KITA DAN NEGARA ISLAM
Bacalah dengan nama Tuhan kamu, yang mencipta.Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah.Bacalah, dan Tuhan kamu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca).Mengajar manusia apa yang belum di ketahuinya.
( Al Alaq: 1 – 5).
Pada tahun 610 M – tahun gajah, telah lahir ke dunia, seorang bayi, Muhammad bin Abdullah – putera Arab Qurisy keturunan Nabi Ismail alaihis salam bin Nabi Ibrahim khalilullah. Kemudia menjadi utusan-Nya untuk memberi rahmat kepada seluruh alam maya.
Wahyu atau firman Allah yang awal seperti maksudnya di atas ini, telah diturunkan oleh Allah melalui malaikat Jibril kepada Junjungan, pada waktu Junjungan sedang tahannuf atau mengheningkan fikiran dan beribadat kepada Allah, dalam Gua Hera, kira-kira 6 km sebelah utara kota Makah.
Firman Allah itu telah mengajar dan membimbing Nabi Muhammad s.a.w. dan manusia mengenai agama Islam – agama tauhid -, yang telah diwarisi dari Rasul-Nya, Adam alaihis salam. Dengan banyak perubahan yang bersifat evolusi dan revolusi kepada perubahan membangun peradaban umat manusia atau dapat diterjemahan dengan hadhari atau madani.
AGAMA TAUHID ATAU LUHIYAH
Agama Islam pada zaman para Rasul Allah sebelum Nabi Muhammad s.a.w., tidak bersifat duniawi dan ukhrawi, iaitu menuntut kehidupan dunia dan akhirat. Kerana pada awal kewujudan makhluk manusia atas muka bumi ini atau pada zaman Nabi Adam alaihis salam sampai kepada zaman para rasul Allah yang terdahulu dari Nabi Muhammad s.a.w., agama Islam bersifat agama tauhid atau uluhiyah (ketuhanan) semata-mata.
Dalam buku-buku (suhuf) kepada Rasul-Rasul sebelum Rasul-Nya, Muhammmad s.a.w. atau sebelum al Quran, hanya ada arahan atau perintah yang menjuruskan kepada menyucikan diri, mengingati Allah, menghambakan diri dan menyembah-Nya. Buktinya seperti maksud dari firman Allah berikut:
Sesungguhnya beruntunglah orang yang
mensucikan diri.
Dan mengingati nama Tuhanya, dan
mengerjakan sembahyang.
Tetapi, kamu memilih kehidupan dunia.
Sedangkan hari kemudian itu lebih baik
dan lebih kekal.
Sesungguhnya, ini ada dalam suhu
(risalah-risalah) perbakala.
Suhuf (risalah-risalah) Ibrahim dan
Musa.
- Al Alaq: 1-5
Demikian juga dalam buku Injil (asli tanpa pindaan oleh musuh-musuh Islam) yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa Alaihis salam. Kerana demikian sifatnya, maka para pengunut Islam yang terpengaruh dengan mereka yang berpegang kepaada kitab Injil, hingga pada zaman ini mereka memisahkan agama Islam dengan politik dan segala aspek kehidupan manusia.
MANUSIA DAN POLITIK SEMASA
Elok saya catatkan di sini, pada hari-hari saya menulis buku biografi Kadir Yusof Peguam Rakyat, saya telah bertukar-tukar fikiran mengenai Islam dengan Hakim Negara ini, Allahyarham Tun Sufian bin Haji Hashim, di pejabatnya, dalam Banaraya Kuala Lumpur, pada satu petang, pada tahun 1997. Dengan merujuk kepada dua tiga buah buku undang-undang, dia berkata, “…saya tak pernah belajar politik boleh dicampur dengan agama atau dalam agama ada politik. Agama tetap agama, agama Allah, …Allah menyuruh umat manusia beribadat dengan-Nya.”
Dalam negara-negara umat Islam yang agama Islam diubah suai dengan nafsu manusia dan politik semasa,terutama Negara-negara ayang mengamalkan peodalaisme, kapitalisme, sosialisme, komunisme dan fahaman-fahaman kebendaan yang lain, telah wujud dalam perlembagaan atau undang-undang menegah atau melarang mengamalkan politik dalam Islam.
