MAKANAN
Makanlah rezeki yang dikurniakan Penguasa (Allah) kepadan kalian, yang halal dan baik, dan syukurilah kurniaan Allah, jika memang Dia (Allah) semata - mata yang kalian sembah.
Sesungguhnya Allah hanya mnengharamkan kepada kalian memakan bangkai, darah, daging babi (semua bahagian tubuh babi) dan haiwan yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa (memakan kerana darurat), sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampau batas (tidak berdosa). Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
- An Nahl: 114, 115.
HADIS
HARAM
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Setiap orang yang saya telah lantik untuk melaksanakan pekerjaan tertentu (misalnya dalam jabatan pemerintah dari atas hingga ke bawah), kemudian saya (pemerintah Islam) memberi bayaran (gaji dan sebagainya), maka yang diambilnya lebih dari itu (terrmasuk upah, sagu hati atau rasuah), adalah ghulul (haram).
- Perawi: Abu Daud
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.