MENGENANG IBU
[Al Fatihah. Dato’ Seri Endon Mahmood, 64 tahun, isteri kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi – ibu pertama – kepada rakyat Malaysia, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.55 pagi, 20 Oktober 2005, di kediaman rasmi Perdana Menteri, di Putrajaya, setelah mengidap sakit kanser payu dara sejak April 2002.)
Mokhtar Petah telah merakam detik-detik pemergian – tangga kata pergi, kubur kata mari – ibu pertama itu dalam buku Abdullah Badawi Penjana Modal Insan (2006).
Berikut ini disiarkan sebuah sajak yang ditulis Mokhtar Petah dalam buku itu, kulit buku dan empat gambar halaman dalam buku tersebut.
DI BATAS USIA
Pada pagi dingin ini,
Madah pamitan di bibir bedi,
Suara hati seorang isteri,
Pemimpin bangsa serangkai pertiwi.
Tertunai sudah janji kita,
Kasih mesra kita bersama,
Hidup kita berbelit duka,
“Tabah tawakal kita berdua,
Endon nanti di pintu syurga.”
Di batas usia ibu pulang,
Kasih sayang bukan kepala,
Laksana langit berhias berbintang,
Tinggallah putera puteri terbilang,
Tabahkan hati tanpa walang.
Endon merenung kasih kepada suami
“Indera giri pasirnya lumat,
Karang bercampur dengan lokan;
Bagai nabi kasihkan umat,
Beginilah saya kasihkan tuan.”
Dari sini, ibu pertiwi bertuah,
Bersama kasih semua bonda berhijrah,
Ke lahad sepi menuju barzakh,
Alam akhirat menemui Allah,
Berbekal iman amal ibadah.
Sebak hati, sedih lara,
Tasik dada sesak gelora,
Tanpa madah banjir air mata,
Kerana taulan setia,
Ibu setia meninggalkan kita.
“Aku cari mana dia Al Gazali, aku cari mana dia Ash Shafie, kita bongkar rahsia kita suci, cari pedoman, kita bongkar rahsia Sunnah nabi, cari pedoman, aku hidup kerana dia Rabbi,” demikian doktrin Abdullah Badawi yang terkandung dalam buku Abdullah Badawi Penjana Modal Insan yang menjadi hala tuju perjuangan.
‘Pemergian Endon Mahmood menambah-gandakan sedih-duka Abdullah Badawi. Pemergian di batas usia datuknya, Sheikh Abdullah Fahim (Pak Him). Bapanya, Datuk Haji Ahmad Badawi. Rakan karib dan Setiausaha Politiknya, Abdul Fatah menyusul pula ke alam akhirat. Setelah beliau di puncak gembira, ibu beliau, Datuk Kailan binti Haji Hassan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Suka dan duka telah datang dan pergi atas Abdullah Badawi, silih berganti – setelah datang suka datang pula duka - , bagaikan sebumbung langit runtuh atas kepala beliau. Mujurlah beliau seorang yang banyak pengetahuan agama Islam – tauhid dan tasawuf – kuat iman dan tawakal kepada Allah; suka yang datang senyumnya mengembang dan duka yang tiba, senyumannya mesra jua’
(cabutan dari kata Pendahuluan buku Abdullah Badawi Penjana Modal Insan.)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.