Saturday, September 25, 2010

BERITA



Dana dari kelab lumba kuda


KEPALA BATAS 24 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, surat itu dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, surat tersebut membuktikan bahawa kenyataan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini bahawa pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian adalah satu pembohongan.

‘‘Kalau sebelum ini kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermati-matian menafikan pernah menerima duit hasil perjudian untuk membiayai program mereka, saya cabar kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung surat ini.

‘‘Kalau beliau (Guan Eng) gagal menjelaskan pembohongan ini, maka beliau akan dikenang sebagai bapa segala pembohongan. Kalau tidak betul pun, sila tampil beri penjelasan kerana surat ini dikeluarkan oleh pejabat beliau sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Reezal Merican baru-baru ini mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog, Pisau.net bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian. - Berita Harian online

TOLAK BORAK POLITIK

Saya telah membaca berita 'Dana Dari Kelab Lomba Kuda' dalam Berita Harian online. Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican nampaknya naik angin dengan laksana mengibar namanya ahli politik masyhur, telah mengecam Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana menerima sumbangan RM500,000 dari Kelab Lomba Kuda Pulau Pinang, untuk membiayai program membasmi kemiskinan.

Mengapa, Reezal Merican beria - ia benar melungkan prkara ini? Beliau seperti peribahasa, 'gajah tepi mata tidak nampak, agas seberangblaut nampak'.

Sejak negara ini merdeka, negara diperintah oleh kerajaan UMNO - BN hingga pada masa ini, telah berlaku begini:

1 - Para ulama UMNO telah mengeluarkan fatwa, wang hasil judi boleh
dihunakan untujk kebajikan umum.
2 - Kerajaan Malaysia telah menerima hazil cukai dari syarikat - syarkat
perjudian, di antaranya, Kasino, Genting Heighland.
3 - Kerajaan menerima hasil cukai dan lain dari Lembaga Lotri Kebajikan
Masyarakat.
4 - Hasil cukai dari syarikat - syarikat yang mengeluarkan hasil haram,
seperti Babi dan lain.

Saya nampak tindakan Reezal Merican itu seperti ada jadualnya pada masa hadapa. Mungkinkan akan menjadi ahli Dewan Rakyat (Kepala Batas) menggantikan tempat Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pilihanraya akan datang.
Agaknya, dengan bertindak demikian, orang - orang PAS di Kepala Batas nampa dia seorang yang benar - benar mengamalkan hukum Islam - haram tidak boleh dilakukan, perintah mesti dilaksanakan. - Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.