UMNO DAN PAS HAPUR MELAYU PUPUS
Oleh: Mokhtar Petah
Sesungguhnya orang Melayu – Islam yang jahil sejarah bangsanya sendiri dan berfahamam jumud sahaja yang betindak untuk menghapuskan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – PEKEMBAR (kerana sebilangan besar orang Melayu dalam parti tersebut ketagih dan pemuda bahasa Inggeris, maka mreka gunakan UMNO) kononnya Melayu akan lebih selamat.
Sesunguhnhya orang Melayu – Islam yang jahil sejarah Melayu dan jahil Islam – rela hidup dalam sistem orang – orang Barat, Yahudi dan Kristian, sahaja melaung dan bertindak untuk membunuh Parti Islam Se- Malayasia – PAS,keran amereka anti sistem hidup cara Islam, anti hukum – hukum hudud dan anta negara Islam.
UMNO penting kepada bangsa Melayu selagi negara mengamalkan Perlembagaan yang ada dan mahu mengukuhkan kedaulatan Raja Melayu dan meneruskan kewujudan ‘ketuanan Melayu’.
UMNO ditubuhkan, di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur, oleh kongres orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Singapura, menentang gagasan Malayan Union ( macam 1 Malaysia lebih kurang), pada 4 Mac 1946.
Kongres Melayu menentang tujuan penjajah Inggeris itu, di hdiri oleh lebin 5,000 orang Melayu termasuk para wakil dan pemerhati 38 parti politik, persatuan Melayu di negeri – negeri, pembantu Indonesia merdeka dan Orang Asli.
Di antara parti – parti politik dan persatuan itu, ialah:
1 - Pergerkan Melayu Semenanjung Johor, Johor Bharu dan
Segama. Di antara wakil – wakilnya:
a. Dato’ Onn bin Jaafar.
b. Syed Abdul Kadir bin Mohamad.
c. Syed Alwi bin Shekh Al Hadi.
2 - Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM, 22 wakil dan
pemerhait. Di antara mereka:
a. Dr Buhanuddin Helmi.
b. Zulkifli Auni.
c. Ahmad Boestamam.
d. Dahari Ali.
e. Musa Ahmad.
f. Baharuddin Tahir.
g. Abdul Rahman Rahim (penulis).
3 - Perikatan Melayu Perak, 15 wakil dan pemerhati.
Di antara mereka:
a. Dato’ Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab.
b. Zainal Abidin bin Haji Abas.
c. Haji Ismail Hamzah (Mufti Perak.
d. Raja Azam bin Raja Kamaruzzaman.
e. Putih Marih bin Ibrahim Rashid.
f. Tajuddin bin Uda Isa.
4 - Persatuan Melayu Pahang 6 wakil dan pemerhati.
Di antara mereka:
a. Mohd. Yasin bin Mohd. Salleh.
b. Abdul Rahman bin Talib
c. Yahaya bin Mat Shah
d. Jaafar bin Haji Mohd. Nor.
5 - Persatuan Melayu Seberang Perai, 5 wakil.
Antara mereka, ialah:
a. Hashim bin Awang.
b. Mohd. Sopiee bin Sheikh Ibrahim.
c. Ustaz Haji Ahmad Maliki.
6 - Persatuan Melayu Kedah, dan SEBERKAS, 9 wakil dan
pemerhati.
Antara mereka:
a. Haji Huseein Che Dol.
b. Senu bin Abduol Rahman
c. Haji Salleh bin Shamsuddin.
7 – Persatuan Melayu Kelantan, 6 wakil, iaitu:
a. Haji Fadhlullah Shuhaimi.
b. Haji Ishak Lutfi bin Omar.
c. Mohammad bin Yusof.
d. Dato’ Nik Ahmad Kamil bin Mahmud.
8 – Persatuan Melayu Melaka, lima wakil. Di antara mereka, ialah:
a. Mohd. Yusof bin Harun.
b. Haji Talib bin Abdul Karim.
9- Persatuan Melahyu Negeri Sembilan, enam wakil, di antara
Mereka:
a. Mohd. Idris bin Mat Sil.
b. Tengkuj Mohammad bin Tengku Besar Burhanuddin.
c. Sheikh Ahmad bin Sheikh Mustafa.
10 – Persatuan Melayu Trengganu, dua wakil, iaitu:
a. Dato Nara
b. Ibrahim bin Mohammad.
11- Kaum sakai – Orang Asli Selangor, tiga wakil,iaitu:
a. Abu bin Busu.
b. Lena bin Khamis.
c. Chinawan bin Saleh.
(Kerana dan penat menulis, maka akan disambung esok - mp)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.