Saturday, June 5, 2010

SAJAK (Ulangan)



1 MALAYSIA TEKA TEKI KITA


1 Malaysia,

Gagasan baru pemimpin kita,

Falsafah, menyatu semua baka,

Atas bumi pusaka, pewarisnya kita,

Berkongsi air segeluk ‘tanpa rela’.


1 Malaysia,

Mulia namanya di seantero benua,

Laksana Melaka di pengaruh mudaliar,

Rempah bertabur berbaur cuka,

Sepit bertulang menggugat genarasi kita.


1 Malaysa,

Enak suara pemimpin kita,

Rakyat di dahulukan demi negara,

Yang mendengar terbeliak mata,

Bayi menyusu putus puting ibunya.

1 Malaysia,

Iakah benar falsafah bangsa,

Jamin perpaduan genarasi setria,

Hilang sengketa, mesra muka,

Memujuk umat bukan senusa.

1 Malaysia,

Politik kita hanyut ke mana,

Keberanian kita hilang ke mana

Keris dihunus disarung semula?

Kacil hati kita laksana hati kerengga.




1 Malaysia,

Doktrin atau paksaan berwaja,

Cucu cicit kita merayap ke mana,

Di bumi sendiri merempat hina,

Nilai hidup, hanyalah hamba.


Kpg Bekoh, Johor ……… Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.