Manakala dalam Quran Allah telah menentukan arah atau hala tuju agama Islam dengan sifat takammul atau syumul,iaitu membimbing manusia kepada peribadatan atau pengabdian diri kepada Allah dan mengamalkan ‘makruf’ yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia ini.
SEDEHARANA DAN BERSIFAT HARAKAH
Agama Islam juga bersifat wasatiyah, yakni melalui jalan tengah, seimbang dan sederhana serta bersifat harakah, iaitu mempunyai daya gerak dan berkembang mengikut keadaan masa dan keadan tertentu.
Bimbingan-bimbingan dalam Quran di atas adalah terkumpul dalam dua faktor penting,iaitu:
a . Fardhu ‘Ain, iaitu amal ibadat manusia kepada
memperhambakan diri kepada Allah atau tauhid
dengan iman, taqwa,ikhlas dan ihsan.
Fardhu ‘Ain ini adalah menjadi ilmu dan amalan
Wajib atas tiap-tiap, individu lelaki dan perempuan
yang layak dan yang beragama Islam.
b - Fardhu Kifayah, iaitu amal ibadah yang tidak wajib
diketahui dan diamalkan oleh individu lelaki dan
perempuan yang layak sekiranya ada orang lain dari
umat Islam dalam kelumpuk atau negara yang telah
mengetahui dan mengamalkannya.
Imam Al Ghazali (Abu Hamid Al Ghazali meninggaal pada tahun 111M) dalam buku karyanya yang masyhur.Ehya Ulumuddin (kebangkitan ilmu-ilmu agama) telah menggariskan tentang Fardhu Kifayah, pada empat bahagian, iaitu:
1 - Usul (dasar-dasar, Quran, Sunnah, para sahabat dan
Ijma’ ulamak (golongan ulama dalam berbagai bidang
Ilmu pengetahuan).
2 - Furu’ (masalah-masalah cabang,seperti Fiqh, etika dan
pengalamam mistik.
3 - Ilmu pengetahuan, kaedah, ilmu syaraf, bahasa
Arab dan lain-lain (termasuki sains dan teknologi).
4 – Ilmu pengetahuan pelengkap,iaitu membaca,
menterjemahkan Quran, mempelajari prinsip-prinsip
ilmu Fiqh,penyelidikan biografi para perawi Hadis-
Hadis dan lain-lain (termasauk karang mengarang, kira
Mengira dan berbagai maklumat). (Dr. Mahdi
Ghulsyani, The Holy Quran and Sciences of Nature,
1988).
Sebaik-baik sahaja Nabi Muhmmad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Yathrib - telah dibangunkan oleh seorang yang dianggap tali barut Yahudi, iaitu, Yathrib bim Mahlayil, dari Amalika. Dari tangannya orang Yahudi telah menakluk bandar tersebut dan kawasan sekitarnya.
MEROBAH KEDUDUKAN UMAT MANUSIA
Kemudian dikuasai oleh orang-orang Yahudi Bani Qaylah dari golongan Ghazaan - , pada tahun 622M-1 Hirah Junjuangan dengan para sahabatnya telah membentuk Negara Islam di Yathrib (Madinah). Dengan terbentuknya Negara Islam, maka Junjungan telah merobah kedudukan umat manusia yang beragama Islam dan tidak beragama Islam dengan hala tuju Islam Madaniyah (maju atau moden), iaitu dengan berpandukan doktrin dalam Quran yang mencangkupi dua dasar utama, iaitu Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah.
Dengan dua dasar utama itulah, agama Islam yang bersifat Addin, iaitu, memperhambakan diri kepada Allah dan mengmalkan semua aspek kehidupan manusia atau berperadaban, seperti pertanian yang meliputi bercocok tanam dan ternakan yang memerlukan berbagai ilmu pengetahuan, antaranya sains dan teknologi yang berpokok pangkalkan dari ‘Iqra’.
Untuk hidup sebagai seorang Islam sejadi, Nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan umatg Islam menjalankan nperusahaan, pedagangan, Baitul mal (dana harta), pertahanan dan ketenteraan, perpaduan antara umat Islam dan antara umat Islam dengan umat bukan Islam.
