Saturday, July 10, 2010

BERITA MENARIK


Kerajaan lulus skim bantuan payu dara palsu, coli khas

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan peruntukan RM4.3 juta untuk melaksanakan skim bantuan payu dara palsu dan coli khas untuk pesakit kanser payu dara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, skim itu dapat mengurangkan beban kewangan dan emosi yang ditanggung pesakit kanser payu dara.

Menurutnya, diharapkan golongan itu mampu meneruskan kehidupan mereka seperti biasa dan lebih yakin selepas mendapat bantuan berkenaan.
Skim bantuan ini diuruskan Yayasan Kebajikan Negara dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk hospital kerajaan, Lembaga Pendudukan dan Pembangunan Keluarga Negara serta badan bukan kerajaan.
“Untuk memperoleh bantuan itu, pesakit kanser payu dara boleh dapatkan borang permohonan di semua hospital kerajaan di seluruh negara," katanya ketika kepada pemberita mengenai Skim Bantuan Perbekalan Protesis Luar Payu Dara dan Coli Khas Untuk Pesakit Kanser Payu Dara, di pejabatnya di sini, hari ini.
Penerima yang layak ialah warga negara Malaysia atau penduduk tetap serta berpendapatan kurang RM5,000 sebulan dan mereka juga perlu disahkan menghidap kanser payu dara.
"Kita akan bagi kelulusan secepat mungkin," katanya.
Payu dara palsu dan coli khas untuk pesakit kanser payu dara dijual di pasaran pada harga antara RM700 sehingga RM1,000.
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, seramai 8,632 penghidap kanser payu dara dikesan di negara ini pada 2008 dan 8,273 orang pada tahun sebelumnya.(Sinar Harian)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.