Monday, April 19, 2010

PERITIWA DAN KITA


CATATAN




Mokhtar Petah

-----kita fikir - fikir bersama -----


TIDAK ZALIM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassian berkata, Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan yang menzalimi rakyat seperti yang digembar-gemburkan pembangkang, sebaliknya,
sentiasa membela nasib dan tidak mengenepikan kebajikan rakyat.

SIJIL HALAL
Utusan Malaysia melaporkan, Hanya kira-kira 20 daripada 100 hotel yang beroperasi di Pulau Pinang ketika ini mempunyai sijil pengiktirafan halal bagi penyediaan makanan dan pengurusan dapur dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Bagaimanapun, selebihnya masih tidak memiliki sijil halal termasuk ditarik balik lesen halal tersebut disebabkan gagal mengikut prosedur yang ditetapkan.

PENUHI KEHENDAK RAKYAT
Calon Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim dijangka dapat memenuhi kehendak hati rakyat memandangkan beliau adalah seorang pemimpin yang berprinsip.
Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, memberitahu Pakatan telah membuat pemilihan yang terbaik untuk dicalonkan memandangkan beliau adalah seorang pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat. (Harakah).

SUKAR DAN KURUS
Walaupun Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry abdul Kadir mengakuan akan kewibawaannya memimpin kerajaan Negeri Perak, tetapi di sebalik ketawanya, beliau berdepan dengan kepayahan atau kesukaran membangun dan mensetabilkan negeri yang telah menjadi seperti cerita negeri Antaberanta itu.
Kini, Zambry kelihatan seperti orang kurang daging. Kurus. Tawanya tidak seperti dulu. Kini tawanya sering patah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.