Mokhtar Petah
PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan penduduk Acheh di atas pemergian Tengku Hasan Muhammad Di Tiro, 85, (gambar) ke rahmatullah, semalam di sebuah hospital di Banda Acheh.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, almarhum yang merupakan pengasas kumpulan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) adalah antara tokoh terpenting yang terlibat dalam perjuangan wilayah Acheh sehingga akhirnya perdamaian dicapai pada bulan Ogos 2005 yang lalu.
“Pemergian beliau ini bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga, rakan dan penduduk Acheh, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pendukung PAS.
“Ianya mengimbas kembali hubungan baik yang dijalin di antara Almarhum Tengku Hassan dengan kepimpinan PAS sejak puluhan tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, ternyata kepulangan kali kedua beliau ke Acheh pada 17 Oktober 2009 adalah merupakan kepulangan terakhir sebelum beliau menemui Allah Subhanahu Wataala.
Beliau yang juga Ahli parlimen Marang berkata, hasrat Tengku Hasan beliau untuk melihat suatu keamanan di Acheh akhirnya berjaya dicapai dalam ruang umur beliau.
“Bagi pihak seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS, saya merakamkan ucapan takziah dan berharap seluruh keluarga, rakan dan penduduk Acheh dapat bersabar dengan ketentuan Allah ini.
“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya lagi.
Almarhum yang dikenali dengan Hasan Tiro, meninggal dunia di Hospital Zainoel Abidin Banda Aceh, pada jam 12.02 waktu Indonesia Barat, sehari selepas beliau diberikan kembali status sebagai warganegara Indonesia.
Beliau yang dilahirkan di Pidie, Aceh, pada 25 September 1925 telah memohon untuk mendapatkan kembali kewarganegaraan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebelum ini, beliau memegang pasport Sweden dan tinggal dalam buangan di Stockholm sejak tahun 1979 akibat konfrontasi dengan kerajaan Indonesia yang dipimpin Presiden Soeharto ketika itu.(Harakah)
SUKARELAWAN PULANGMenurut Kementerian Luar, kumpulan tersebut dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 5.40 pagi.
Petugas Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Amman kini sedang membantu para sukarelawan tersebut untuk menguruskan perjalanan pulang mereka.
Menurut kenyataan Wisma Putra, urusan juga dibuat untuk mereka bertolak ke Istanbul, Turki bagi mengambil barangan mereka.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang bertemu para sukarelawan berkenaan di Jordan malam tadi, merasa lega apabila mendapati kesemua mereka selamat dan proses mengeluarkan mereka dari Israel berjalan lancar.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia, Kementerian Luar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Jordan di atas kejayaannya membawa keluar 12 sukarelawan Malaysia dari Israel," kata Anifah yang dijangka turut pulang Ahad ini.
(Sinar Harian)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.