Monday, June 21, 2010

ARTIKEL POLITIK


KITA MENUNGGU KEJAYAAN NAJIB



Semenjak negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hingga kini, lima orang tokoh politik nasionalis – Melayu dan Islam - , telah diamanahkan oleh Tuhan untuk memikul tanggungjawab – pengorbanan suci, sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kemerdekaan yang diperolehi oleh negara kita, ialah melalui perjuangan atau jihad yang di berpandukan pengetahauan dan fikiran atau bijaksana pemimpin dan para pejuang kemerdekaan. Perjuangan yang mereka laksanakan untuk mendapatkan kemerdekaan, ialah dengan cara evolusi atau dengan cara memberi dan menerima atau bertolak ansur dan muhibbah antara penjajah Inggeris dengan Tunku Abdul Rahman bagi pihak Perikatan UMNO, MCA dan MIC, iaitu pihak yang menerima.

Walaupun ada suara-suara sepanjang tahun-tahun menuntut kemerdekaan supaya rakyat bangun berjuang dengan cara revolusi bagi mempercepatkan penjajah Inggeris menyerahkan negara ini kepada rakyatnya, tetapi suara itu telah hilang kerana kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita.

PARTI KOMUNIS

Suara-suara itu lahir dari sebilangan pejuang kemerdekaan dari orang Melayu yang cenderung kepada perjuangan rakyat Indonesia pimpinan Ir.Soekarno - Dr. Mohamad Hatta dan mereka yang terdahulu daripada mereka.

Selain dari suara mereka, lahir pula suara dari golongan Parti Komunis Malaya (PKM) yang berjuangan dengan cara kekerasan, di bawah pengarahu dan arahan Parti Komunis Cina (PKC) yang menganut ideologi sosialisme dan komunisme marxis, di negara Cina.

Tunku Abdul Rahman Al Haj, Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dan semua ahli Jawatankuasa Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PEKEMBAR) atau United Malays National Association (UMNO) telah menerima nasihat dari Sheikh Abdullah Fahim perjauanga menuntut kemerdekaan dilakukan dengan menggunakan bijaksana dan tarikh kemerdekaan ditentgukan pada 31 Ogos 1957.

MEMIKUL AMANAH

Sheikh Abdullah Fahim (Pak Him) adalah ulama penggerak kepada umat Islam supaya menuntut kemerdekaan sekitar tahun 1945.Apabila UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, Allahyarham sheikh Abdullah Fahim memikul amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam UMNO, iaitu sebelujm Allahyarham Haji Ahmad Fuad bin Hasaan memimpin jawatankuasa tersebut.

Pada tahun 1951, Jawtankuasa Khas Agama Islam dalam UMNO telah meninggalkan UMNO, iaitu menubuhkan Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) dealam kongres kali ketiga, di Butterworth.

Malaysia sebuah negara kebangsaan dan demokrasi berparlimen.Sebuah negara bekas jajahanan Inggeris, berkeluarga dengan negara-ngara dalam Commowealth dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

NASIONALIS MELAYU

Selain dari menjadi anggota dua buah pertubuhan tersebut, Malaysia telah menganggotai badan-badan antarabangsa, di antara badan-badan itu,ialah ....OIC.

Perdana Menteri pertama, ialah Tunku Abdul Rahman Putra (1957 – 1970), Tun Abdul Razak bin Dato Hussein (1970- 1976) Tun Hussein bin Dato Onn (1975 – 1981), Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981- 2003) dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (2003 – sekarang).

Kelima-lima Perdana Menteri Malaysia terdiri dari para naionalis Melayu. Seorang anak kepada Raja turus Negeri Melayu, seorang anak Orang Besar-Besar Melayu, seorang anak kepada pemimpin orang Melayu berhaluan kanan - nasionalis Melayu, seorang keturunan peniaga dan anak kepada Guru Sekolah Inggeris, dan yang akhir adalah keturunan ulama Melayu terkenal, anak kepada politikus Melayu dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya pada masa Persekutuan Tenah Melayu belum mencapai kemerdekaan.

Ketua Pemuda UMNO pada masa itu, ialah Saadon @ Sardn bin Haji Zubir berasal dari Singapura.

UNIVERSITI MALAYA

Dua orang lima Perdana Menteri, iaitu Perdana Menteri pertama dan yang kedua, berkelulusan undang-undang dari institut pengajian tinggi di London. Perdana Menteri yang ketiga, bekas pegawai tentera lepasan Indian Military Acedemy, India dan berlulusan undang-undang dari institusi pengajian tinggi di London.

Perdana Menteri yang keempat, berkelulusan dalam bidang perubatan dan tubuh manusia, dari Universiti Malaya Singapura. Dan Perdana Menteri yang kelima, berkelulusan dalam bidang Pengajian Sastera - Pengajian Islam dari universiti Malaya, Kuala Lumuur dan bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik..

