Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 30 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang tidak akan berkompromi terhadap penubuhan negara Islam, hanya bersifat peribadi. Menurut Tuan Guru, beliau belum lagi mendengar secara rasmi DAP sendiri menolak Islam, kecuali penolakan daripada peribadi tertentu sahaja. Beliau bagaimanapun bersyukur kerana DAP sudah bersatu dalam Pakatan Rakyat sehingga berjaya membentuk beberapa buah negeri dalam pilihan raya umum lalu. “Itu (tak terima konsep Islam) hanya pandangan peribadi Karpal sahaja, malah saya sendiripun sudah banyak kali bertanya, tak kena di mana Islam? “You sebut Islam tak betul dengan hujah yang tak pasti, tetapi selagi you tak boleh menyebut Islam ini tak betul sama ada dari segi akidah, muamalah, saya nak tinggal Islam pun tak boleh, you tak terima Islam pun tak betul,”ujarnya lagi.(Harakah). |
Friday, July 2, 2010
POLITIK
Nik Aziz anggap pandangan peribadi Karpal Singh
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.