak berbalas, dia tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada kerjayanya.
Perasaan cemburu Sharifah Sakinah kepada anaknya mendidih dan membuak-buak. Cemburunya menjadikan hatinya tidak ikhlas. Tidak mengasihani darah dagingnya sendiri. Keras hatinya. Haram baginya mengizinkan anak gadisnya berkahwin dengan Mustafa. Kalau Namlatun Sa’adiah berkahwin juga dengan Mustafa, dia akan menggunakan kuasanya sebagai seorang ibu untuk menggugat dan memusnahkan masa depan anaknya itu.
“Biar Atun merana, jadi gila…,”kata hati jahat Sharifah Sakinah.
“…aku sayang Mustafa, kalau dia kahwin dengan Atun, biar dia mampus, …puas hati aku…,”kata hatinya lagi.
MENGGUNAKAN JAMPI
Pada satu petang Sharifah Sakinah telah pergi menemui seorang bomoh lelaki, di Rancangan Tanah Persekutuan Kedangsa. Kepada bomoh itu telah diminta supaya menggunakan jampi manteranya untuk memisahkan anaknya dengan Mustafa. Menjadikan Namlatu Sa’adiah dan Mustafa saling bencai membenci antara mereka.
Bomoh keturunan Jawa itu telah memberi beberapa syarat kepada Sharifah Sakinah. Syarat-syarat itu mesti dipatuhi. Kalau dia mengingkarinya, dia sendiri akan menerima padahnya. Kerana harapannya terlalu tinggi, hatinya sebusuk bangkai haiwan dan imannya setipis kulit bawang, maka syarat-syarat itu telah disetujuinya.
Syarat awal; wang tunai tiga ratus ringgit,
bersama sebilah keris tujuh lok,
berserta sebentuk cincin emas tiga mayam,
secukup dengan kain pelekat tiga helai.
Diikuti dengan syarat akhir;
pengeras; wang tunai lima ratus ringgit,
Sharifah Sakinah dikehendaki mandi air tujuh
bunga,
Di rumah bomoh;
Satu malam tidur bersama bomoh.
Pada satu malam yang sepi. Rumah bomoh juga sepi. Bomoh telah duduk bersila dengan kepala berbalut semuntal merah. Baju orang kaya Kedawong warna hitam dan kain pelekat telah lusuh membungkus tubuhnya. Di hadapannya tiga batang lilin sedang menyala. Api di hujung lilin-lilin itu berlenggang-lenggang lemah. Kemenyan sejemput demi sejemput dibakar oleh bomoh itu sambil membaca manteranya:
Hai mambang kuning,
Mambang merah,
Semua mambang,
Jadilah si Namlatun Sa’adiah benci segala
bencai,
Mustafa benci segala benci,
Dua-dua benci,
Macam benci kelinci pada rimau,
benci iblis pada Adam.
Campakkan dua hati,
Ke Pusat Tasik Pauh Janggi .
TANGKAL PEMBENCI
Bomoh telah memberi sebotol kecil air pembenci itu kepada Sharifah Sakinah. Sedikit serbuk pembenci dan satu tangkal pembenci diberi juga. Air mesti dikenakan pada tubuh Namlatun Sa’adiah. Serbuk mesti dimasukkan dalam minumannya. Tangkal mesti diletak bawah bantalnya.
“…saya kena pergi ke Londonlah,Tok,”kata Sharifah Sakinah.
“Kena, …kena pergi, kalau tak pergi macam mana…?”Bomoh bertanya.
“Ia, saya akan pergi ke sana, Tok,”kata Sharifah Sakinah.
Pada malam membayar pengeras itu, Sharifah Sakinah telah tidak ingatkan Mustafa lagi. Jiwa raganya diserahkan kepada bomoh itu. Dosa atau murka Tuhan tidak dipedulikan lagi. Yang penting dia mahu memiliki Mustafa.
“…pengeras sudah kamu tunaikan, baliklah, …anak kamu tak akan kahwin dengan Mustafa tu,”kata bomoh itu sambil mencubit pipi Sharifah Sakinah.
“Terima kasih,”ucap Sharifah Sakinah kepada bomoh.
“Sama-sama,”sahut Bomoh.
“Bila nak datang lagi?” Bomoh bertanya sambil menjilat wajah Sharifah Sakinah dengan mata jantannya.
“…tengoklah, Tok, …saya akan datang lagi…,”kata Sharifah Sakinah.
“Datanglah, pintu rumah ni sentiasa terbuka,”kata bomoh.
“Ia, Tok, harap-harap mujarab…, Tok,” kata Sharifah Sakinah.
“…mujarab…, …sudah diberi pengerasnya…,”sahut bomoh.
Pada waktu memandu kereta pulang dari rumah bomoh pada pagi itu, Sharifah Sakinah dilanda perasaan rindu kepada bomoh itu. Ingin pula hatinya untuk datang lagi ke sana. Dia laksana kijang dalam rimba. Sekali ke sira di jenalik, ingin mengulang lagi ke sira dan jenalik itu. Dia senyum di sepanjang jalan sambil memandu keretanya pulang ke UK Perdana.
MENGANGKAT TELEFON
Pada malamnya, Sharifah Sakinah telah menelefon kepada Namlatun Sa’adiah di London. Pada ketika telefon atas meja dalam dewan tamu berdering, Namlatun Sa’adiah berada dalam bilik dapurnya. Mustafa telah mengangkat telefon dan mendengar suara Sharifah Sakinah. Telefon itu diletakkan atas meja dan dia memanggil Namlatun Sa’adiah.
Namlatun Sa’adiah memberi isyarat dengan mulutnya mengucap terima kasih kepada kekasihnya.
“…ooo, emak, apa khabar…,emak?”Namlatun Sa’adiah bertanya.
“Emak nak beritahu, hujung bulan ni, emak nak datang ke sini,”kata Sharifah Sakinah.
“Ia, emak, …bagusnya, …lagi tiga minggu, emak,”kata Namlatun Sa’adiah.
“Ia, tiga minggu, …nati emak telefon,”kata Sharifah Sakinah.
“Ia, emak, assalamu alaikum,”sahut Namlatun Sa’adiah sambil meletakkan telefon.
Mustafa datang ke sisi Namlatun Sa’adiah. Gadis itu memegang tangan kanannya. Senyum. Dia menarik tangan Mustafa ke atas sofa.
“Macam mana, emak nak datang ke sini?”Namlatun Sa'adiah bertanya kepada Mustafa.
. “Baguslah…,”sahut Mustafa.
“…abang macam mana?” Tanya Namlatun Sa’adiah.
“Tak apa, abang tinggal di apartment, bila emak dah balik, abang datang ke sini lagi...,”jawab Mustafa.
“Kasihan, abang,”kata Namlatun Sa’adiah sambil memeluk tubuh Mustafa.
“Tak apa, lagi pun pada hujung bulan ni kawan abang nak datang ke sini,”kata Mustafa.
“Siapa, abang?”Tanya Namlatun Sa’adiah.
“Encik Johan, dia ahli perniagaan...,”jawab Mustafa.
“Dia nak berniaga di sinike,abang?”Namlatun Sa’adiah bertanya.
“Tak, saja melancong ke sini,”jawab Mustafa.
(Disunting dari naskhah manuskrip novel, Kelip – Kelip di Kota London, oleh: Mokhtar Petah).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.