MASYARAKAT BERMARUAH
Sejak zaman berzaman, masyarakat Kepala Batas yang terdiri dari orang Melayu, Cina dan India - orang India beragama Islam dan orang India beragama Hindu dan beragama lain. Mereka hidup dalam keadaan bersatu padu dan aman.
Sebilangan besar orang Melayu terdiri dari petani, orang Cina berniaga dan orang India buruh. Manakala kebanyakan orang India yang beragama Islam (baka orang beragama Islam) berniaga pakaian, pinang kotai dan kedai makanan.
Jika dikaji dan diselidik mengenai pembahagian tanah di Seberang Perak dan Pulau Pinang, maka banyak tanah di Seberang Perai dan sepertiga dari keluasan tanah di bandar fi pulau itu, termasuk pejabat agama Islam negeri Pulau Pinang adalah milik seorang India beragama Islam.
Saya mendapat tahu dari satu punca, bahawa waris orang India beragama Islam itu sedang mengambil langkah untuk membuat tuntutan melalui mahkamah.
Sejak zaman berzaman masyarakat Melayu di Kepala Batas hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Mereka berpegang kuat kepada Agama Islam, adat istiadat Melayu yang tidak berlawanan dengan Islam. Pendeknya mereka adalah anggota-anggota masyarakat yang bermaruah.
Penduduk-penduduk di Kepala Batas berpegang kepada tradisi ‘bergotong royong’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah’ atau seperti sebatang tubuh manusia, sakit satu anggota terasa sakit seluruh tubuh. Dalam kehidupan seharian, penduduk-penduduknya dengan tradisi:
1 - Kenduri kenara; bergotong royong.
2 - Terdapat jiran tetangga dan warga permatang sakit atau mati; bergotong royong, menziarah dan membantu.
3 - Bersawah; mencedung, merapah, menuai atau memotong padi, bergotong royong.
Pendeknya warga Kepala Batas berpegang kuat kepada cara hidup bergotong royong dan sesuai dengan ajaran Islam. Menjaga hati dan maruah jiran tetangga. Memikul tanggungjawab bersama menjaga keamanan dan maruah desa dan permatang. Gambaran perpaduan penduduk-penduduk Kepala Batas seperti sajak Abdullah Badawi berikut:
Fikiran menggugah zaman remajaku,
Zaman tiada gerbang,
Tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,
Tapi di sana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,
Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira nan di dendang.
Di luar sempadan ada cabaran,
Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kita dengan kata-kata,
Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,
Kita memilih sederhana dari yang mutlak,
Pelbagai dari yang menyendiri,
Percaya daripada mencuriga,
Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,
Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.
Di sini, di bumi ini,
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi,
Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rasanya sayang.
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan.
Sambil memacak panji-panji di puncak khairul ummah,
Cemerlang, gemilang, terbilang.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan, masyarakat Kepala Batas telah bersedia menyahut cabaran; mereka telah bersedia degan para politikus menyokong pemimpin negara, para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pelajaran dalam dan luar negara, termasuk dalam bidang ilmuwan Islam. Pada hari ini, telah ada di Kepala Batas ini ahli sains Islam, pakar perubatan dan manusia yang berilmu pengetahuan untuk menyahut seruan pemimpin, “bekerja bersama saya bukan untuk saya”.
Pada masa Abdullah Ahmad Badawi – seorang budak lelaki cantik, wajah ceria dan menampakkan tinggi cita-citanya - , masih menuntut di High School - Sekolah Tinggi, Bukit Mertajam, saya pernah berkata kepadanya pada satu petang, bahawa pada satu masa nanti dia akan menjadi seperti Tunku Abdul Rahman. Pada waktu itu dia tidak berkata sepatah pun. Hanya senyum Mungkin pada waktu itu, belum ada dalam mindanya pengetahuan politik dan cita-cita2 untuk menjadi pemimpin negara.
Apabila Abdullah Badawi menjawat jawatan Menteri Luar Malaysia, saya telah menziarahi beliau di pejabatnya, Wisma Putra, Kuala Lumpur. Pada waktu timbul hasrat saya untuk menulis buku tentang diri beliau. Saya telah menulis sebuah buku yang berjudul, ‘Datuk Abdullah Badwi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’. Pada masa menulis buku itulah, saya telah berkata kepada beliau, ‘...ana percaya pada masa depan anta akan jadi Perdana Menteri”.
Sesungguhnya, tidak siapa pun menyangka yang putera Kepala Batas itu akan menjadi Perdana Menteri dan pemimpin Negara Malaysia. Allah telah menentukan segala-galanya. Hari ini Kepala Batas menjadi nama besar di Malaysia dan di langit zaman dunia.
Sama-sama kita bina tugu di sini,
Tugu keramat perjuangan bangsa,
Di sini keberanian Melayu bermula,
Teguh Melayu kerana bangsa dan Islam.
Keduanya dipisah jangan,
Jika dipisah, pupuslah Melayu,
Jadi hamba sepanjang zaman!
Pesan pemimpin kita, “Kita bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman, bongkar Sunnah Nabi, cari panduan”.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.