Monday, September 27, 2010

POLITIK ISLAM (ulangan)



ISLAM DAN KEMANUSIAAN SEJAGAT

Oleh: Mokhtar Petah


Negara Islam, iaitu yang mengguna- pakai perlembagaan yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah seperti yang telah ditubuhkan dan dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah melindungi rakyatnya yang beragama Islam dan yang beragama lain,berbagai bangsa atau keturunan.Pada masa ini Republik Islam Iran dan Sudan adalah melindungi semua rakyatnya seperti yang telah diamalkan dalam Negara Islam pimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Manakala Negara-negara umat Islam yang menggunakan perlebagaan lain dari Islam, termasuk Malaysia, telah mengamalkan perikemanusiaan seperti yang telah diamalkan dalam negara pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Ertinya tidak melindungi rakyatnya yang beragama Islam sahaja. Pendatang yang ada keizinan, pelawat atau pelancong dan sebagainya turut mendapat pelindungan yang bersifat kemanusiaan sejagat.
Dalam Negara Islam di bawah pimpinan Nabi Muahammad s.a.w.,ada dua golongan orang kafir yang menjadi rakyat negara tersebut,iaitu:
(1) Kafir zimmi atau orang kafir setia:
Kafir Zimmi atau orang kafir setia,ialah
rakyat yang setia kepada pemerintahan Islam
dan merek membayar segala yang dituntut
oleh negara.
Mereka itu mendapat layanan di bawah
keadilan mengikut Islam.
(2) Kafir harbi atau orang kafir yang boleh
diperangi:
Kafir harbi atau orng kafir yang boleh
diperangi,ialah mereka yang tinggal dalam
negara Islam tetapi tidak taat setia dan
melakukanperbuatan-perbuatan yang
bertentangan dengan undang-undang
negara itu.
Negara-negara Islam pada masa kini,sama ada yang telah wujud ataupun yang akan wujud, bukanlah negara- negara pengganas seperti yang dianggap oleh kebanyakan dari penganut-penganut agama Kristian,Yahudi dan agama-agama lain.Negara-negara Islam tulin adalah berpegang kepada ajaran atau falsafah, ‘Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani’. Iaitu mempunyai sikap pemurah dan penyayang sesama manusia dengan tidak mengmbil kira bangsa atau keturunan,warna kulit dan agama yang mereka anuti.
Paling jelas,Negara Islam dan umat Islam adalah mempunyai ‘hubungan dengan Allah dan hubungan dengan umat manusia’. Tidak ada sikap permusuhan apa lagi menjadi pengganas dan mengganas (terrorist) atau memusuhi umat manusia yang beragama lain dari Islam.
Negara Islam dipimpin oleh pemimpin yang telah dijelaskan oleh Nabi Muhamamad s.a.w., dalam hadisnya:
Imam (khalifah atau presiden) adalah perisai, yang (umat Islam) berjihad (beribadat,bekerja dan berjuang) di bela- kangnya, dan berlindung dengannya.
Pemimpin Negara Islam sentiasa menjunjung dan mengamalkan bagi negaranya akan garis panduan ‘ persahabatan dan keamanan antarabangsa’ atau ‘kemanusiaan sejagat’ yang telah tetapkana oleh Allah dalam al Quran yang bermaksud:
Kamu adalah umat yang paling baik yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, menuruh mengerjakan yang benar (baik) dan menegah melakukan yang salah.
Ditimpa di atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
Kejadian mengganas yang telah wujud dan sedang berlaku atas umat Islam sekarang ini, adalah disebabkan oleh fakor-faktor berikut:
(1) Negara Mereka diserang atau diperangi oleh orang - orang Krirstian,Yahudi, mereka yang beragama lain dan tidak beragama.
(2) Umat Islam di negara mereka dibunuh atau
disiksa dengan tidak berperikemanusiaan oleh orang-orang Kristian, Yahudi, mereka yang beragama lain dan tidak beragama.
(3) Orang-orang Islam dihina di mana-mana dan hak
mereka, seperti sumber ekonomi negara mereka, seperti hasil bumi, pertanian dan seumpanya dirampas dan dijadikan milik orang-orang asing yang beragama lain dari Islam.
