Saturday, April 10, 2010

SOAL JAWAB HUKUM








1.




knp kerajaan malaysia tak

buat undang2 murtad krn banyak orang islam keluar islam sesuka hati mereka.

untuk makluman saudara perkara yang melibatkan undang2 adalah

diluar bidang kuasa JAKIM, ini melibatkan perlembagaan, JAKIM adalah jabatan yang mengendalikan isu2 yang berkaitan dengan agama sahaja yg tidak berkaitan dengan penggubalan undang2 dan perlembagaan



2.

UNDANG2 MANA YANG WAJIB KITA TAATI?UNDANG2 ALLAH S.W.T ATAU UNDANG2 YANG DICIPTAKAN OLEH MANUSIA YANG BERASASKAN AKAL DAN NAFSU?APAKAH HUKUMNYA KITA TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH S.W.T DALAM NEGARA

Nabi Muhammad SAW diutuskan ke alam ini untuk memberi rahmat kepada manusia sejagat. Baginda juga sebagai pelaksana terhadap syariat Allah yang telah ditetapkan melalui wahyuNya. Al-Quran, Al-Sunnah , Ijma' dan Qias adalah merupakan sumber hukum yang menjadi rujukan kepada umat Islam bagi melaksanakan kehidupan di dunia . Oleh itu umat Islam tidak boleh membelakangkan hukum -hukum dan peraturan yang terdapat dalam sumber-sumber di atas. Peraturan-peraturan yang telah digariskan termasuklah pengurusan negara seperti pentadbiran , ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Islam tidak membenarkan sesuatu hukum itu dilaksanakan mengikut hawa nafsu kerana Rasulullah SAW tidak pernah mengeluarkan sesuatu hukum mengikut hawa nafsu.



3.

assalamualaikum, apakah perbezaan antara hadharah islamiah dan islam hadhari??

Tiada perbezaan di antara Hadharah Islamiah dan Islam Hadhari kerana konsep daripada hadharah tersebut adalah untuk memajukan Umat Islam dalam semua aspek supaya umat Islam itu menjadi contoh kepada umat-umat yang lain.



4.

askm..saya ada satu kemuskiln dan ingin mengetahui segalanya tentang politik dinegara kita sekarang,pada zaman ini kebanyakan orang baik tua muda saling bercakap pasal politik tak kira dari parti man

Dalam kehidupan dunia ini terdapat pelbagai ragam manusia yang dapat dikenalpasti dan masing-masing mempunyai pandangan, pendapat dan citarasa yang berbeza. Islam bukan hanya ditugas kepada ustaz dan ustazah dalam memperjuangkan agama Islam bahkan semua umat Islam bertanggungjawab dalam menjaga nilai-nilai agama. Namun demikian, ada dikalangan orang Islam itu sendiri yang berhempas pulas untuk mencemarkan maruah Islam dengan pelbagai cara sama ada melalui ideologi atau pemikiran liberalisme, materialisme dan sebagainya yang bercanggah dengan roh agama itu sendiri. Aliran-aliran sebegini boleh merosakkan nilai agama dan menjatuhkan martabat Ulamak yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Untuk mendapatkan kesepakatan antara masyarakat demi menjaga maruah agama kita perlu menghindarkan sifat caci mencaci, hina- menghina, pulau-memulau memaki hamun dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh merosakkan keharmonian dalam keseluruahan kehidupan manusia.



5.

apakah hukum abdullah badwi perdana menteri malaysia tdk melaksanakan hukum hudud dalam al-quran sdgkan quran d turunkan utk d laksana sepenuhnya bkn separuh2..apakah tindakan jakim kpd perdana mente

JAKIM sentiasa mengambil perhatian mengenai sesuatu isu dari masa ke semasa kemudian menyarankannya kepada kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud. Walau bagaimanapun pihak pemerintah perlu mengkaji beberapa aspek yang dilihat dapat memberi kebaikan bersama. Ia juga melibatkan undang-undang yang melibatkan pemerintah.



6.

Assalammualaikum saya merupakan jawatan kuasa surau di negeri Johor dan ingin bertanya bahawa selama ini pihak surau kami hanya menumpang menggunakan surau sekolah menengah mujur di beri guna dan kam

Wa'alaikumussalam wrh. wbt. Panel menasihatkan saudara supaya membuat permohonan membina surau kepada Majlis Agama Islam Johor kerana ianya tertakluk di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.



7.

MENGAPA MALAYSIA TIDAK MENGGUNAKAN UNDANG-UNDANG SEMAMA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Undang-undang Islam di Malaysia sebahagiannya sudah pun dilaksanakan di negeri-negeri melalui enakmen-enakmen syariah. Sementara sebahagiannya lagi belum dilaksanakan seperti hukum Hudud dan Qisas.



8.

penerangan dan hukum mengundi calon bukan islam.

Harus mengundi calon bukan Islam bagi sebuah negara dimokrasi dengan syarat calon berkenaan tidak menentang agama Islam.



9.

apakah hukum mengundi calon bukan islam dalam pilihanraya?

Harus mengundi calon bukan Islam dalam Pilihanraya dengan syarat calon berkenaan tidak menentang Agama Islam.



10.

Soalan saya ialah apakah hukum bagi seseorang itu membezakan diantara politik dan agama soalan ke2.

Politik adalah sebahagian daripada agama. Dalam pelaksanaan pemerintahan kerajaan, politik dan agama boleh dibeza-bezakan kerana agama ini ialah wahyu Allah dan politik pula ialah ciptaan manusia yang merangkumi unsur-unsur propaganda dan sebagainya dalam mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan kekuasaan dalam pemerintahan.

(Depetik dari laman web Jabatan Kemajuan Islamn Malaysia - JAKIM)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.