Friday, October 15, 2010

POLITIK


UMNO PULAU PINANG

Hampir seminggu saya berada di Pulau Pinang, iaitu di sekitar Seberang Perai dan pulau bandar negeri itu hingga ke Balik Pulau, saya mendapat banyak suara dari kalangan ahli UMNO, iaitu jika Tun Abdullah Badawi h ilang dari wajah negeri itu, UMNO negeri tersebut akan hidup segan dan mati tak mahu.
Pada masa ini, kekuatan ada pada UMNO Balik Pulau dan bahagian - bahagian dalam kawasan Kepala Batas, Bukit Mertajam dan beberap bahagian lagi di Seberang Perai.
Menurut para ahli UMNO yang saya temui, bahawa UMNO dalam Bandaraya Pulau Pinang, kebanyakan ahlinya tidak menjelaskan yuran dan setengahnya bukan ahli UMNO tetapi mengaku ahli parti tersebut.
Sebikangan ahli UMNO yang terdiri dari orang Melayu (bukan keturunan orang India) secara diam - diam menyertai PAS dan Parti Keadilan Rakyat.
Kawasan Dewan Rakayat Kepala Batas yang kini diwakili oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada pilihanraya umum akan datang, beliau tidak akan bertanding dan seorang calon dari UMNO akan menggantikan beliau.
Sementara itu, beberapa orang ahli UMNO cawangan kepala Batas memberitahu saya, pada masa ini nampa beria - ia benar untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, ialah bekas Setiausaha Politik beliau di Kementerian Kewangan, iaitu Rizal Merican.
Kawasan Dewan Rakyat Kepala Batas, jika Rizal Merican bertanding, dia akan tewas di tangan calon PAS, demikian ramalan beberapa orang ahli UMNO.
Kemenangan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kawasan Kepala Batas, sedikit benar kerana pengaruh UMNO. Beliau disokong para pengundi kerana mengenangkan jasa dastuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya Datuk Haji Ahmad Badawi.
Saya diberitahu oleh kalangan PAS, bahawa sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dari Perdana Menteri PAS telah mengambil langkah mengasak dan menyebarkan pengaruhnya dalama kawasan Dewan Rakyat Kepala Batas.
PAS yakin akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang. - mokhtar petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.