(4) Semangat kekejaman ‘Perang Salib’ –
penghapusan agama Islam oleh umat Kristian – masih menjadi semangat di kebanyakan umat Kristian pada masa ini. Pemimpin Amerika Syarikat, British dan negara-negara Kritian yang
lain menggunakan semangat itu dan
menyimpan dendam untuk menghapuskan
agama Islam pada masa ini.
(5) Umat Kristian bersekongkol dengan umat Yahudi untuk menghacurkan umat Islam dan agama Islam di seluruh dunia.
Mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujud keadilan dan kemanusiaan sejagat; jangan dibiarkan atau dihalalkan negara-negara besar menyerang,memerangi, membunuh dan menindas negara kecil dan lemah milik umat Islam sepereti yang telah dilakukan oleh Amerfika Syarikat,British dan sekutunya ke atas Iraq.
Apakah adil dan ada kemanusiaan sejagat, iaitu apabila umat Islam bangun menentang, kekejaman umat lain ke atas mereka, maka umat Islam yang dipersalahkan dan dituduh ‘terrorist’- pengganas. Selagi keadilan yang diamalkan oleh umat Kristian,Yahudi, Hindu, Budha dan agama-gama lain serta yang tidak beragama berbeza atau berlawanan dengan keadilan dalam Islam,maka hingga ke hujung hayat dunia sekali pun umat Islam tidak akan berhenti menentang mereka di seluruh dunia.
Nagara Islam yang hadhari sifatnya tidak akan mengenepikan doktrin atau hikmah dari Allah di atas (Ali Imran: 110 dan 112). Doktrin atau hikmah itu akan terus menjadi asas Negara Islam dan perhubungannya dengan negara-negara dan umat manusia antarabangsa.
Bangsa Melayu yang beragama Islam telah terlalu lama telah membuktikan kepada orang-orang dari bangsa-bangsa dan negara-negara lain yang berhijrh ke Semenanjung Tanah Melayu, iaitu bhaik budi kepada tetamu dengan mementingkan tetamu dari diri dan keluarga serndiri seperti yang telah menjadi kata-kata falasafah dalam masyarakat Melayu Nusantara atau Melayu Raya, iaitu:
Kera di hutan disusui anak mati kelaparan dalam
buayan.
Dagang lalu ditanahkan (diberi makan) anal sendiri
mati kempunan.
Sesuai dengan tujuan buku ini,maka untuk menguatkan keyakinan orang-orang Islam yang tidak hadhari dan mereka yang tidak beragama Islam, memahami bahawa agama Islam sebuah agama kedamaian,keamanan dan mengarahkan kepada persaudaraan antara umat manusia atau kemanusiaan sejaga eloklah perhatikan tulisan di bawah ini:
THE RISE OF ISLAM
The religion of Islam was directly influenced in the early 600s by the prophet Muhammad.The rerligion he preached changed the cource of history, by uniting the peoples of Arabia to form a huge Arab empire the stretched almost from China to border of France.
In the earlu 7th centry, the Arab peoples were no united in any way.Som farmed the land while athers were traders crossing the desert with camelk-drawn caravans. At this time rhey all worship different gods. Then, in about 610, an Arab merchant named Muhammad preached a new religion, Islam, which means “submission to the will of God”. According to Muslim belief, Muhamamad was send by God as a messenger. Muhammad was well respected in his home town of Mecca and his influence grew but many Meccans rsented and began to persecuted him and his followers. In the 622 he was driven out of Mecca and was invited to move to Yathrib (now Madina).His journey there is commemorated as the Hegira, which begins the Muslim calendar. Muhammad has several religius revelations and his teachings were written downin the Koran, the holy book of Islam. He set out religious laws the included five daily prayers dan a month of fasting.
From 624Muhammad and his followers had to fight their enemies. In 630 they captured Mecca, and smashed the pagam idols in the Kaaba, the holiest shrine in the city. Muhammad continued to preach and live simply.
Untuk membuktikan betapa Islam mementingkan kerjasama dan keamanan sesame aumat man usia,perhatikan kandungan ‘Sahifah Madinah’ atau ‘ Watikah Madinah’ – Piagam Madinah -, yang telah dimeteraikan antara Nabi Muhammad s.a.w. bagi pihak Negara Islam Madinah dengan penduduk-penduduk Yathrib ( Madinan) yang terdiri dari kaum- Yahudi pada tahun 1 H - 622M. Perhatikan Piagam Madinah berikut ini.
