Saturday, May 8, 2010

SAJAK


MEMANA KITA


Nasihat Allah dalam Quran;
Peliharalah diri kalian,
keluarga beriman,
Isteri (1 – 4) dan putera puteri.
dari api neraka.



Bagaimana,
Jika bapa jahil - kaki botol,
Pengamal rasuah dalam jabatan,
Ibu derhakkan Allah,
Dedah aurat, dedah belikat?


“Kami takut neraka,”
Suara Isteri ( 1 - 4) putera dan puteri,
Saban solat lima waktu,
Menadah tangan kepada Allah,
Mengemis rahmat dan reda - Nya.


Saban petang bapa pulang,
Bawa rezeki nikmat, lazat,
Untuk mereka tersayang,
Rezeki dari sumber haram,
Rasuah dan menyeleweng kuasa.


Bapa ini gagal,
Jadi insan soleh,
Derhakanya kepada Allah,
Hidup tanpa amanah,
Dia, suami dan bapa sia - sia.


Dengkel .......................... Mokhtar Petah


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.