Wednesday, December 1, 2010

QURAN

ALLAH ITU DEKAT

Apabila hamba – hamba Aku – Allah – bertanya kepada anda – Nabi Muhammad s.a.w. , mengenai Aku - Allah; maka, sesungguhnya Aku dekat. Aku – Allah – memperkenankan permohonan orang – orang yang memohon apabila dia meminta – berdoa – kepada Aku - Allah. Oleh itu, perkenankanlah seruan Aku dan berimanlah kepada Aku - Allah, mudah – mudahan mereka (dapat) berjalan lurus – mendpat kebaikan dan kemakmuran.
– al Baqarah:186

Nota.

Jika berdoa kepada Allah untuk mendapat sesuatu, tetapi
didapati doa itu tidak dimakbulkan atau tidak berjaya, maka,
jangan putus harapan; berdoa lagi, lagi, lagi, lagi dan jangan
putus asa. Allah telah menegaskan dalam firmannya:
Sesiapa yang bertaqwa kepda Allah – dengan mengerajakan
segala yang diperintah – suruh – dan meninggalkan segala
yang dilarang – Nya – nescaya Allah akan mengdakan baginya
jalan keluar – dari segala yang menyusahkannya. Serta
mengurniakan rezeki dari jalan yang tidak terlintas – tidak
disangka – di hatinya.
At Talaq: 2,3.



-------------------------------------------------------------------------------------




FIKIR, JANGAN MARAH



PEREMPUAN

Perempuan yang baik, ialah: 1 - Perempuan yang beriman dan taqwa kepada Allah.
2 - Menutup aurat seperti yang diperintah Allah dalam
Quran.
3 - Taatkan suami mengikut ajaran Islam.
4 - Berakhlak mulia.
5 - Tidak takbur dan ria.
6 - Tidak celupar mulut, menghasut dan mengumpat –
menggonjeng.
7 - Memilih bakal suami tidak memandang darjat dan
kekayaan.
8 - Tidak mendedahkan hal rumah tangga kepada
orang lain.
9 - Murah hati dan suka bersedekat dengan izin suami.
10 - Jaga kemaluan dan buah dada.

Pendapat yang bersandarkan Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w., semua wanita yang tidak menutup aurat pada waktu - waktu di luar rumah, tidak berpeluang masuk syurga. Dosa mereka melibatkan suami mereka juga.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.