Friday, September 17, 2010

BERITA

'

Friendly contest', elak suasana tegang- Zaid
Harakahdaily

KUALA LUMPUR 17 Sept: Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Datuk Zaid Ibrahim mahu perebutan jawatan pada pemilihan parti itu November ini berlaku atas semangat setiakawan dan mengelakkan sebarang ketegangan.

Beliau yang juga salah seorang yang mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR berkata, suasana tegang hanya akan menyulitkan penyatuan di antara anggota parti tersebut.

Beliau merujuk kepada trend calon yang menumumkan akan bertanding jawatan dalam parti yang turut menyiapkan 'geng' sokongan.

Menurutnya, perkara tersebut tidak bercanggah dengan perinsip demokrasi namun jika tidak dikawal mampu menimbulkan ketegangan.

"Semua orang (ada) berkata, yang hendak bertanding dalam pemilihan kali ini, janganlah sampai menyusahkan parti.

"Jadi kalau kita tunjuk sangat kita kuat, kita tunjuk kita punya 'geng', ini akan merumitkan penyatuan, " kata Zaid yang juga Penyelaras Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan syarahan dalam satu program jatidiri sempena Hari Malaysia di Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI) di Cheras, petang semalam.

"Bagi saya, perlawanan ini adalah biasa, yang diadakan tiga tahun sekali. Perbuatan membawa sokongan ini akan membawa 'tension' (ketegangan)," katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan menjelaskan beliau tidak boleh mengkritik cara sesetengah pihak berkempen, kerana setiap pihak mempunyai kaedah mereka sendiri.

"Saya rasa, eloklah kita bertanding secara 'friendly contest' (persaingan setiakawan)," tambah Zaid seperti dilapor web Suara Keadilan.

(Berita ini diambil dari Harakah Daily pada petang ini)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.