PIAGAM MADINAH
FASAL 1.
Dengan nama Allah Maha Pemurah dan penyayang. Inilah kitab (piagam bertulis) dari Nabi Muhamamad, Pesuruh Allah demi bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk agama Islam dari Quraisy dengan penduduk-penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.
FASAL 2.
Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa-nation) berbeza
dari manusia-manusia yang lain.
FASAL 3.
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka: Mereka saling tanggung- menanggung membayar dan menerima wang tebusan di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara yang berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
FASAL 4
Banu Auf (dari Yathrib) tetaplah atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara kebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
FASAL 5
Banu Harith bin al Khazraj (dari Yathrib) tetaplah atas pegangan lama mereka sama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tiap-tiap puak dari (suku Khzraj) hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan adil dan kebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
FASAL 6
Banu Sa’idah (dari Yathrib) tetaplah atas pegangan lama mereka sama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu dan setiap keluarga puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan adil dan kebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
FASAL 7
Banu Jusyam (dari Yathrib) tetaplah atas pegangan lama mereka sama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu, dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk diri mereka sendiri dengan adil dan kebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
FASAL 8
Banu an Najar (dari Yathrib) tetaplah atas pegangan lama mereka sama-sama bertangggungjawab membayar wang tebusan drah seperti dulu, dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk diri mereka sendiri dengan adil dan kebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
FASAL 9
Banu ‘Amru bin ‘Auf tetaplah dengan pegangan lama mereka sama-sama bertangungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulul, dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk diri mereka sendiri dengan adil dan kebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
FASAL 10
Banu an Nabiet (dari Yathrib) tetaplah atas pegangan lama mereka sama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah mebayar wang tebusan darah untuk diri mereka dengan adil dan kebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
FASAL 11
Banu ‘Aus (dari Yathrib) tetaplah atas pegangan lama mereka sama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk diri mereka sendiri dengan adil dan kebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
FASAL 12
Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk membayar wang tebusan darah denganaadil.
FASAL 12 –B.
Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang-orang di bawah kawal seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuannya terlebih dahulu.
FASAL 13.
Bahawa orang-orang yang beriman lagi bertaqwa, hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman, atau dosa, atau perseteruan, atau kerosakan di kalangan orang-orang yang beriman, dan mereka hendaklah bersatu sama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu adalah anak kepada salah seorang dari mereka.
FASAL 14.
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukim yang lain kerana seorang kafir; dan tidak juga sayugianya ia menolong mana-mana orang kafir terhadap seseorang mukmin.
FASAL 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melinddungi nasib orang-orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang mukmin hendaklah saling menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang-orang lain.
FASAL 16.
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapat pertolongan dan pimpinan dengan tidak dizalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.

FASAL 17
Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama; oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin dengan tidak diturut serta oleh orang mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dn keadilan di kalangan mereka.
FASAL 18.
Bahawa setiap serangan terhadap kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua; oleh itu hendaklah disilih gantikan tenaga menentangnya.
FASAL 19
Bahawa orang-orang mukmin, henhdaklah saling membela sesama atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.
FASAL 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.
FASAL 20 –B.
Bahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik (kafir) melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka, dan tidak boleh menghalang orang-orang mukmin (akan hak mereka).
FASAL 21.
Bahawa siapa yang membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali jika dipersertujui oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka melainkan menegahkan terhdapnya.
FASAL 22.
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui kandungan piagam ini, dan percaya kepada Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barang siapa menolong orang itu maka ke atasnya lakanat Allah dan kemurkaan-Nya pada hari Qiamat kelak, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.
FASAL 23.
Walau bagaimana berbalahnya sekalipun dalam sesuatu perkara henhdaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan kepada Muhammad (Rasul-Nya).
FASAL 24.
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut membelanja bersama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang.
FASAL 25.
Bahawa kaum Yahudi dari Banu ‘Auf adalah satu umat bersama orang-orang mukmin; mereka bebas dengan agama mereka sendiri, dan orang-orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka, dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa, maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri.
FASAL 26.
