Monday, September 20, 2010

POLITIK


MENDIDIK POLITIKUS

MEREKA ADALAH PEJUANG

Oleh: Mokhtar Petah

Sedikit dari sejarah Malaysia mengajar kita; kader – kader Parti Komunis Malaya (PKM) berjuang dengan merelakan diri mereka terkorban atau apa sahaja, kerana perjuangan mereka ada ideologi, tetapi tidak ada seorang pun dari ahli – ahli UMNO yang sanggup berkorban demikian.

Pada masa ini ramai orang memperkatakan UMNO lemah. Piahak kepimpinan tertinggi UMNO hingga ke peringkat bawahan, mengakui parti politik Melayu yang ditubukanan pada awal Mac 1946 itu telah lemah.

ORANG MELAYU

MENERIMA UMNO

Kelamahan UMNO tidaklah disebabkan parti itu tidak kuat dasarnya, hilang hala tuju perjuangannya atau sebailangan besar orang Melayu tidak menerimanya.

* Dasar UMNO masih kauat, berjuang untuk negara,bangsa dan pertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

* Hala tuajunaya masih betul, aiaitu memikul cita – cita dan perjauangan para pemimpin UMNO sebelum pemimpin kini.

* Sebilangan besar orang Melayu mernerima UMNO, bahkan mereka mempertahankan parti tersebut.

Kelamahan UMNO disebabakan sebilangan besar ahlinaya tidak dididik atau tarbiah sebagai politikus yang menyedari diri mereka itu adalah pejuang membela dan mempertahankan megara Malaysi, bangsa Melayu – Malaysia dan agama Islam.

Kerana tidak dididik dan diterbiahakan demikiana, amaka tidak wujud ‘niat’ dan ‘cita – cita’ dalam diri mereka, sanggup berjuang dengan penuh kerelaan, berani menghadapi apa jua rintangan atau halanga, demi perjuangan suci kerana Negara, abahangsa dan agama Islam.

IDEOLOGI BERSEPADU

DENGAN IMAN

Yang menjadi faktor utama, disebabakan setiap ahli UMNO tidak menerima Islam sebagai ideolog politik. Kerana tidak ada ideolaogi yang kukuh atau ideologi ‘bersepadu dengan iman’, maka mereka boleh menajdi orang – orang kapitalis, bnorjois atau yang mementingkan diri sendiri dan membelakangi kepentingan negara, bangsa dan agama Islam.

Pada masa ini dan di mana – mana sahaja setiap ahli UMNO bercakap antarea mereka atau hati dan nafsu mereka sendiri, dengan suara, “ …masuk UMNO nak senang, kalau tak dapat jadi wakil rakyat, dapat jadi kaya …, macam orang – orang UMNO dah kaya raya.”

Beberapa orang ahli UMNO bercakap dengan saya, bnrkata, “ … la ni Negara kita dah merdeka, kami berjuang buakana macam orang dulu, kami berjauang dalam UMNO nak senang …, nak kedudukan macam orang lain tu.”

Lalau mereka menyebut nama nama, Shahidanm Kasim, Ibrahim Ali, Ramli Ngah Talib, Hami Othman, Yusof Noor, Khir Toyo, Zambry Abdul Kadir, Rizal Mariakan, Khairy Jamaluddin dan beberapa orang lagi.

UMNO MENERIMA

INDIVIDU MELAYU

Dari percakapan mereka itu, bolehlah kita membuat telahan, selagi UMNO menerima individu – individu Melayu (termasuk para ulama berijazah universiti) yang berahjat, bercita – cita dan bernafsu demikian, maka sampai bila pun UMNO terus lemah.

Jalan yang palin mustahak, pucuk pimpinan UMNO hendaklah memalikan wajah kepada zaman silam; zaman Tunku Abdul Rahaman dan Tun Abdul Razak, Syed Jaafar Albar, Haji Ahmad Badawi, Haji Sulaiaman Palestin, Othman Abdulla, Wana Abdul Kadir dan beberapa para ilmuan Islam telah mendidik dan mentarbiah ahli ahli UMNO , menjadi pejuang tanah air, bangsa dan agama Islam.

Jika cara seperti yang saya utarakan itu dapat dilaksanakan, semua ahli UMNO, terutama golongan muda akan menjadi mujahid Negara, bangsa dan agama yang sanggu terkorban seperti komred – komred aParti Komunis Malaysaia dan pejuang – penuang Islam seluruh dunia.

Sesaungguhnya, setelah UMNO ada ahli – ahlinya ‘pejuang sejati’, tidak menjadi invidu kapitalis, borjois dan bersenjatakan ‘politik wang’, parti politik yang menjadi pusaka bangsa Melau itu akan kuat semula, bangun semula dan menerukan kewibawaannya sebagai parti politik menerajui kerajaan Malaysia dan kerajaan – kerajaan negeri.

UMNO masih belum terlambat sebenarnya!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.