PERPECAHAN UMMAH KERANA ULAMA TEMBOLOK
(Tidakkah mereka yang musyrik (kafir) sedar kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka, bahawa para ulama – pendeta – pendeta agama Bani Israil mengetahui akanh kebenaran Quran itu. – Asy Syu’ra:197.
Demikian juga, antara umat manusia, benatang – binatang dan haiwan – haiwan ternakan itu bermacam – macam pula warnanhya. Hanyalah yang takut kepada Allah ialah mereka yang berilmu (ulama atau poendeta) di antara hamba – hamba – Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan Pengampun. – Fathir:28
Umat Islam menjadi berpecah belah disebabkan para ulama yang berlainan hala tuju atau perjuangan hidup mereka.
Terdapat lima golongan ulama di negara – negara yang ramai umat Islam, tetapi negara itu bukan negara Islam, seperti Masir, Hijaz atau Arab Saudi, Iraq, Indonesia dan Malaysia, iaitu:
1 - Ulama Allah, iaitu mereka yang berpengetahuan mengikut dan mengajar
Orang ramai agar taatkan Allah danh Rasul- Nya. Mengikut dan
mengamalkan segara hukum – hukum dalam Quran dan Sunnah.
Menentang kezaliman dan kejahatan walaupun terhadap Raja dan
pemimpin.
2 - Ulama syariyah, iaitu mereka yang berpoegang kepada Quran dan
Sunnah dan menyeru orang ramai supaya berbuat baik dan melarang
mereka mnelakukan keburukan. Ulama begini mengajaqr orang ramai
kenal dan amalkan politik, ekonomi, ilmu pengetahuan, kemasyarakatan
dan amalan hidup mengikut Islam.
3 - Ulama zuhud, iaitu mereka yang hanya mengamalkan segala hukumn
Allah dan Rasulnya yanhg khusus pada peribadatan, hasi akhirat sahaja.
Mereka tidak mengambil tahul hal politik dan sebagainya.
4 - Ulama Figh, Fekah atau ulama nafau dan terkenal dengan gelaran ulama
tembolok, mereka itu yang ialah yang mnakan gaji dengan pemerintah
atau kerajaan – Istana dan sebagainya, seperti mufti, kadi dan mubaligh
pihak parti pemerintah.
Ulama – ulama ini tidak mengikut hukum dalam Quran dan Sunnah
dengan sempurnah. Mereka terpaksa mengikut kehendak arahan
pemerintah, kerajaan atau Istana.
Misalanya, jika pemerintah, kerajaan atau Istana suka judi dan
sebagainya, maka mereka ‘ menikus’ tidak bernai mengeluarkan
hukum tegah judi dalam Quran dan Sunnah. Begitu juga jika
pemerntah, kerajaan atau istana menentang negara Islam dan hukum
hudud, mereka ‘menikus’ dan mengalihkan kepada berbagai – bagai
tafsiran bagi kesdukaan pihak yang menanggung mereka.
Mereka menjaga kedudukan, kemewahan hidup dan sebagainya.
Para ulama Fiqh sering bertelagah dengan ulama Allah dan ulama
syariyah. Akibat dari yangb demikianlah menjadi rakyat Islam dalam
sesebuah negara itu berpecah belah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.