Monday, August 23, 2010

MENGGIGIL TUBUH MENGHADAPI 31 OGOS



ADA PEMIMPIN – PEMIMPIN MELAYU MENOLAK HUKU ALLAH

Pada pagi tadi saya dipimpin iring oleh isteri saya, Sitti Haishah binti Abdul Rahman untuk menemui doktor di Hospital Putrajaya, iaitu menurut arahan yang di tetapkan pada hari hari saya di ccu hospital tersebut.
Pada waktu menunggu, isteriku mengangkat telefon, mendengar suara dan dia ketawa. Tawanya meraba terowong telingaku yang jara kira – kira 50 meter daripadanya.
Setelah dia mendekati saya, dia berkata, “ Ada ..., JPN Putrajaya nak minta u beri cermah mengenai ‘sejarah kemerdekaan’ pada hari Jumaat ini.
“Boleh ...,” sahut saya dengan tidak menyedari saya masih keuzuran.
“U masih uzur ..., nanti semput ...,” kata isteri saya sambil merenung wajah saya yang beserabut dengan jangkujt, misai dan bebulu.
Kalau Allah tidak stop hidup saya pada mala mini, esok saya akan mulai siarkan pengalaman saya dengan Dato’ Onn Jaafar, Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ahmad Bostaman, Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Fuas Hassan, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.
Berikut ini adalah permulaan sdumbangan saya kepada para penyokong, pemnggemar, penjulang dan pejuang hari kemerdekaaan Negara pada 31 Ogos ini.
M Pada Ogos 2005, dalam satu jamuan sempena dengan seminar mengenai penulis-penulis Malaysia, di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, seorang profesor telah memberitahu saya yang dia telah membaca dan menghayati novel karangan saya, ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ itu pada masa dia menuntut di univesiti dulu.
Sebuah novel karya saya itu, ‘Nekad Anak Watan’ telah menarik minat beberapa orang mahasiswa Melayu di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Novel itu satu imbasan perjuangan bekas anggota Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Encik Rashid Mydin dan rakan-rakannya yang lari dari diburu oleh pihak penjajah Inggeris dan terpaksa berjuang bersama Parti Komunis Malaya, iaitu dalam Rejemen ke – 10, dalam rimba raya Pahang.
Manakala tiga Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn secara ikhlasa telah mengaku kepada saya yang mereka telah banyak membaca tulisan-tulisan saya dalam akhbar, majalah dan buku-buku. Tunku Abdul Rahman menerima pandangan saya, supaya meneruskan bantuan kewangan Kerajaan Pusat kepada sekolah-sekolah agama (rakyat) di seluruh tanah air. Tun Abdul Razak telah menggunakan sedikit fikiran saya pada masa beliau melaksanakan projek besar, iaitu menempatkan keluaga-keluarga miskin di seluruh tanah air ke dalam Rancangan Tanah Persekutuan – Federal Land Authority (FELDA) pada akhir tahun 1960-an.
(Kini Felda telah jauh terpesung dari cita – cita dan pengorbanan al marhum –mp)
Manakala Tun Hussein Onn telah menyifatkan saya sebagai ‘wartawan lipas’ dan telah mengambil tindakan tangkas melucutkan seorang tokoh politik dari jawatan Menteri Besar di Negeri Perak.
Saya menyanjungi Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang peneroka zaman, berani dan tegas, berani membuat keputusan untuk kepentingan negara, tetapi beliau, seperti dalam sebuah buku saya, ’Terima Kasih Dr. Mahathir Mohamad’, seorang penceramah, Jaafar Rahim telah menyifatkan Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang gila-gila. Beliau berjaya membangunkan negara secara berani dan bertindak di luar daya fikiran orang-orang yang berfikiran secara sederhana atau mereka yang sering diganggukan oleh rasa takut gagal dan kecewa sebelum melakukan sesuatu kerja atau tanggungjawab.
Tetapi, walau bagaimanapun Dr Mahathir Mohamad telah gagal menyatu - padukan orang Melayu atau ummah, disebabkan beliau lebih mementingkan kebendaan dari kepentingan agama Islam dan budaya ummah termasuk lebih mementingkan kaum lain dari Melayu dalam bidang ekonomi. Oleh yang demikian, penolakan sebilangan besar orang Melayu atau ummah terhadap pemikirannya menjadi ketara. Maka beliau gagal menyatu - padukan ummah. Tercatat dalam sejarah Islam, beliau adalah ’Pemimpin Islam yang menentang huku hudud dan Negara Islam’.
Pada ketika berucap dalam ’Seri Ucapan Dr Mahathir Mohamad’ di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di Bangi, pada 12 Disember 2005, beliau telah berkata, bahawa beliau tidak tahu sama ada keputusannya membangunkan negara ini betul atau tidak, tetapi yang nyata, semua pembangunan seperti lebuh raya timur –barat, Putrajaya, jambatan Pulau Pinang dan bonus kepada kakitangan kerajaan, telah menguntungkan berbilion ringgit setahun kepada kerajaan dari hasil cukai pendapatan.
