Tuesday, September 28, 2010

QURAN dan HADIS



SASTERAWAN


Para penyair - sasterawan (yang berkhayal, melagukan cinta mengarut, mengeluarkan kata-kata lucah seperti ‘mari nyanyi menjilat) diikuti oleh orang-orang jahat, syaitan, iblis dan jiwa yang jahat. Tidakkah kamu melihat mereka merayau di setiap lembah dengan tidak tentu tujuan. Sesungguhnya mereka berkata apa yang tidak mereka buah.(Asy Syu’ra; 224 - 226).


PEMIMPIN YANG BODOH

Nabi Muhamad s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan menarik ilmu sekali gus dari hambanya, melainkan dengan menarik (mewafatkan) ulama sehingga kalau tidak ada lagi tinggal sorang alim pun, manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin. Maka (para pemimpin yang bodoh itu) ditanya orang (mengenai hal keagamaan), lalu mereka berfatwa (menjawab pertanyaan itu) dengan tidak bersandarkan ilmu, maka itu sesat dan menyesatkan.

Perawi: Imam Ahmad, Asy Syaikhan,At Turmuzi dan Ibnu Majah.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.