'Terima pelantikan Sultan baru'
Oleh Ismail Mat dan Ramli Hussin
bhnews@bharian.com.my
2010/09/14
TUANKU Muhammad Faris bertemu dengan pembesar negeri selepas majlis pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan ke-29 di Istana Negeri, Kubang Kerian, semalam.
KOTA BHARU: Kerajaan negeri berharap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan yang baru mulai semalam, menyelesaikan semua masalah yang menyelubungi institusi Istana Kelantan sejak setahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau yakin pelantikan baginda mampu menyelesaikan masalah serta kecelaruan yang timbul selama ini.
Majlis itu berlangsung selepas Nik Aziz mengumumkan pengisytiharan pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan ke-29 menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak lebih setahun lalu.
Berikutan pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra itu, Nik Aziz menggesa semua pihak berkepentingan dapat menerima baginda dengan baik, bagi menyelesaikan semua masalah.
“Jika ada tukul atau pahat yang masih berbunyi, minta simpan dalam kotak masing-masing, rumah sudah siap, pahat tidak perlu berbunyi lagi.
“Selama ini, rakyat selalu bertanya, tetapi saya nak jawab tidak boleh kerana amat menghormati institusi Istana Kelantan,” katanya.
Sementara itu, Badan Perhubungan UMNO Kelantan melahirkan rasa syukur kerana majlis pemasyuran Sultan Kelantan yang baru itu berjalan baik dan licin.
Timbalan Pengerusinya, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata UMNO Kelantan mengucapkan setinggi tahniah kepada Sultan Kelantan yang baru dan yakin pemerintahan baginda akan terus meletakkan Kelantan ke tahap lebih tinggi dan menjana kemakmuran untuk dinikmati seluruh rakyat negeri ini.
“Saya meminta seluruh rakyat memberi taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan Kelantan yang baru dan kita juga akan memberi sokongan padu untuk melihat Kelantan menjadi negeri lebih maju pada masa depan,” katanya yang menghadiri majlis itu bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
BIODATA
Tuanku Muhammad Faris Petra
PENDIDIKAN
HOBI
AKTIVITI SOSIAL DAN AGAMA
KETENTERAAN
(Berita ini diambil dari Berita Harian online pada hari ini)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.