Thursday, April 1, 2010

RUKUN NEGARA



KAJI SEMULA RUKUN NEGARA


Oleh: Mokhtar Petah


Kerajaan dan rakyat Malaysia yang beragama Islam, sedang berada dalam keadaan selesa dan tidak berfikiran serabut, kerana digugat oleh ‘ tidak hakikian’, atas penggunaan nama ALLAh oleh sebuah majalah Kristian yang telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru – baru ini.

Dengan penangguhan mahkamah juga, nama ALLAH tidak boleh digunakan oleh majalah tersebut. Keputusan tersebut boleh dianggap, nama ALLAH tidak boleh digunakan oleh umat bukan Islam dalam apa jua bidang dan urusan.

Penggunaan nama Allah, hanya, boleh digunakan oleh umat Islam di seleuruh Malaysia dan di bawah Yang Dipertuan Agung. Dengan penggunaan ini saya yang menyanjung Rukun Negara yang lima, mengharapkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan para angota kabinet beragama Islam, terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejor Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom mengkaji semula bari (1) dan baris (2) Rukun Negara:

Kepercayaan kepada tuhan

Kesdetiaan kepada Raja dan negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan undang - undang

Kesopanan dan kesusilaan.

Pada kata hikmat pertama: Kepercayaan kepada tuhan, menimbulkan keraguan kepada saya mengenai ‘tuhan’ dan tidak menggunakan ‘ALLAH’. Saya harap kata ‘tuhan’ itu ditukarkan dengan kata ‘ALLAH’ atau kata – kata “Tuhan Yang Maha Esa’.

Kata nama ‘tuhan’, tidak boleh diertikan dengan kata nama ‘ALLAH’ dalam bahasa Quran dan bahasa Arab. ALLAH ertinya ‘Rab’ atau Rabbun’, iaitu Maha Penguasa atau Maha Pendidik (manusia kepada mernyembah dan mengabdikan diri kepada – Nya).

Kata ‘tuhan’ dalam Rukun Negara itu, adalah kata umum dan tidak mempunyai apa – apa kekuasaan. Kata ‘tuhan’ itu bererti :sesuatu yang disembah oleh mmanusia, seperti batu, api, matahari hatta kemaluan lelaki dan perempuan.

Dalam ilmu bahasa Melayu kuno, iaitu bahasa Melayu Campa dan empat wilayah Selatan Thailan serta Kepulauan Melayu - Nusantara, bahawa kata nama ‘tuhan’ itu dibentuk dari dua kata nama, iaitu ‘hantu’. Hantu yang masih belum menyatukan dirinya dengan sesuatu benda yang disembah manusia. Masih dinamakan ‘hantu’. Setelah ia bersatu dengan sesuatu benda yang disembah manusia, kata namanya, ialah ‘Tuhan’.

Maka, kita tidak mahu umat bukan Islam menggunakan nama “Allah’, tetapi kita sendiri sebagai umat Islam, tidak sedar atau tidak arif, iaitu dalam Rukun Negara yang kita sanjung itu, tidak menggunakan nama ALLAH, tetapi mengunakan kata nama, ‘sesuatu yang disembah oleh manusia’ iaitu tuhan – dua benda jadi satu, tuhan.

Presiden Indonesia, Ir. Soekarno dan Dr. Mohd. Hatta serta kabinet revolusi Republik Indonesia (1945), dengan meminta pandangan para ulama Islam, telah menggunakan kata – kata keramat ‘ Ketuhanan Yang Maha Esa’, iaitu tidak menggunakan kata nama, ‘tuhan’ sahaja.

Sebelum ‘Rukun Negara’ di kemukan ke kabinet dan ke pihak tertinggi, saya telah memaklumkan mengenai kata nama ‘tuhan’ dalam percakapan saya dengan Menteri Dalam Negeri,Tan Sri Ghazali Shafie. Beliau memberi jaminan untuk menelitinya.Tetapi, nama ‘tuhan’ digunakan jua.

Oleh itu hingga kini, Indonesia kukuh perpaduan rakyatnya yang terdiri dari berbagai keturunan.Tidak ada umat manusia dari keturunan pendatang (Cina dan India) menuntut hak – hak seperti di Malaysia.

Barisan akhir Tukun Negara, ‘Kesopanan dan kesusilaan’, mestilah diubah dan ditambah kata, ‘Amanah, Kesopanan dan kesusilaan. Adalam Agama Islam ‘amanah’ sama penting dengan kesopanan. Walaupun manusia sopan, tetapi jika tidak ada ‘amanah’, maka dia boleh atau sentiasa mahu’ jadi manusia yang corrupted – menyelewenga dan rasuah.

Saya amat bangga bahkan menyanjung ‘Runkun Negara’, tetapi kerana dua faktor yang saya utarakan di atas menyebabkan saya tidak puas hati.

------------------

Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 27 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

"Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Isu pindaan perkataan Allah pada prinsip Rukun Negara dibangkitkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ujar Tuan Guru Nik Aziz lagi, jika masih timbul kekeliruan berhubung penggunaan perkataan Allah itu, PAS bersedia mengambil tanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat.

Mengulas kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS pula, beliau sedia memikul amanah tersebut jika terus diberi kepercayaan oleh parti.

Namun, beliau juga menyatakan kesediaan untuk berundur jika parti mempunyai pengganti yang lain.

Ketika ditanya Jom Heboh di Kelantan pula, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membuat apa yang sedia ada,namun akan dipantau dan diselaraskan dengan undang-undang dan berkaitan yang wajib mematuhi enakmen hiburan Kelantan.

"Tuan-tuan kena ingat, Islam ni orang lain kata tak boleh, tapi kita kata boleh, mereka pula akan kata adanya huru-haralah bila Islam memerintah, kemunduran dan sebagainya, ertinya walaupun mereka ini Islam, mereka ini mengatakan Islam tidak boleh,"katanya lagi.

Nik Aziz berkata pembentukan kerajaan Kelantan masa kini adalah hasil daripada kepercayaan rakyat dan akan diselaraskan dengan kehendak Islam termasuklah dalam hiburan.

"Alhamdulillah, Jom Heboh dapat berjalan dengan baik, tetapi kita baiki apa yang ada dalam program mereka ini agar selari dengan peraturan hiburan dalam negeri kita.

"Kita akan terima jika Jom Heboh ingin diadakan pada tahun hadapan sekiranya mereka akur dengan kehendak kerajaan," kata beliau.

(Berit aini diambil dari Harakah Daily,28 Mac 2010)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.