Friday, November 5, 2010

POLITIK KINI



SAPI DAN GALAS BUKTI 1 MALAYSIA

Memang telah di ramalkan oleh ramai orang politik, bahawa Barisan Nasional akan menang dalam dua pilihan raya kecil bagi kjawasana Dewan Rakyat Batu Sapi, Sabah dan kawasan Denan Negeri Galas, Gua Musang, Kelantan pada 4 November lalu.

Di Batru Sapis, calon Barisan Nsional, Linda Tsen Lin mendapat 9,124 undi mengalahkan calon PKR, Ansari Abdullah yang men dapat 2,919 undi dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang menndapat 1,750 undi.

Manakala di Galas, calon UMNO - Barisan Nasional, Abdulk Aziz Yusof mendapat 5,324 undi dan calon PAS – PKR, Dr Zulkifli Mohamad mendapat 4,134 undi.

Kedua – dua kawasan tersebut – Batu Sapi, Sabah dan Galas, Gua Musang telah lama menjadi lubuk orang – orang miskin yang kais pagi makan pagi dan ibarat makan sambal telunjuk berdiri, maka kemenangan Barisan Nasianal di kedua – dua lubuk itu sedikit benar kerana politik dan paling banayak kerana mencari makan dan mahu lari dari derita kemskinan atau hidup melarat.

Calon – calon PAS dan PKR di kedua kawasan, hanya bercakap membela rakayat, tetapi mereka tidak dapat memberi sekepal nasi pun kepadaa manusia – manusia rakyat di sana, tetapi UMNO dan Barisan Nasional yang terkenal organisasi kaya raya dapat memberi sedulang makanan berzat kepada orang – orang miskin dan hidup melrat di sana.

Dalam pilihan raya kedua – dua kawasan tersebut Barisan Nasional dengana bantuan Kerajaan Pusat – Kerajaan Barisan Nasional telah membantu Barisan tersebut dengan memberi atau memnbatu projek – projek yang sejak lama diharapan oleh para warga msikin dan hidup melarat.

Walaupun demikian kalan, calon – calon parti pembangkang, selagi Perlembagaan Negara mengakui sah parti – parti tersebut, maka rasa puatus asa tidak harus ada dan perlu berjuang terus, kerana perjuangan dalam amanah orang ramai di negara ini.

Saya akui, bahawakemenangan BN dalam dua kawasan – Batu Sapi, Sabah dan Galas, Gua Musang, Kelantan disebabkan rakyat yang ‘tidak memahami sejarah’ dan ‘tidak dapat membezakan politik’ yang diamalkan parti – parti politik telah memandang 1 Malaysia sebagai lampu Aladin bagi mereka

Mereka berharap 1 Malaysia akan mengubah kehdiupan mereka dari hidup melarat dan miskin kepada hidup mewah dan kaya dan bahagia.

Menilai undi 4, 134 yang diadapati oleh calon PAS – PKR, Dr Zaulkifli Mohamad dan dibanding dengan undi yang didapati oleh calon UMNO – Barisan Nasional, Abdul Aziz Yusof yang lebih hanya 1,190, maka, PAS – PKR berjaya dalam mempertahankan maruah Melayu dan umat Islam di sana, di samping memberi harapan kepada golongan Cina, India dan orang Asli di sana pada masa akan datang.

Barisan Nasional tidak boleh rasa amat gembira dengan kemenangan dalam dua kawasan tersebut, kerana masa sedang melangkah ke hadapan dan semua rakyat akan berubah – ubah fikiran; kadang seuncang emas tidak boleh disogokkan kepada orang yang kuat fikiran dan memandang jauh ke hadapan. –

Mokhtar Petah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.