Saturday, April 17, 2010

SAJAK




BAYI DAN ANAK ANJING



Manusia,
Rakus nafsu remaja,
Sepasang kekasih meneroka rimba malam,
Rahsia dalam rahsia,
Lakasana tenggelam batu di dasar muara.



Ubi dalam tanah,
Bibit sepasang remaja cambah,
Segumpal daging, membesar,
Laksana ubi merkahkan tanah,
Menerjah lorong ke dunia.


Longgokan sampah,
Si ibu meneran luah,
Dari rahimnya terjun bayi zina,
Bening malam dikocah salakan anjing,
Bayi menjerit bersama berjuta semut.


Anak haram,
Bayi tanpa bapa meraung ibu,
Dirinya anak haram dunia,
Lahirnya tidak diminta,
Bersama jutaan anak anjing liar.



Kuala Kubu ..................Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.