Tunku Abdul Rahaman Putra telah melaksanakan perjuangan sucinya menuntut kemerdekaan tanah air dari penjajah Inggeris dan memimpin rakyat dan membangunan negara baru merdeka bersama para pemimpin-pemimpin UMNO dan parti-parti dalam komponan Perikatan, iaitu Malayan Cheineses Associetion (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC) serta parti-parti politik di Sarawan dan Sabah.

MEMBANGUN NEGARA

Tun Abdul Razak yang telah berjuang bersama Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan telah memikul amanah tuhan dan rakyat Malaysia setelah Tunku Abdul Rahman Putra melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan UMNO.

Prjuangan suci Tun Abdul Razak adalah menyambung perjuangan suci Tunku Abdul Rahman Putra, iaitu membangun negara dan membela orang Melayu dan Bumiputera di samping memberi peluang kepada rakyat negara ini yang terdiri dari orang Cina dan India menyertia politkik,ekonomi dan lapangan kehidupan dalam sebuah masyarakat besar yang adil.

Apabila Tun Abdul Razak meningga dunia, Tun Hussein Onn – biras kepada Tun Abdul Razak - telah menyambung perjuangan sucinya dan membangun Malaysia sebagia sebuah negara maju dan rakyatnya bersatu padu dan harmoni.

MENYAMBUNG TANGGUNGJAWAB

Pada masa orang Melayu menuntut kemerdekaan, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menuntut di Universiti Malaya, Singapura. Setelah meninggalkan jawatan beliau dari kerajaan, beliau telah menyertai UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Beliau menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia sebagai menyambung tanggungjawab dan perjuangan suci Tun Hussein Onn, iaitu setelah putera kepada pejuang kemerdekaan itu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri..

Sepanjang masa yang lama – 21 tahun -, Dr. Mahathir Nohamad meneruskan perjuangan suciu Tun Hussein Onn, beliau telah melakasanakan pembangunan negara secara ‘macam lampu aladin’, sama ada dalam bidang ekonomi, pembangunan mewah atau disebu mega yang belum terfikir oleh rakyat Malaysia sebelumnya.

Telah menjadi catatan dalam sejarah bangsa Melayu, bahawa pada masa Dr. Mahathir Mohamd memimpin UMNO yang ditubuhkan dalam kongres orang Melayu pada tahun 1946, telah berkubur kerana ‘cuai’ individu-individu yang diberi amanah. Pertubuhan orang Melayu itu berkubur dengan perintah Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

BUDAK KAMPUNG

Umno yang wujud sekarang adalah organisasi yang baru dengan perlembagaan yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertunbuhan Malaysia, sebagai mengganti UMNO lama.

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi – budak kampung – , dari keluarga ulama telah menyambung perjuangan suci Dr. Mahathir Mohamad dari akhir Oktober 2003.

Selain dari menyambung pembangunan yang telah ditinggalkan oleh Dr.Mahathir Mohamad, beliau telah mengejutkan semua rakyat dengan doktrin dalam sajaknya, iaitu Quran dan Sunnah menjadi panduan.

UMAT ISLAM

Abdullah Ahmad Badawi telah melaksanakan satu cara memperbaiki pandangan orang ramai, terutama umat Islam terhadap agama Islam, yang Islam sebuah agama untuk beribadat dan untuk akhirat semata, beliau telah memperkenalkan Islam Hadhari.

Kerana saya khuatir seperti kata orang bijak pandai, “ orang yang tidak tahu sejarah bangsan tidak ciantakan bangsa dan negaranya”, maka dengan rasa rendah diri dan poenuh tanggungjawab sewbagai seorang penulis, saya menulis buku Perjuangan Suci Lima Perdana MenteriMalaysi ini.

Saya adalah seorang wartawan dan penulis yang bekerja semenjak zaman orang Melayu menuntut kemerdekaan, hingga pada masa ini. Saya sering rapat dengan semua Perdana Menteri tersebut. Maka saya kira buku ini akan dapat dirasa oleh para pembaca sebagai membaca berita atau artikel dan tidak seperti buku sejarah purba ditulis oleh penulis zaman ini.

PERJUANGAN SUCI

Maka dengan tujuan suci juga saya menulis buku ini dengan berharap pembaca – angkatan kini dan angkatan akan datang -, dapat mengetahui akan perjuangan suci dan peranan para pemimpin negara ini, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Saya bertanya, “ Adakah para pemimpin kita itu pandai dan bijak serta kuat berikhtiar, maka Allah telah menolong mereka; negara dan rakyat tidak mengalami kacau bilau seperti beberapa buah negara di dunia, iaitu damai dan aman?”

Jawapan yang ada pada saya, ialah, “ Mereka dan ummah berpegang kepada Islam dan mereka yang beragama lain tidak memusuhi Islam dan menghormati umat Islam.”

Kita kini bergantung kepada sejauh mana Najib tun Ra zak berfikir, sekikhlas mana dia berjuang untuik rakyat dan sekuat mana gagasan 1 Malaysia yang diwujudkan . Kita menunggu kejayaan Perdana Menteri yang keenenam, putera Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak.Sesungguhnya kita mahu melihat hasil dari ‘Rakyat diutamakan’. – mokhtar petah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.