Buku karang saya, ’Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’- biografi - , mungkin telah dibaca oleh Dr Mahathir Mohamad dan mungkin sedikit dari tulisan saya dalam buku itu telah menolongnya dalam memilih dan melantik seorang pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya telah menyampai buku itu kepada beliau di Kediaman beliau, di Seri Perdana’. Bersama buku itu saya telah menulis, ’Orang yang paling sesuai mengganti tempat Anwar Ibrahim, ialah, Dato’ Abdullah Ahmad Badawi.Kira 27 jam kemudian beliau telah mengumumkan, cucu Sheikh Abdullah Fahim dan anak kepada bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya, 1953, Dato’ Haji Ahmad Badawi, sebagai Timbalan Perdzana Menteri.
Malangnya, setalah beliau tidak suka kepada Timbalan Perdana Menteri itu, beliau telah melaungkan ’silap pilih’. Saya fikir beliau macam Abdullah Ibnu Ubay pada zaman Nabi Mhammad sallallahu alaihi wasallam.
Selain dari Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah ibnu Al marhum Sultan Alang Iskandar Shah yang banyak menerima pakai fikiran saya (telah melanti saya menjadi penasihat politik kepada peribadinya) dalam menjalankan kuasa dalam Kerajaan Perak, maka Sultan Brunei Darul Salam, Al marhum Sultan Sir Omar Ali Saifuddin juga setelah menerima pendapat saya. Baginda telah menganugerahkan wang lebih RB1 juta kepada Parti Rakyat Brunei untuk tujuan menuntut kemerdekaan Brunei, Sarawak dan Sabah yang akan menjadi sebuah negara Republik Kalimantan Utara dengan Baginda sebagai Presiden sepanjang hayat.
Apabila Seniman P. Ramlee menerbitkan surat khabar hal ehwal filem, iaitu ’Gelanggang Filem’, maka aku telah menjadi penulis suratkhabarnya. Selain dari sumbanganku kepda ’Gelanggang Filem’ Allahyarham telah banyak berbincang dengan saya mengenai skrip-skrip filem yang ditulisnya. Di antaranya filemnya , ‘Musang Berjanggut’ (kisah Negeri Perak tua) dan ‘Tiga Abdul’ (ramalannya mengenai orang Melayu dalam Negara Malaysia).
. Mungkin tidak ramai orang yang percaya, bahawa saya telah meneruskan denyut nadi saya – hidup -, sebagai seorang penulis, walaupun saya berkeadaan seekor burung yang patah sayapnya, dengan paruhnya ia bertongkat juga, namun saya tidak pernah berduka cita, apa lagi kecewa. Setiap ketika saya dalam keadaan waspada dan insaf, bahawa dalam apa jua keadaan, saya adalah hamba Allah dan sentiasa bersama-Nya dan berlindung pada-Nya pada saban waktu.
Saya telah menulis dari hasil keyakinan saya sendiri, bahawa alam dan dunia ini adalah universiti untuk diri saya. Dalam semua tulisan saya, saya telah menggunakan alam ini untuk santapan ruhani atau jiwa mereka yang membaca hasil karya saya. Di sinilah saya amat terasa, sesunguhnya saya puas dalam hidup saya sendiri.
Mungkin ada orang-orang yang menilaikan hasil tulisan saya tidak sama para atau tidak sejunjung dengan penulis-penulis lain, memanglah begitu, tetapi saya dengan keperibadian saya sendiri dalam menjalankan kerja menulis, saya banyak terpengaruh dengan aliran ayat-ayat al Quran. Kadang-kadang cara begini tidak sesuai dengan orang-orang Barat yang tidak Islam dan orang – orang dalam DBP (berpendidikan universiti, bependidikan dari barat dan mereka yang beriman dengan kitab-kita lain dari al Quran atau tidak sukan hukum – hukum dalam Quran.
Saya seorang yang tidak berminat dalam bidang sukan. Saya tidak pernah bersukan. Sukan saya hanyalah menulis pada waktu-waktu aku ’perlu menulis’. Kalau dua tiga hari aku tidak menulis, tubuh saya menerima tetamu yang tidak saya undng, iaitu demam atau tidak sihat.
Mungkin orang lain boleh menyifatkan saya tidak berjaya dalam berkarya, kerana saya tidak pernah menyertai peraduan mengarang dan tidak seperti penulis-penulis lain yang mendapat hadiah kerana tulisan mereka. Kerana saya adalah saya dan kerana saya penulis, maka saya kira saya sebagai pejuang juga dan tidak semua perjuangan dinilai oleh orang ramai. Maka saya bersetuju dengan pendapat : “You can tell me I was wrong. You can tell me I failed. But I can also tell you how it was and how I tried.”
Usia saya telah meningkat lebih tujuh puluh enam tahun. Sepanjang perjalanan hidup saya itu, saya tidak pernah memohon kepada Allah supaya saya dimasukkan ke dalam golongan insan yang kaya raya atau kara ria. Saya hanya telah memohon kepada-Nya agar Allah menganugerahkan kapada saya sekadar sedikit dari rezeki yang amat banyak daripada Yang Maha Kuasa itu untuk diri saya, keluarga saya, kaum kerabat saya dan orang -orang mukmin dan mukminah semuanya.
Ada kalanya saya seperti lelabah yang mencari madu-madu dari bebunga, seperti semut mencari rezeki di celah-celah pepasir dan sesampah atau seperti beburung yang hinggap pada pepohon yang sedang masak ranum buah-buahnya. Lebah, semut dan burung adalah makhluk-makhluk yang tersebut dalam ibu kitab, al Quran yang menjadi perlembagaan dan undang-undang bagi orang-orang yang beriman.
Saya berpendapat, setiap manusia mestilah berfikir dan bekerja untuk hidup. Jika berjaya mencapai kejayaan dalam hidup, maka bersyukurlah kepada Allah dan jika gagal, bersyukurlah juga kepada Allah. Sedarlah, bahawa di sebalik kegagalan itu ada hikmat dan rahmat dari Yang Maha Esa itu. SH
(Dipetik dari manuskri buku saya, Memoir, Patah Saya Bertongkatkan Paruh.)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.