KETUA NEGARA ISLAM
Pada tahun 622 hingga 632M, bagi melicinkan pentabidran pemerintahan atau kedaulatan Republik Islam, maka atas nama Rasul Allah dan Ketua Negara Islam, Junjungan telah melaksanakan empat perkara penting, iaitu:
1 - Menyatukan warga asal Yatrib, iaitu golongan ansar
(penolong Nabi dan orang-orang Islam) dengan golongan
muhajirin (pendatang Islam yang
berhijrah bersama Nabi ke Yathrib) dalam satu ikatan
dengan satu Perjuanjian Baiatul Aqabah Thaniah
(perjanjian Aqabah kedua).
Perjanjian itu oleh 73 lelaki dan 2 perempuan untuk
memeluk agama Islam, memberi perlindungan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. dan para pengikut Junjungan serta
memberi kuasa kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
Rasul Allah dan Ketua Negara Islam mengambil alih
pemerintahan Yathrib dari golongan al Aus dan Khazraj.
2 - Menukar nama kota Yathrib kepada nama baru,iaitu
Madinatul munawwarah atau
kotaraya (bertamadun) dengan menentukan landsakapnya,
pasar-pasar dan kewajipan warganya.
3 - Menubuhkan masjid, iaitu Masjid Nabawi sebagai Pusat
pendbiran agama Islam dan politik atau sebagai sebuah
parlimen bagi pemerintahann Islam.
4 - Membentuk sebuah masyarakat warga negara yang
majmuk, iaitu orang - orang Islam Madinah dengan para
warga Madinah yang terdiri daripada bangsa Arab,Yahudi
dan bangsa-bangsa lain dengan golongan Islam
dalam satu ikatan atau perjanjian yang dinamakan Sahifah
Madinah atau Piagam Madinah.(lihat: Kerajaan Mansuh
Kekebalan Raja Melayu, 1993)
Dari langkah evolusi yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun-tahun itu telah memberi kejayaan kepada junjungan melaksanakan doktrin dari Allah dalam al Quran dengan mengadakan arah tuju agama Islama, iaitu Addin, agama Allah dan peraturan hidup umat manusia atau dengan pengertian madaniyah atau hadhariyah.
TERANGKUL DALAM ILMU PENGETAHUAN
Pada masa Nabi Muhammad s.a.w. memerintah Negara Islam Madinah dengan corak demokrasai terpimpin (dipimpin oleh Quran dan Sunnah), Junjungan telah terus menerus menerima wahyu dari Allah yang memperlengkapkan Islam sebagai addin, iaitu dengan hikmah atau limu pengethuan tentang cakarwala – bulan dan bintang-bintang, muka bumi - gunung ganang, tanah, sungai, lautan,dan segala macam hasil mahsul atas permukan bumi dan dalam bumi seperti tananam, haiwan, serangga, udara, zarah atau atom, besi, perak, emas, mutiara, permata dan berbagai hasil galian. Dan semua itu ada terangkul dalam ilmu pengetahuan sains, teknologi dan ilmu-ilmu lain.
( Buku: Rahsia Dari Quran – Haiwan dan Serangga, 1956, oleh: Mokhtr Petah).
Konsep Islam bagi Negara Islam Malaysia akan mencapai kejayaan dalam bidang pembangunan jasmani dan ruhani rakyat. Ia akan menjadi contoh kepada umat Islam di negara-negara lain. Dan negara ini, isnya Allah, akan kekal sebagai sebuah negara yang bertuah – makmur dan aman -, rakyatnya yang bersatu padu dan mendapat keredaan Allah, seperti maksud firman Allah dalam Quran:
Negara bertuan dan Tuhan Pengampun (mendapat
keampunan Allah): Saba:15.
Huraian: Negara yang rakyatnya makmur dan aman dengan hasil mahsulnya serta mendapat keampunan dan keredaan dari Allah.Untuk mendapatkan negara yang demikian, mestilah ada pada pemimpin dan rakyatnya memiliki sifat, watak, ragam dan pembawaan seperi berikut:
1 - Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.
