KECAM POLIS
MACAM SUARA PEMBANGKANG
MACAM SUARA PEMBANGKANG
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengecam pihak polis kerana tidak bertindak tegas terhadap blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK).
Ketua Pemuda UMNO itu mempersoalkan prestasi polis untuk mengesan RPK ketika maklumat di mana beliau berada sangat jelas.
“Di mana tindakan pihak polis, biarpun Perdana Menteri berkata polis akan bertanggungjawab untuk menahan Raja Petra?
“Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai lokasi Raja Petra, tapi RPK dengan terang berada di kawasan umum,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
RPK melarikan diri atas tuduhan menghasut dan mengaitkan isu kontroversial dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan dakwaan terbabit membunuh Altantuya Mongolia Shaariibuu.
Khairy berkata, RPK kini berada di United Kingdom memberikan ceramah pada acara yang dianjurkan Pakatan Rakyat dan yang terakhir berlaku kelmarin.
“Kelmarin, RPK tidak bersembunyi, beliau menghadiri acara Pakatan Rakyat di London dan berada di hadapan umum,” katanya.
Khairy berkata, jika polis mereka tidak boleh menangkapnya di sana, hubungan (antara polis Malaysia) dan Scotland Yard ada di sana, melalui perjanjian ekstradisi. Polis Inggeris itu boleh menangkap RPK dan membawanya kembali ke Malaysia.
“Adakah mereka (polis) tidak sedar atau memilih untuk tidak tahu gerakan RPK dan lokasi? Anda harus mengajukan soalan yang betul," katanya.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri melalui portal :Malaysia Today:.(Sinar Harian).
***
Sama ada kerana menempa populer nama atau kerana memang membela Pergerkan Pemuda Umno, kecaman Kertua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin mengecam polis kerana tidak bertindak terhadap Raja Petra Kamaruddin, boleh dianggap keterlaluan dan suaranya seperti suara parti pembangkang.
Mengecam polis oleh ahli atau pemimpin Umno samalah dengan mencecam parti itu sendiri. Polis bertugas dan memikul tanggungjawab di bawah seorang menteri, iaitu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Maknanya Khiry Jamaluddin juga menukul dahi menteri tersebut, Dato Hishamuddin Hussein yang juga ahli Umno.
Orang ramai tidak hairan, jika kecaman itu kahir dari pihak PAS, PKR dan DAP, tetapi menjadi tanda tanya orang ramai terhadap sikap Ketua Pemuda Umno yang boleh dianggap kasar dan di luar garisam moral seorang ahli politik.
Sikap dan tidakan Khiriy Jamaluddin itu tidak membina maruah Pergerakan Pemuda Umno tetapi mencemarkan, kerana suara beliau sama dengan suara tokoh PAS, Dato Mahfuz Omar.
Polis menjalankan tanggungjawabnya dengan banyak priosedor, hitungan dan pandangan.Sesuatu yang akan dilaksanakan atau bertindak dilhat dari banyak segi, di antaranyas perudangan Negara, hubungan antara bangsa dan Interpol.
Menurut satu laporan, Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan , amat arif, bahawa pihak polis Diraja Malaysia tidak boleh meredah negara orang dan menangkap blogger itu tanpa kebenaran dan dokumentasi yang sempurna.
Beliua menjekaskan, bahawa pihak polis tidak tahu di mana Raja Petra berada atau di mana beliau akan muncul dalam sesuatu majlis umum di kota London.
“Permintaan PDRM untuk mendapatkan kerjasama Interpol untuk menahan pengendali laman web Malaysia Today itu telah ditolak Januari lalu.
“Permintaan PDRM telah ditolak Januari lalu. Jadi kita tidak boleh sesuka hati masuk negara orang dan menahan orang yang kita kehendaki itu,’’kata Musa Hassan.
Sepatutnya Khairy Jamaluddin tidak ‘ melaung dan melolong’ menyalahkan PDRM. Sebagai ahli Parlimen dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, beliau mengambil langkah menemui Ketua Polis Negara dan berbincang secara di luar pengetahuan media massa, agar nama pemuda UMNO tidak tercela dan PDRM tidak tercalar hati.
Saya kira, untuk mencari populer dan membela organisasi yang dipimpin, tidaklah demikian caranya, iaitu ‘melaung dan melolong’, kerana perbuatan demikian, sama dengan falsafah orang Melayu, ‘ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri’, atau falsafah baru, ‘Menjerit pada bulan kerana diri merana’. Apakah Khiry Jamaluddin dukacita dan merana kini?- mp
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.