UMNO DAN PAS HAPUS MELAYU PUPUS
Oleh: Mokhtar Petah
Sesungguhnya orang Melayu – Islam yang jahil sejarah bangsanya sendiri dan berfahamam jumud sahaja yang betindak untuk menghapuskan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – PEKEMBAR (kerana sebilangan besar orang Melayu dalam parti tersebut ketagih dan pemuja bahasa Inggeris, maka mereka gunakan United Malays National Organization - UMNO) kononnya Melayu akan lebih selamat.
Sesunguhnhya orang Melayu – Islam yang jahil sejarah Melayu dan jahil Islam – rela hidup dalam sistem orang – orang Barat, Yahudi dan Kristian, sahaja melaung dan bertindak untuk membunuh Parti Islam Se- Malaysia – PAS,keran amereka anti sistem hidup cara Islam, anti hukum – hukum hudud dan menentang negara Islam.
UMNO penting kepada bangsa Melayu selagi negara mengamalkan Perlembagaan yang ada dan mahu mengukuhkan kedaulatan Raja Melayu dan meneruskan kewujudan ‘ketuanan Melayu’.
Semua Orang Melayu adalah umat manusia beragama Islam. Semua orang beragama Islam di negara ini terdiri dari semua jenis manusia, Melayu, Cina, India dan lain.
Orang – orang UMNO, walau macam mana tinggi ilmu pengetahuan dan berkedudukan tinggi – bekuasa, tidak boleh berusaha atau dengan apa cara untuk memusnahkan PAS, kerana PAS adalah landasan membela bangsa Melayu, umat Islam dan berhasrat – jihad untuk menegakkan negara Islam di Malaysia.
Jika kalangan orang UMNO berusaha melakukan demikian, maka, mereka melakukan dosa (menurut Islam) kerana mereka hendak menghapuskan bangsa Melayu dan umat Islam dan berjuang sebagai kaum kuffar untuk menentang negara Islam – negara yang berpelembagaan berdasarkan Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.
Sesiapa sahaja, walaupun Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berusaha dan berjuang untuk menguburkan PAS, maka, sayalah penulis Islam pertama menentang atau menyanggah, kerana perbuatan itu berdosa dan kemungkinan jadi kafir (kafir atau tidak dalam tangan Allah, tetapi sesiapa yang menentang orang – orang beriman kepada Allah dan perjuangan jalan Allah, mereka adalah orangd kafir).
Jika Presiden PAS, Dato’ Haji Abdul Hadi Awang, Mutsyidul ‘am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz dan para pejuang dalam PAS, berusaha dan berjuang menghapuskan UMNO, maka, sayalah penulis Islam pertama menyanggah mereka, kerana memusnahkan UMNO bererti memusnahkan orang Melayu dan orang Islam.
Tidak ada satu ayat pun dalam Quran dan Sunnah yang menyuruh dan membolehkan orang Islam menghapuskan satu – satu bangsa yang beragama Islam.
Sejak UMNO dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan hingga pada masa Nanjib Tun Razak, UMNO sebagai hizb – parti siasah tidak salah apa – apa. Dasar atau perlembagaannya dibuat oleh orang – orang penting UMNO yang kebanyakannya beragama Islam dan berpengetahuan sekadar fradu ain sahaja, maka, wujudlah dalam parti tersebut ‘ mengabaikan’ Islam sebagai addin – agama yang mempunyai sistem kehidupan manusia yang meliputi politik, ekonomi, kemasyarakan dan lain.
Dalam UMNO paling ramai orang Melayu yang bragama Islam – berpengetahuan sekadar fardu ain – fro barat dan tidak yakin kepada sitem hidup Islam seperti di atas.
Sebilangan kecil sahaja dalam UMNO orang Melayu yang berpelajaran tinggi Islam – arif politik Islam dan sebagainya - , tetapi mereka itu terpaksa tunduk kepada orang – orang fardu ain berkuasa. Mereka terpaksa menjaga periuk nasi, kedudukan dan gelaran ‘Yang Berhormat’ mereka.
Dalam PAS, paling ramai orang Islam yang ‘uluhiyah’ – berjuang ataub berjihad pada jalan Allah. Mereka tetap berada dalam PAS. Mereka tidak memandang penting segala pembangunan, kemakmuran dan sebagainya yang dilakukan oleh UMNO, tamabahan pula kalau pembangunan dan kemakmuran berserabut dengan perkara haram atau dosa.
Orang – orang lain dalam PAS, tinggi pelajaran, arif sistem hidup Islam, terguh iman kepada Allah dan menolak segala pembangunan dan kemakmuran yang berserabutg dengan perkara haram, sepertri perjudian, riba dan sebagainya.
PAS ditubuhkan oleh ahli – ahli UMNO pada tahun 1951. Mereka kebanyakannya terdiri dari murid Sheikh Abdullah Fahim (sila baca buku, Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57, oleh: Mokhtar Petah), di antara mereka itu, Haji Ahmad Fuad bin Hassan (Kuala Kangsar, Perak), Haji Ahmad Maliki (Seberang Perai) dan Haji Hussein Cek Dol (Kedah).
Mereka menubuhkan PAS, dalam kongres alim ulama III, di Butterworth, anjuran Jawatankuasa Khas Agama Islam Dalam UMNO, diketuai oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan.
Kongres kedua diadakan di Kota Tinggi, Johor, di rasmaikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Johor, Dato’ Haji Mohd. Noah bin Omar (datuk kepada Najib Tun Abdul Razak).
Di antara sebab – sebab mereka menubuhkan PAS,ialah:
a. Kebanyakan Jawatankuasa Agung UMNO lembut telinga dengan
bangsa – bangsa asing, iaitu Cina dan India.
b. Sebilangan Jawatankuasa Agung UMNO suka berjudi, minum
arak dan tari menari.
c. Hampir sebilangan besar ahli UMNO berpendidikan barat dan
Sekolah – sekolah Inggeris menyuarkan tidak mahu Negara Islam dan mereka mahu Tanah Melayu merdeka menggunakan perlembagaan dan undang – undang Inggeris.
(Kalau saya sihat, bersambung pada hari Isnin – mp)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.