Tuesday, November 16, 2010

QURAN


BERSIKAP TEGAS

(Sesungguhnya) Muhammad s.a.w. ialah rasul – utusan – Allah; dan orang –orang yang bersama Junjungan bersikap keras dan tegas terhadap orang – orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang sesama sensidiri - umat Islam . Anda melihat mereka beribadat ruku’ dan sujud dengan mengharapkan kurniaan – keredaan - dari Allah. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai ora ng yang ikhlas kepada Allah) terdapat pada wajah mereka – dari kesan sujud. Demikianlah sifat mereka yang tersebut dalam kitb Taurat; dan sifat mereka dalam kitab Injil, ialah (mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunas itu menyuburkannya sehingga menjadi kuat, lalu tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keaadaan yang mengkagumkan orang – orang yang menanamnya, menjadikan orang – orang yang tidak beriman itu marah kerananya. Allah telah menjanjikan kepada orang – orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan – amalan - baik akan mendapat keampunan dan pahala yang besar.

Al Fath:29

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.