2 - Kerajaan adil dan beramanah.
3 - Rakyat berjiwa merdeka.
4 - Pengusahaan ilmu pengetahuan.
5 - Pembangunan ekonomi seimbang dan komperhensif.
6 - Kehidupan berkualaiti.
7 - Pembelaan hak kumpulan minority dan wanita.
8 - Keutuhan budaya dan moral yang sesuai dengan Islam.
9 - Pemeliharaan alam ciptaan Allah.
10 - Kekuatan pertahanan.
11 - Bersih dari amalan rasuah dan politik wang.
12 - Jujur kepada diri sendiri dan rakyat jelata.
13 - Tidak bertolak ansur dengan ssiapa atas hokum – hokum yang
ditetapakan dalam Quran.
14 - Berbaik dan menghormati jiran dan Negara jira.
15 - Adila dalam semua tindakan dan hukum dan berperi kemanusiaan,
Negara yang berkonsep Islam mustakah mengamalkan lima belas faktor di atas ini, jika tidak negara itu tidak akan mendapat keampunan dan keredaan dari Allah. Sesebuah negara yang tidak mendapat keampunan dan keredaan dari Allah, akan ditimpa oleh beberapa keburukan di dalamnya.Di antaranya:
1 – Tidak wujud perpaduan yang ‘tulus ikhlas’ di kalangan
rakyat jelata.
2 - Tidak wujud keamanan sebaliknya berlaku berbagai
kemalangan dan kekacauan.
4 - Walau pun hasil mahsulnya banyak hingga melimph ruah,
tetapi berkaedaan serba tidak cukup, ibarat ‘berselimutkan kain panjang lima; tutup kepala kaki telanjang, tutup kaki kepala terbuka’.
5 - Berlaku kejahatan, kecurangan, skendal termasuk perbuatan
rasuah di kalangan orang-orang yang berkuasa.
6 - Rakan-rakan dalam pemerintah dan di kalangan rakyat cenderong kepada hidup berfoya-foya. dan sentiasa melanggar hukum Allah dan undang - undang negara.
7 – Hasil mahsul negara dari bumi bereansur kekurangan;
minyak dan air kering, hasil galian seperti emas, bijih
timah, tembaga, perak,minyak, gas dan sebagainya beransur mersut.
8 - Rakyat golongan muda tidak cenderung kepada kebaikan
atau ‘maaruf’,sebaliknya mereka cenderung kepada
melakukan keburukan atau ‘kemunkaran’.
8 - Keluarga berpecah belah, isteri menderhakakan suami
hatta menduakan suami.
9 - Anak-anak menjqdei bodoh dan terjerumus ke dalam
kemaksiatan dan kebinasaan.
10- Negara akan mengalami ke miskinan dan kemelaratan.
Perhatikan kepada negara kita, iaitu semenjak mencapai kemerdekaan hingga kepada tahun 2003; kemewahan atau kemakmuran berada depan mata kita, tetapi telah berlaku berbagai-bagai tradedi,kemusnahan, kemalangan, ketidakadilan dalam masyarakat, rasuah dan tidak amanah di kalangan sebilangan pegawai-pegawai Kerajaan,badan-badan berkanun dan sebagainya.
Kita mahu mengamalkan Islam di Malaysia mempunyai persamaan dengan Islam atau ‘agama Rabbaniah’ seperti yang ditunjukkan dalam Quran dan Sunnah.
Semua orang Melayu dalam PAS, UMNO, PKR dan di luar parti-parti politik tersebut adalah menganut Islam yang sama, iaitu agama Rabbani yang menuntut kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.
Jika kita bersandarkan kepada Quran dan Sunnah, maka ‘berdosalah’ setiap individu muslim dam muslimah di negara ini yang menolak Islam sebagai Negara ataupun menolak negara Islam. Menolak Negara Islam bererti menolak ‘model Negara yang diwujudkan Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.
Insya Allah dengan adanya kesesdaran dari semua pihak dan masing –masing kembali kepada Islam dan berada dalam keadaan seperti Allah sentiasa di samping, maka negara kita dan kita semua tidak akan menuju kepada kemusnahan kerana Allah meredai kita.(mp)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.