Friday, July 9, 2010

QURAN



SEMBAHYANG JUMAAT



Hai orang – orang yang beriman, apabila ada panggilan (azan , tabuh, gendang raya, kerantung, ketuk - ketuk dan sebagainya) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, segeralah kalian mengingati Allah dan tinggalkann jual beli (perniagaan, perusahaan dan apa jua urusan). Itu adalah lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui (tidak jahil).

Dan apabila selesai melaksanakan sembahyang, kalian boleh (berjalan) bertebaran di muka bumi dan carilah kurniaan Allah. Dan ingatlah Allah sebanyak munbgkin, agar kemudian menjadi beruntung.

Dan mereka melihat perniagaan dan permainan, mereka berkejar ke situ meninggalkan anda (Muhammad) sedang berdiri (membaca khutbah. Wajib mendengar khutbah, kerana khutbah itu sebahagian dari sembahyang Jumaat). Katakan, apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik dari permainan dan perniagaan. Dan Allah paling pandai mengurniakan rezeki.

al Munafiqun: 9, 10,11.


* Terdapat di masjid - masjid, orang - orang yang datang lambat ke masjid hingga tidak sempat mendengar khutbah. Dan ramai pula, sebaik - baik selesai sembahyang terus meninggalkan tempat sembahyang dengan tidak mendengar khutbah. Perbuatan itu tidak disukai oleh Allah dan rasul - Nya, Muhammad s.a.w. Sembahyang juga tidak sempurna.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.