Bahawa abagi orang Yahudi Bani an Najar (diperlakukan) sama dengan orang Yahudi Bani ‘Auf.
FASAL 27.
Bahawa bagi orang Yahudi Bani al Harith (diperlakukan) sama dengan orang Yahudi Bani ‘Auf.
FASAL 28.
Bahawa bagi orang Yahudi Bani Saidah (diperlakukan) sama dengan orang Yahudi Bani’Auf.
FASAL 29.
Bahwa bagi orang Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan orang Yahudi Bani ‘Auf.
FASAL 30.
Bahawa orang Bani al ‘Aus(diperlakukan) sama dengan orang Yahudi Bani ‘Auf.
FASAL 31.
Bahawa orang Yahudi Bani Tha’labah (diperlakukan) sama dengan orang Yahudi Bani ‘Auf, kecuali orang yang zalim dengan orang yang berbuat dosa, maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.
FASAL 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian dengan orang Yahudi Bani Tha’labah (diperlakukan)sama dengan mereka itu (Bani Tha’labah).
FASAL 33.
Bahawa orang Yahudi Banu Shutaibah (diperlakukan) sama dengan orang Yahudi Bani ‘Auf dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.
FASAL 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan orang Yahudi Bani Tha’labah(diperlakukan)sama dengan mereka itu.
FASAL 35.
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) samja dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.
FASAL 36
Bahawa tiada seorang pun yang menyertai piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dan Muhammad (Rasul Allah).
FASAL 36-B.
Bahawa tidak boleh disekat dari membalas kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, dan barang siapa membuat kejahatan,maka balasanya adalah ke atas dirinya dan kelaurganya kecuali orang yang kena zalim, dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
FASAL 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah membiayai Negara seperti mana orang-orang Islam juga hendaklah membiayai Negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong meno- long menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat menasihati, sesama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.
FASAL 37 –B
Bahawa mana-mana orang tidak boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang kena zalim.

FASAL 38.
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang-orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang.
FASAL 39.
Bahawa kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang mengang- gotai Piagam ini.
FASAL 40.
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlakukan sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan juga dosa.
FASAL 41.
Bahawa tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.
FASAL 42.
Bahawa apa jua kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta Piagam ini sekira dikhuatiri membawa kepada bencana, maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad Pesuruh Allah, dan Allah menyaksi kebaikan isi kandungan Piagam ini dan merastuinya.
FASAL 43.
Bahawa tidak boleh diberi perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitui juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.
FASAL 44.
Bahawa henhdaklah ada janji Bantu membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.
FASAL 45.
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian, maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur dalam perdamaian itu; dan bila mana-mana di ajak berbuat demikian, maka orang-orang mukmiun hendaklah merastuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama(Islam).
FASAL 45-B.
Setiap pihak adalah berkewajipan mengambil bahagian masing-masing tentang satu-satu perdamaian.
FASAL 46.
Bahawa orang-orang Yahudi ‘Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana-mana pihak lain yang menganggotai Piagam ini, dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu dosa, maka dialah yang menanggungnya sendiri, dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.
FASAL 47.
Bahawa Piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa, mulai
dari saat ini barang siapa berpegian dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau yang bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertaqwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.
Malaysia yang telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam dan corak atau modelnya, ‘Islam Hadhari’ boleh mengambil ‘Piagam Madinah’ sebagai contoh atau model untuk dipraktikkan bersama oleh rakyat yang berbilang kaum dan agama. Dengan berpandukan ‘Piagam Madinah’ itu, Negara kita secara mutlak menjadi sebuah Negara pelindung rakyat jelata,mempertahankan perpaduan dan keamanan,sama-sama memikul tanggungjawab mengisi,membina dan mempertahanakan Negara Islam yang kita bentuk dan sama-sama menerimanya dalam Dewan Rakyat.
Semua rakyat dalam Negara Islam, walau apa jua agama yang mereka anuti, adalah menjadi kewajipan mutlak bagi mereka untuk ‘taat setia’ dengan hati yang ikhlas kepada pemerintah atau negara

mereka.Mereka wajib menyumbang wang ringgit dan harta benda mereka kepada negara,sekiranya negara mengalami keadaan-keadaan tertentu,seperti dalam peperangan atau diperangi oleh musuh-musuh Islam.
