Sunday, May 23, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah

-----kita sama - sama fikir ----


BUKAN ISLAM DALAM DEWAN

PAS sedang mempertimbangkan untuk meminda perlembagaan di negeri-negeri di bawah pemerintahan parti itu mengenai penyertaan bukan Islam ke dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) seperti yang pernah dicadangkan di Terengganu pada 1999.

Namun, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ianya bergantung kepada kedudukan kerusi PAS di Dun masing-masing dan proses yang perlu dilalui setiap negeri.

"Ya, dalam pertimbangan. Tetapi itu bergantung kepada kedudukan kerusi kita (PAS) di Dewan Undangan Negeri dan bergantung kepada proses yang berbeza dengan negeri lain.

"Pindaan perlembagaan negeri perlu melaului penasihat undang-undang, mendapatkan tandatangan Sultan. Banyak proses yang perlu dilalui. Di Terengganu kita dapat melalui proses ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), di sini, hari ini.

Menurut timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pula, meskipun di Kelantan belum membuat pindaan itu namun negeri itu sudah melantik penghulu di kalangan orang bukan Islam.(Harakah)


PERMATA NEGARA
Kerajaan Negeri mensasarkan penubuhan program Permata Negara di setiap kawasan kategori berpendapatan miskin atau sekurang-kurangnya satu dalam setiap daerah di negeri ini bagi menyediakan sistem pendidikan terbaik kepada kanak-kanak.(Sinar Harian)

HUTAN LIPUR LENTANG
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang 'patut' menaruh perhatian untuk menjadikan taman hutan lipur Letang, dekat Janda Baik, Pahang, kerana kawasan itu di antara yang terbaik dalam negeri tersebut.
Malangnya, dalam kawasan hutan lipur itu terdapat kawasan tanah hutan simpan diteroka oleh peneroka - petani Cina untuk dijadikan ladang.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.