Saturday, September 25, 2010

SAJAK



BAYI, IBU, TETEK BESAR

(Untuk ibu – ibu moden)

Tangisan bayi belah malam sepi,

Hatinya bermadah duka;

‘Ibuku ada dua tetek besar,

Sayang, aku lapar susunya,

Tetek ibu tanpa susu.’


Ibuku politikus wanita,

Anut nasionalisme dan kapitslisme,

Dalam kumpulan terjah hukum Islam,

Puja pujinya; Inggeris, Amerika, penganut

Kristian,

Hari - hari ibuku tetek besar.


Rengek bayi, lapar susu,

‘Susu lembu pancut dari getah asli,

Sebu perutku,

Kempingin susu ibuku,

Tapi ibu sayang tetek besarnya.’


‘Saban malam kulapar, dahaga susu ibu,

Bapa puji faraj (bahasa Quran) besar ibuku,

Telanjang ibu depanku,

Faraj, dua teteknya besar tembam,

Aku lapar susu ibu!’


‘Saban hari ibu dedah aurat,

Macam haiwan kaki empat,

Bapaku bangga, ibu cantik;’

“isteri moden akhir zaman.”

‘ Pinggul ibuku besar guni sekam.’


‘Kulihat malaikat menyelinapi jendela,’

Suaranya marah, “Ibumu isi neraka,

Manusia bertabiat puaka,

Susu ada anak dahaga,

Bapamu sama ke neraka jua.”


‘Tika dakapku, wajah ibu muram,

Air matanya membasah pipi lebam,

Sepasang bibirnya pucat pusam,

Dua tetek besar ibu bersusu darah,

Faraj besarnya dimamah sakit berbisa.’


Keloh bayi setahun usianya,

‘Ibuku derita barah payu dara,

Faraj besarnya busung berdarah,

Tiada rakan politikus menjejnguknya,

Bapaku kahwin gadis jelita.’


‘Malaikat maut menyentap nyawa ibuku,

Tubuhnya lesu; bedi,

Sepasang tetek besarnya leper,

Darah, nanah mewarnai dadanya,

Kurenung mayat ibu diusung ke pusara.’


‘Bapaku di benua Caina,

Mengilit isterinya muda lawa,

Aku kemana?

Ke rumah kebajikan bayi terbiar,

Mungkin dianak pungut pasangan mulia.’


Tangis bayi, raungunya, madahnya,

“Aku ditinggal bapa,

Dulu bapa lazat nafsu dengan ibu,

Rahim ibuku teguk mani bapaku,

Jadi aku, anak piatu dunia !”


Bilik Riadah IJN, KL …………….Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.