PENAWAR PENYAKIT: ANAK CUCU
Pada hari raya Aidil Fitri ini, saya masih dalam cengkaman kurang sihat; saya tidak dapat ke mana - mana, walaupun ke masjid untuk sembahyang hari raya. Hanya menunggu, kalau - kalau anak cucu dan sahabat handai datang ke rumah beraya dengan saya.Tetapi maklumlah, masing - msiang ada tanggungjawab 'menziarah' ibu bapa, mertua dan sebagainya, maka tidak ada yang datang.Lewat petang, anak saya yang yang keempat, seorang aktivis politik, Saiful Alimin - penulis juga - , telah berhari raya ke rumah saya bersama isteri dan tiga orang anaknya.
Gambar anak, menantu dan tiga curu.
Berdiri di tengah, ibu ke dua anak saya,
Sitti Haishah binti Abdul Rahman.
Kedatangan mereka - keriangan cucu - cucu (yang perempuan sulung belajar di sekolah Cina) terasa amat, mereka menjadi menawar penyakit saya. Terasa gembira dan segar.Terasa kemunkinan saya akan hidup beberapa tahun lagi.
Gambar di bawah ini , saya, menantu dan dua cucu, bersama ibu kedua anak saya, Sitti Haishah binti Abdul Rahman (berdiri ditengah - belakang).
Gambar di bawah ini , saya, menantu dan dua cucu, bersama ibu kedua anak saya, Sitti Haishah binti Abdul Rahman (berdiri ditengah - belakang).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.