MAKSUD AYAT – ATAT TAATKAN IBU BAPA
Dan Kami (Allah) wasiat (perintah)kan kepada umat manusia itu (agar berbuat baik) kepadsa ibu bapanya. Ibunya jengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan diceraikan – susukannya – dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Aku (Allah) dan kepada ibui bapa anda (kalian)! Kepada Aku (Allah) tempat kembali.
Dan kalau keduanya memaksa anda supaya menyengutukan apa yang apa tidak anada mengetahui dengan Aku, janganlah turut, dan gaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut! Dan turutlah jalan orang yang kembali kepada Aku! Dan Aku (Allah) akan berikan kepada kalian apa yang kalian telah kerjakan.
(Kata Lukman): Hai anakku, jika ada – amalan anda – seberat sebiji sawi (zarrah) dan ada tersembunyi dalam baru, atau di langit atau di bumi, itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengetahui hal – hal yang halus) dan cukup tahu. – Lukman:14 – 16.
Kajian: Allah memerintahkan anak – anak supaya mentaati dan berbuat baik dengan ibu bapa mereka. Dalam perintah ini, jika anak beragama Islam dsan ibu bapa mereka beragama lain, mereka mestilah berbaik – baik dengan ibu bapa mereka.
Tetapi Allah melarang anak – anak mengikut ibu bapa mereka, jika ibu bapa mereka menyurh mereka keluar dari agama Islam, menyengutukan Allah, melakukan kesalahan, kejahatan atau maksiat.
Jika ibu bapa memaksa anak – anak berkahwin dengan seseorang, tetapi anak anak itu tidak mencintai orang – orang yang ditunjukkan oleh ibu bapa itu, maka dalam perkara ini, anak – anak tidak boleh mengikikut paksaan atau kehendak ibu bapa, kerana perkahwinan dengan paksaan atau dengan tidak ada cinta, tidak sah. Anak – anak boleh mencari jalan keluar dari paksaan ibu bapa mereka dengan berbagai cara yang tidak melanggar peraturan agama Islam.
Pada masa ini, terdapat di mana – mana, sama ada anak – anak itu bepelajaran rendah, menengah atau universiti, mereka tidak menghormati ibu bapa, bercakap kasar dan garang, menipu hatta ada yang memukul dan menyiksa ibu bapa.
Terdapat ramai anak – anak yang menderhaka ibu bapa, hidup tidak mendapat keredaan Allah, seperti jatuh papa kedana, suka mendapat rezeki, kemalangan ngeri dan berbagai lagi.
Saya melihat sendiri dan membantu seorang lelaki di Kuala Kangsar, pada tahun 1960 – an yang disiksa Allah kerana dia telah melawan dan memukul ibunya kerana ibunya tidak mahu memberi wang kepadanya untuk berjudi.
Lelaki itu mendapat siksaan pertama, kaki kanannya terpaksa dipotong kerana dilanggar kereta. Dia terpaksa memakai tongkat tompang. Tangan kanannya terpaksa dipotong kerana ditimpa dahan kayu. Akhir sekali tangan kirinya terpaksa dipotong kerana terimbat mata kail pasda ketika dia memancing dalam sungai Perak dekat Lubuk Mak Anjing, jalan ke Bukit Chandan. Akhirnya dia mati meragan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.