Tuesday, September 14, 2010

QURAN DAN HADIS



ORANG KAFIR


Orang-orang yang kafir, setengah (dari) mereka menjadi penyokong dan pembela bagi setengah (dari) mereka yang lain, jika kamu (hai umat Islam) sekalian tidak melakukan(iaitu bersatu dan bantu membantu sama umat Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah) nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan (huru hara) yang besar.

(Al Anfal: 73).

Penjelasan: Orang-orang kafir ada tiga golongan, iaitu:

( 1) Kafir musyrik (menyekutukan Allah, iaitu Allah lebih dari satu dan

menyembah batu, api dan makhluk-makhluk lain).

(2) Mengaku atau beriman, bahawa Nabi Isa dan Uzir anak Allah atau

Tuhan itu lebih dari satu.

(3) Mereka yang tidak percaya atau menolak wujud Allah dan Kuasa Allah, iaitu
orang atheis, Komunis dan sosialis.


MUNAFIK

“Sesungguhnya kita semua masuk menghadap sultan-sutan (ketua-ketua pemerintah) kita, lalu kita berkata kepada mereka itu lain dari yang kita bicarakan jika kita telah keluar dari sisi mereka itu (di belakang mereka), kami menganggap perbuatan itu munafik.”

- Perawi: Imam Bukhari.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.