RELA DALAM PAKSAAN
Dia, wanita, isteri,
Tubuhnya untuk suami,
Diserahkan jiwa dan hati,
Setianya tidak kepalang,
Relanya dalam paksaan.
Wanita ini setia amat,
Setia dalam paksaan,
Tubuhnya bagan suami baran,
Kayu, tali pinggang dan apa jua,
Saban hari saban malam,
Lebam, luka dan darah mengalir.
Setia wanita mulia,
Tika memadu kasih,
Dua tubuh jadi satu,
Muka ditempeleng suami,
Tendang terajang jantan garang.
Isteri rela dalam paksaan.
Pada ketika menghadapi hidangan,
Makan terkumpul dalam mulut,
Suami menyepak mangkuk pinggan,
Tangan besi singgah ke pipi isteri,
Anak – anak meratap sedih, takut,
Isteri rela dalam paksaan.
”Siksakan saya, abang,”kata isteri.
Kayu membesi melatam belikat,
”...reda, bunuh saya, abang,” rayu isteri.
Suami terus memukul menerajang,
Isteri pengsan – antara hidup dengan mati,
Rela isteri dalam paksaan.
Revolusi mental menerjah isteri,
Bangun bersemangat menentang suami,
” hidup atau mati saya hadapi,” ujar isteri.
Tiada rela dalam paksaan lagi,
Suami ketakutan menghadap isteri,
”Kaujantan, bukan lelaki!”tengking isteri.
Sejak perpisahan berlaku,
Mereka bercerai talak tidak,
Pupus rela dari hati isteri,
Berserah kepada Allah yang satu,
Ampun dosanya atau mencampak
ke neraka.
Reda isteri solehah ke mana saja.
Janda Baik ............... Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.