MERDEKA
Merdeka! Merdeka!! Merdeka !!!
Laung para pemimpin ke angkasa,
Para fakir miskin di gigi rimba,
Nelayan di laut bergelora,
Hati mereka satu – batu -, jua.
Merdeka! Meredeka !! Merdeka !!!
Jalur gemilang kibar berkibar,
Dari istana hingga ke pelantar nelayan,
Siapa kaut untungnya?
Sebilangan pegawai dan para kapitalis Malaysia !.
Merdeka! Merdeka!! Merdeka !!!
Para mualim – mujahid sejati,
Ratib ratab berhati duka,
Merdeka Melayu jadi sendiwara,
Ummah derita para kapitalis kaya raya.
Merdeka ! Merdeka !! Merdeka !!!
Anak cucu dipondok kampung,
Makkah, Madinah dan Yaman,
Sedih duka menatap bumi mereka,
Kasino, rumah perjudian merata.
Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!
“Allah, Allah, Allah,” seru belatuk dan unggas ,
“Ingatkan Allah hai orang – orang lalai!”
Ayam jantan laung kokoknya.
“Ekonomi maju Melayu jadi hamba.
Merdeka! Merdeka !! Merdeka !!!
Menguak kerbau di paya,
Berdebuh lembu di kandang,
Mengebik kabing dalam bangsal,
“Melayu merdeka senasib kami jua.”
Rimba Kamesah ................ Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.