HARI RAYA
Ya Allah yang Maha Kuasa,
Hari raya Aidil fitri berkat ini,
Syukur hamba – Mu setinggi gunung,
Khusuk tawaduk di bumu – Mu.
Kuserahkan diri bawah reda – Mu jua.
Umat Islam pada zaman Rasul – Mu,
Muhammad al amin pelopor revolusi,
Pembasmi ketuanan bangsa Arab jahil kunu,
Umat ‘wasatta’ – pertengahan,
Negara dan politiknya dibawah Quran – Mu.
Di negaraku, ya Allah,
Madah Nabi Ketua Wazir negaraku,
Negaranya, negara pertengahan – wasatt,
Lalu betepuk para ulama dan penyokongnya,
Hamba sedik duka, ya Maha Pengasih.
Malam dan hari raya, aidil Fittri,
Rtm dan semua media berwajah kaca,
Menayang tariang wanita dan peria Islam,
Tarian berasalk usul hamba – hamba Fia’ukn,
Tradisdi para beragama Hindu menyembah raja.
Hambu kecewa betapa kelemahan pemimpin,
Betapa layu semangat jihad ummah,
Hukum – Mu di putar - kettepikan,
Kapitalis, Yahudi, Amerika dan Inggeris,
Jadi amalan umat Islam di bumi ini.
Yang Allah Maha Pengampun,
Bukakanlah mata hari pemimpinku,
Besihkan jiwa ketuanannya,
Kembali kepada hukum hakam – Mua,
Cintakan negara – Mu Negara Islam mulia.
Allahu Akbar, Allah Maha Bijaksana,
Sedarkan hati Agong dan para raja,
‘Kun payakuun’lah cintakan hukum – Mu,
Negara keredaan – Mu,
Negara bertuah Allah Maha Pengampun.
Putrajaya ………………. .........Mokhtar Petah
------------------------------------------
Dato' Onn Jaafa rpemimpin kebangsaan Melayu,
Tunku Abdul Rahman berakitsama ke hulu,
Tun Abdul Razak pejuang utamakan bangsa,
Melayu bangsa penguasa watan,
Cina dan India rakyat setia keturunan pendatang.
Semangat perjuangan Sheikh Abdullah Fahim,
Membara dalam dada Ustaz Abu Bakar Al Baqir,
Di Gunung Semanggul lahir Hizabul Muslimin,
Melayu bangsa besardi bumi bertuah,
"Melayu tetap selamat dalam negara Islam," madahnya.
Dr Buhanuddin pejuang bangsa dan Islam,
Ishak Haji Muhammad langkah derap bersama,
Ahmad Boestamam pembela bangsa kita,
Shamsiah Fakeh serikandi bermaruah,
Tanah Melayu, bangsa Melayu dan Islam agama
negara.
PKMM -Parti kebangsaan Melayu Malaya,
API – Angkatan Pemuda Insaf,
AWAS – Angkata Wanita Sedar,
Landasan dan medan perjuangan,
Inggeris bersama Dato' Onn pemusnah semua.
Darurat 1948, Onn ketua UMNO,
Kuasanya bersama Inggeris,
Ustaz Abu Bakar Al Baqir,
Ishak Haji Muhammad,
Ahmad Boestamanbersama ratusan pejuang bangsa.
Mereka ditangkap seperti haiwan,
Dibelengku dalam puluhan khemah tahanan,
Onn Jaafar dan Tunku hapuskancita – cita bangsa,
Satu negara, NegaraMelayu,
Satu bangsa, satu bahasa– bangsa dan bahasa Melayu,
Agama Islam, Agama Negara.
Sepanjang Ramadhan ini Melayu dan ummah berdoa,
Kembalikan kekuatan bangsa Melayu,
Islam menjamin kuasakita,
Semua pemimpin Melayu carilah Allah,
'Bersatulah dan jangan berpecah belah'.
Institut Jantung Negara ........ Mokhtar Petah
----------------------------------
CARI DIRI DALAM DIRI SENDIRI
Lelaki jantan ini,
Terluah dari rahim ibunya,
Bergelar manausia peribumi,
Cari diri dalam diri sendiri
Dia cari diri dalam diri sendiri,
Politikus ‘fira’unisme’ omong merata,
Suaranya gegar gegunung batu,
Rakyat takut ‘gigil tanpa sendi’.
Dia cari diri dalam diri sendiri,
Tanpa belas kasihan,
Dirinya hakis kekanusiaan,
Warisan Fira’un zaman Musa.
Dia cari diri dalam diri sendiri
Panjat gunung hatinya,
Renangi lautan jiwanya,
Haram temu diri sendiri.
Dia cari diri dalam diri sendiri,
Manusia tanpa budi,
Haiwan berwajah insan,
Syaitan dilaknat Ilahi.
Dia cari diri dalam diri sendiri,
Laksana cari embun dalam pasir,
Jiwanya di mana,
Dalam gua dosanya jua.
Dia cari diri dalam diri sendiri,
Diri dia dalam dirinya,
Akan tiba esok atau lusa,
Tubuhnya dalam lahad ke neraka.
Lembah Bujang……..Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.