Seperti dalam ‘Piagam Madinah’ dan begitu juga dalam Negara Islam Hadhari,setiap rakyat tidak boleh melakukan perbuatan jahat dan dosa. Mereka tidak boleh melakukan kejahatan atau kemungkaran seperti menipu,memeras,mengganggu jiran tetangga dan pendeknya rakyat Negera Islam mestilah hidup seperti dalam sebuah keluarga.
Dalam Negara Islam semua rakyat yang beragama Islam wajib mematuhi semua undang-undang Islam. Semua rakyatnya yang tidak beragama Islam wajib mematuhi undang-undang Islam, jika ada pengecualian pun adalah terlalu sedikit. Misalnya jika mereka melakuakan kesalahan membunuh atau mencederakan orang (termasuk dengan kenderaan di jalan raya), zina (termasuka rogol), mencuri atau
merompak dan lain mestilah menerima hukuman mengikut undang-undang Islam.
Saya meminta kepada mereka yang tidak beragama Islam di negara ini supaya befikir dan menyedari sejarah - , bahawa semua individu keturunan dari kaum China, India, Siam, Arab, Pertugis dan sebagainya yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu termasuk pulau Singapura, bahawa kedatangan orang-orang dari kaum-kaum itu ke bumi ini pada zaman penjajah Pertugis dan Inggeris, mereka ‘taat atau setia’ kepada kerajaan Pertugis dan Inggeris atau undang-undang yang mereka telah ‘kuat-kuasakan’
di Semanjung Tanah Melayu ialah yang bercorak atau berkonsepkan ‘kebendaan atau kapitalisme’, yang dicipta atau digubal oleh orang-orang yang beragama Kristian; mungkin campur Yahudi, sedangkan pendatang-pendatang itu menganut agama Hindu, Budha, Majusi, Islam atau tidak beragama.
Mereka datang dengan tujuan mencari makan ‘struggle for life’ – bekerja sebagai buruh atau kuli kontrak -,di sektor-sektor pekerjaan seperti:
* Orang-orang Pertugis; buruh tentera,tukang
baiki kapal layar,tukang masak dan
sebagainya.
* Orang – orang India, semuanya dari kasta
yang rendah dan miskin di India; buruh
membina jalan raya, kereta api, pelabuhan,
buruh bandar, tukang kebun, dobi dan
sebagainya. Mereka yang beragama
Islam, ada yang menjadi mu’allim atau
guru agama atau mubaligh Islam
kebanyakan dari mereka tajaan Inggeris.
* Orang-orang China,semuanya golongan
melarat, orang-orang lelaki dalam
kumpulan kongsi gelap; pedagang kecil
(penjaja keling tong), buruh lombong
bijih timah,buruh
pelabuhan atau kapal dan bekerja dengan
pengedar-pengedar madat atau candu –
mafia China.
* Orang-orang Siam; menjadi buruh atau
berhijrah kerana berusaha dalam bidang
pertanian dan menoreh getah atau mata
pencarian yang lain.
* Orang- orang Arab – kebanyakan dari
Yaman -, menjadi mubaligh Islam,
peniaga kecil
(penjaja manikuran), tentera upahan
kerajaan Johor ,dan Arab bergelar As
Saggof dari Mesir dan kawasan
sekitarnya. Mereka berniaga wang atau
membungakan wang.
Sekarang, keturunan pendatang-pendatang tersebut telah menjadi rakyat setia Malaysia – Negara Islam -, apakah mereka tidak rela mentaati atau memberi kesetiaan kepada pemimpin dan Negara Islam? Ketaatan atau kesetiaan itu tidak memaksa mereka memeluk agama Islam, ‘tidak ada paksaan dalam agama’ . Sementelah pula agama Islam, sebuah agama keselamatan dan keamanan. Agama yang mewajibkan manusia mempunyai ikatan dengan Allah dan ikatan sesama manusia.
Walau bagaimanapun, semua rakyat Negara Islam yang menganut agama- agama lain, tertakluk di bawah kuasa kuasa undang – udang Negara Islam jika mereka melakukan kesalahan yang ada di bawah kanun atau undang – undang Islam.
Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.